Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sukan SEA sedang berlangsung di Kemboja sekarang ni. aku akan update sikit dari apa yang aku peduli ja la. apa yang aku xpeduli, kamu pigi la Google sendiri.
Aku masih ingat dulu masa aku sekolah menengah, aku rajin tengok ulasan harian setiap kali ada Sukan SEA sebab aku rasa atlet Malaysia dulu hebat dan terasa kehebatan mereka. Contohnya, Nur Herman Majid dan Watson Nyambek. Sekarang ni masih ada atlet yang hebat, tapi aku xrasa kehebatan mereka ni. Dan yang lagi parah, atlet yang xhebat dan rasa diorang ni hebat.
Ok, siapa yang terasa pedas, sila minum air.
Aku cuma rasa Sukan SEA ni sudah hilang serinya berbanding edisi-edisi yang lepas. Pasal pengulas yang suara annoying dan xtau apa benda yang diorang mau ulas tu satu hal, ditambah pula dengan satu istilah atau propaganda yang cuba disebarkan di saluran-saluran sukan sejak bermula Sukan SEA ini, dan aku rasa ada orang lain yang rasa benda ni agak overrated.
Yaaaa, istilah "IBU SEGALA PINGAT EMAS". aku paling menyampah dengan propaganda ni. Sejak bila sukan bola sepak jadi lebih hebat dari sukan renang? Badminton?? Bola Tampar??? Semua pingat emas sama nilainya, xkira acara individu atau berpasukan. Menang bola sepak bukan boleh tambah 10 emas. tiada ibu, tiada bapa. Faham?!
mungkin propaganda ni telah berjaya dimainkan di saluran-saluran sukan tempatan dan telah menyebabkan aku melompat kegembiraan apabila Rozaimi menjaringkan gol penyamaan melalui sepakan percuma semasa menentang Singapura tempoh hari, tetapi aku rasa biasa-biasa saja apabila pasukan bola tampar Malaysia dilaukkan oleh Thailand.
Mungkin reaksi aku sedikit dipengaruhi dengan fakta yang Rozaimi ni asal dari Sabah, tapi apa yang aku mau katakan di sini, selagi sukan bola sepak di rantau ni betul-betul power sampai negara seperti Thailand, Vietnam, Singapura atau Indonesia boleh layak ke Piala Dunia, barulah aku rasa istilah IBU SEGALA PINGAT EMAS ni layak diberikan.
Kalau tidak, kita tidak lebih dari juara kampung, gah di tempat sendiri tapi longlai di tanah lain.
Apa-apa pun, aku doakan semua atlet negara selamat berjuang dan selamat kembali ke tanah air dengan kilauan pingat sebanyak mungkin.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment