berita kali ini dimulai dengan perpindahan Olivier Giroud, 25 ke kelab Arsenal. pembelian ini mungkin ada kaitan dengan keputusan RVP untuk tidak melanjutkan kontrak beliau di Arsenal sekaligus meninggalkan kekosongan dalam posisi serangan.
gaya macam model seluar dalam. memang dia ni model seluar dalam pun. Google kalau xpercaya.
aku rasa, tahap Giroud ni masih belum mencapai tahap BPL. Satu lagi pembelian "menyedapkan hati" dari Wenger kepada penyokong Arsenal.
Chelsea pula seperti biasa berbelanja tanpa memikirkan bahawa amalan membazir itu adalah saudara shaithoonn. Maka diboronglah adik-beradik Hazard (Thorgan & Eden), pegawai Marin (Marko) dan pemenang Oscar. ntah siapa2 la diorang beli ni. bukan power pun.
tengok muka sudah tau xpower.
budak ni sepatutnya apply kerja bank. muka skema ja. hahaha
ni lagi sorang. kena gertak dgn Vidic mau t'kencing dalam seluar budak ni.
Sorang bekas pemain Lille & Lens, pemain antarabangsa Belgium yg semua tahu xmasuk EURO2012. Sorang lagi pemain Jerman yg xpernah pun main 1st team. Sorang lagi baru kenal erti dunia, sekarang main dengan Brazil u-23. Main dengan Neymar memang la power, la ni masuk final habaq hang
Liverpool pula... apa point kita bercerita tentang kelab yang menduduki tangga ke-8 musim lalu. membuang masa sahaja. Puiii!!
Dan berita baru yang kami terima, Santi Cazorla, pemain antarabangsa Sepanyol yg kerap memanaskan bangku simpanan telah berhijrah ke Arsenal. satu lagu pembelian untuk 'backup' ketiadaan RVP yg dikatakan sedang menunggu peluang untuk berhijrah ke kelab paling power iaitu Manchester United.
dan semua peminat Arsenal tertipu dgn mainan Wenger ini.
aku konfius nama Santi ni. adakah beliau bersaudara dengan Susi Susanti lagenda badminton Indonesia?
Team-team lain, eloklah kita tidak huraikan dengan lebih mendalam. Ada baiknya kita perbanyakkan amalan di bulan Ramadhan ini.
Senarai perpindahan lengkap pasukan BPL setakat ini boleh didapati di link berikut:
kbai.
No comments:
Post a Comment