~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

03 July 2014

Update Piala Dunia 2014






Piala Dunia sudah sampai ke pertengahan, puasa sudah masuk hari ke-4. Satu post pun belum ada pasal pertandingan bola sepak paling berprestij ni. 

Lantak la korang mau cakap apa, Piala Dunia kali ni aku sokong tiga pasukan yang aku akan huraikan sebentar lagi.

No. 1 - Netherlands / Holland / Belanda

Selepas merogol Spain, memberi harapan palsu kepada Australia dan mempermainkan perasaan Chile di peringkat kumpulan, pasukan ini dengan bergaya melangkah ke kalah mati dengan rekod kemenangan bersih. 

Lawan di peringkat 16 terakhir pula adalah Mexico yang tidak seberapa. Keputusannya sudah dijangka dengan Netherlands dengan selamba menyumbat 2 gol pada saat-saat akhir untuk kemenangan 2-1.

Skuad Netherlands di Piala Dunia ini terdiri dari muka-muka baru yang rata-rata tidak berapa dikenali seperti Martins Indi, Blind, De Vrij, Wijnaldum dan Memphis ditambah dengan tenaga pemain senior termasuk kapten RVP, Robben, Sniejder dan De Jong.

Dengan taktik yang diterapkan dengan baik oleh Van Gaal, aku jamin Netherlands akan menjadi juara Piala Dunia edisi FacePalm kali ini.

Man To Watch - Arjen Robben

Rising Star - Memphis Depay / De Vrij / Martins Indi


Berbaju biru atau jingga, semangat raya tidak dilupakan.

trio serangan yang wajib digeruni sejak 2006 lagi

ini cerita lama.

No. 2 - Belgium

Sebagai sebuah kuasa baru dalam arena bola sepak, Belgium telah membuktikan yang produk mereka boleh digunakan di mana-mana liga seluruh dunia. Mempunya lambakan pemain hebat yang seperti Hazard (Chelsea), Fellaini (MU), Lukaku (Chelsea), De Bruyne (Wolfsberg), Kompany (Man City) dan ramai lagi.

Di peringkat kumpulan, Belgium mengekalkan rekod tanpa kalah dan menjuarai kumpulan seterusnya menanti pertemuan dengan USA.

Pasukan Belgium ini sangat seimbang di setiap bahagian dengan Kompany mengetuai pasukan dan jentera pertahanan dibantu Van Buyten, Alderiweld dan Verthongen, Fellaini di tengah bersama Witsel, De Bruyne dan Hazard, Lukaku dan bintang baru, Origi megepalai serangan manakala ketenangan Curtois menjaga pintu gol menjadi igauan ngeri penyerang pasukan lawan.

Barisan pemain simpanan mereka juga sangat kompeten dengan Januzaj, Mirallas dan Mertens yang boleh mengubah sesuatu permainan jika diperlukan.

Ini dibuktikan di peringkat kalah mati apabila kemasukan Lukaku berjaya membuahkan 2 gol pada masa tambahan seterusnya membawa Belgium ke suku akhir.

Paling buruk aku jangka Belgium akan kalah di separuh akhir dengan Netherlands. Argentina boleh pergi mampus.

juga dikenali dengan jolokan Red Devils, memang power macam MU.

Fellaini ni power betul.


No. 3 - USA

Negara Uncle Sam yang terkenal dengan American Football, makanan tidak berkhasiat dan obesiti, aku menyokong pasukan ini atas berapa sebab.

Pertama, Obama ada keluarga di Sabah. Kedua, USA banyak tolong negara kita. Ketiga, USA power. Cukup tiga sebab.

Jurulatih Jurgen Klinsmann adalah seorang warganegara Jerman yang pernah membawa negara kelahirannya menduduki tempat ke-3 pada tahun 2006. Dengan pasukan USA, cabaran beliau adalah untuk membawa pasukan ke pusingan kalah mati; sekurang-kurangnya dan menerapkan minat ke sukan bola sepak dalam kalangan masyarakat US.

Walaupun tanpa bekas kapten dan penyerang prolifik, Landon Donovan, tugas kapten dan playmaker diberikan kepada Clint Dempsey yang kehebatannya tidak perlu disangkal lagi. Tim Howard pula diberikan tugas menjaga gawang gol daripada dibolosi.

Jentera tengah diketuai oleh Bradley, yang jauh lebih hebat Gerrard, dibantu oleh Beckerman dan Jermain Jones manakala serangan diketuai oleh Altidore dan dibantu oleh Beasley dan Dempsey. Skuad yang mungkin tidak hebat, tapi ternyata lebih ampuh dari Italy, England dan Portugal.

Di pusingan kalah mati, Tim Howard diangkat menjadi hero rakyat US sebaris dengan Captain America, JFK, Lincoln dan Martin Luther King dengan menyelamatkan USA sebanyak 16 kali; rekod save terbanyak dalam sejarah Piala Dunia tetapi tidak dapat menyelamatkan kekalahan USA kepada Belgium 2-1.


mari kita bersatu di bawah satu bendera!

lebih power dari England, Italy dan Portugal!

no caption.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...