Kemenangan 2-1 skuad Sabah ke atas pasukan kelab Johor FC malam tadi sudah cukup untuk melonjakkan kedudukan Sabah ke tangga ke-6 Liga Super.
Jaringan Sabah dilakukan oleh pemain kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman dan juga Shahrudin Yakup, manakala jaringan Johor FC pulak dijaringkan oleh penyerang import, Arthur Hendrick.
Dengan kedudukan ini, Sabah kini mengatasi pasukan yang berprofil lebih tinggi seperti Negeri Sembilan dan Selangor yang masing-masing menduduki tangga ke-7 dan 8 liga.
Kedudukan ini akan kekal bagi sekurang-kurangnya 13 jam lagi seandainya pasukan Negeri Sembilan, yang akan berkunjung ke Kota Bharu utk menentang Kelantan malam ini, gagal meraih sebarang mata. Sekiranya menang ataupun seri, Negeri Sembilan akan melonjak 1 tangga mengatasi pasukan Sabah.
Untuk baki 4 perlawanan pusingan pertama Liga Super 2012, Sabah menghadapi tugas getir apabila akan berdepan dengan pasukan Terengganu, Selangor, Perak dan juga Negeri Sembilan. Rujuk jadual perlawanan di sini.
Keputusan perlawanan lain:
Kedah 1 - 0 Selangor
Kuala Lumpur 0 - 1 Terengganu
PKNS 2 - 2 Perak
T-Team 1 - 0 Sarawak
Untuk pengetahuan, perlawanan ini adalah perlawanan terakhir Rozaimi untuk skuad Sabah sebelum melaporkan diri untuk bersama skuad Harimau Muda 7 Mac ini. Skuad Harimau Muda beraksi di Liga Singapura dan Kelayakan Olimpik 2012. Selamat maju jaya kami ucapkan. Harumkan nama Sabah, timba sebanyak mungkin pengalaman untuk dibawa balik ke Sabah nanti.
No comments:
Post a Comment