aku mau buat analisis ringkas pasal game semalam.
1) Manchester United 4 - 3 Newcastle United
perlawanan yang cukup mendebarkan dimana pasukan pelawat mendahului sebanyak tiga kali, lantas memberi peluang kepada haters sekalian untuk bergelak ketawa sebanyak tiga kali sahaja. Tapi pasukan paling power seantero alam tidak gentar sekalipun bermain dalam cuaca hujan lebat.
Gol dari Cikurita dalam masa kecederaan - setelah berusaha keras sepanjang 90 minit perlawanan - berjaya memberikan senyuman terakhir kepada penyokong-penyokong MU, seterusnya memberi mereka hak untuk berlagak sombong dan hidung tinggi sekurang-kurangnya untuk 3 game lagi.
Semasa perlawanan ini sedang berlangsung, penyokong pasukan Liverpool dan Arsenal sedang berdoa untuk kekalahan MU. kakakaka
2) Norwich 0 - 1 Chelsea
Game bosan. Gol dari Juan Mata cukup untuk memberi 3 mata untuk pasukan Benitez. semakin ramai yang memuja Benitez nampaknya. Tempoh hari bukan main protes lagi.
kakaka
3) Sunderland 1 - 0 Manchester City
Adam Johnson, bekas pemain City menjadi pemusnah dengan gol dari luar kotak penalti. City kini ketinggalan 7 mata dari pasukan pendahulu, Manchester United yang power.
Mancini pula menyalahkan pengadil.
kakaka
4) Stoke City 3 - 1 Gerrard
Game start jam 4 pagi kalau tidak silap. Siapa yang berjaga memang rugi la. Sibuk doakan team lain kalah, lupa doa untuk team sendiri.
kakaka
akhir sekali, siapa dapat teka ayat atas ni dari filem mana, aku bagi hadiah.
kbai.
No comments:
Post a Comment