Sudah sekian lama saya tidak menjenguk blog yang terhebat ni. Dalam menunggu Login account tadi, macam-macam perkara bermain dalam fikiran saya. Admin-admin ni makin aktif ka? Blog makin ramai follower ka?
Ini jawapan dia.
kepalabana dia draft sampai 12. Mau tunggu Raya Haji tahun depan baru mau publish?
Sebelum saya mengamuk, bagus kamu kasi siap apa yang kamu mau post.
SEKARANG!!
~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~
- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.
- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.
18 December 2013
Malaysia vs Vietnam - SEA Games 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sukan SEA sedang berlangsung di Kemboja sekarang ni. aku akan update sikit dari apa yang aku peduli ja la. apa yang aku xpeduli, kamu pigi la Google sendiri.
Aku masih ingat dulu masa aku sekolah menengah, aku rajin tengok ulasan harian setiap kali ada Sukan SEA sebab aku rasa atlet Malaysia dulu hebat dan terasa kehebatan mereka. Contohnya, Nur Herman Majid dan Watson Nyambek. Sekarang ni masih ada atlet yang hebat, tapi aku xrasa kehebatan mereka ni. Dan yang lagi parah, atlet yang xhebat dan rasa diorang ni hebat.
Ok, siapa yang terasa pedas, sila minum air.
Aku cuma rasa Sukan SEA ni sudah hilang serinya berbanding edisi-edisi yang lepas. Pasal pengulas yang suara annoying dan xtau apa benda yang diorang mau ulas tu satu hal, ditambah pula dengan satu istilah atau propaganda yang cuba disebarkan di saluran-saluran sukan sejak bermula Sukan SEA ini, dan aku rasa ada orang lain yang rasa benda ni agak overrated.
Yaaaa, istilah "IBU SEGALA PINGAT EMAS". aku paling menyampah dengan propaganda ni. Sejak bila sukan bola sepak jadi lebih hebat dari sukan renang? Badminton?? Bola Tampar??? Semua pingat emas sama nilainya, xkira acara individu atau berpasukan. Menang bola sepak bukan boleh tambah 10 emas. tiada ibu, tiada bapa. Faham?!
mungkin propaganda ni telah berjaya dimainkan di saluran-saluran sukan tempatan dan telah menyebabkan aku melompat kegembiraan apabila Rozaimi menjaringkan gol penyamaan melalui sepakan percuma semasa menentang Singapura tempoh hari, tetapi aku rasa biasa-biasa saja apabila pasukan bola tampar Malaysia dilaukkan oleh Thailand.
Mungkin reaksi aku sedikit dipengaruhi dengan fakta yang Rozaimi ni asal dari Sabah, tapi apa yang aku mau katakan di sini, selagi sukan bola sepak di rantau ni betul-betul power sampai negara seperti Thailand, Vietnam, Singapura atau Indonesia boleh layak ke Piala Dunia, barulah aku rasa istilah IBU SEGALA PINGAT EMAS ni layak diberikan.
Kalau tidak, kita tidak lebih dari juara kampung, gah di tempat sendiri tapi longlai di tanah lain.
Apa-apa pun, aku doakan semua atlet negara selamat berjuang dan selamat kembali ke tanah air dengan kilauan pingat sebanyak mungkin.
Sekian, terima kasih.
Labels:
bukan marah tapi nasihat,
otak udang,
Sukan SEA,
ZVDS
17 December 2013
UEFA Champions League 13/14 Round of 16 Draw
The Road to Lisbon continues as the round of 16 draw concluded last night. Some interesting draw paired Manchester City against Barcelona, and another English counterpart, Arsenal will be playing against the reigning champion, Bayern Munich.
Meanwhile, the mighty Manchester United was given an easier route to Lisbon when they go against a Greek side, Olympiakos. Easy game for David Moyes and the lads. My prediction, MU will advance with 5 - 0 aggregate.
Simple.
For other result, go find it yourself. If you are finding the draw result for Liverpool, please Google "how to build a time machine" and go to year 2005.
GGMU!
Meanwhile, the mighty Manchester United was given an easier route to Lisbon when they go against a Greek side, Olympiakos. Easy game for David Moyes and the lads. My prediction, MU will advance with 5 - 0 aggregate.
Simple.
For other result, go find it yourself. If you are finding the draw result for Liverpool, please Google "how to build a time machine" and go to year 2005.
GGMU!
04 December 2013
Jadual Neraka
Sekarang ni dekat-dekat musim sejuk di Eropah. Di Malaysia pulak tengah musim tengkujuh membawak ke banjir.
Jadual bola awal pagi esok mula jam 3.45 pagi. Celaka mana buat jadual begini?
aku rasa ini bukan kali pertama aku rage pasal benda ni.
Tapi, ini semua adalah kehendak kapitalis bidang penyiaran termasuklah Astro dan tiada lain selain Astro.
So, berikut disertakan jadual perlawanan awal pagi besok.
Sunderland 03 : 45 Chelsea
Swansea City 03 : 45 Newcastle United
Arsenal 03 : 45 Hull City
Stoke City 03 : 45 Cardiff City
Southampton 03 : 45 Aston Villa
Liverpool 03 : 45 Norwich City
Manchester United 03 : 45 Everton
Fulham 04 : 00 Tottenham Hotspur
West Bromwich 04 : 00 Manchester City
Team lain boleh pigi jahanam. MU menang 3 - 0.
Sekian info paling berilmu untuk hari ini.
Jadual bola awal pagi esok mula jam 3.45 pagi. Celaka mana buat jadual begini?
aku rasa ini bukan kali pertama aku rage pasal benda ni.
Tapi, ini semua adalah kehendak kapitalis bidang penyiaran termasuklah Astro dan tiada lain selain Astro.
So, berikut disertakan jadual perlawanan awal pagi besok.
Sunderland 03 : 45 Chelsea
Swansea City 03 : 45 Newcastle United
Arsenal 03 : 45 Hull City
Stoke City 03 : 45 Cardiff City
Southampton 03 : 45 Aston Villa
Liverpool 03 : 45 Norwich City
Manchester United 03 : 45 Everton
Fulham 04 : 00 Tottenham Hotspur
West Bromwich 04 : 00 Manchester City
Team lain boleh pigi jahanam. MU menang 3 - 0.
Sekian info paling berilmu untuk hari ini.
Labels:
GGMU,
kalau post begini bagus nda payah,
ZVDS
11 November 2013
Dendam
- aku xberapa mahir penulisan ala-ala cerpen ni. tapi disebabkan kemenangan MU ke atas Arsenal semalam, izinkan aku memulakan langkah.
*
"Sudah sudah la tu Ubin" pujuk Roni dengan nada separa berbisik.
"Kisah lama jangan kau kenang. Aku pun pernah jugak rasa apa yang kau lalui ni, tapi selapas beberapa hari bermuhasabah dan solat Istikhara, akhirnya aku mengalah jugak. Ko mesti fikir panjang" Roni menyambung lagi sambil mencangkung membetulkan lidah kasut Nike Total90 Accuracy beliau.
Ubin senyap sambil mengikat tali kasut Adidas Predator berwarna merah hitam. Tangannya menggeletar menahan marah.
Ubin mendongak ke arah Roni dan memandang dengan kening sedikit berkerut. Dipandangnya ke mata Roni yang berwarna biru air laut.
"Dah dekat 2 tahun aku dendam ni, inilah masa terbaik untuk aku balas dendam. Sampai bila aku boleh tahan?" ujar Ubin penuh ketegasan.
Roni menggeleng kepala 3kali. Jarinya menggaru kepala separuh botak yang berparut sepanjang 3 inci di dahi kirinya. Dia buntu.
"Aku pun xtau mau cakap apa dengan ko ni. Kalau kau nak pecahkan kepala orang tua tu, aku malas mau backup!" nada Roni menjadi sedikit tinggi. Roni lantas berdiri sambil meregangkan hamstringnya dengan gaya Harimau Meneguk Air, gaya yang dipelajari dari kitab klasik Kama Sutra.
Ubin sekadar menjeling sambil meneguk air mineral jenama Spritzer yang diberikan oleh budak milo sebentar tadi. Nampak kejangkelan di muka Ubin melihat gaya Roni.
"Woi! Berbual kosong pulak korang ni. Dah, jom warming up. Coach dah panggil tu" jerkah Manja dari belakang.
Tersembur air dalam mulut Ubin dek terkejut dengan jerkahan Manja. Walaupun namanya Manja, beliau seorang kapten yang berkaliber dan digeruni kawan mahupun lawan di dalam padang.
Sambil berdiri, Ubin menyapu air yang terkena seluarnya tadi. Di benaknya masih lagi menimbang antara rancangan untuk membalas dendam terhadap majikan lamanya dan pesanan Roni tadi.
Ada benarnya kata Roni, dia tidak boleh bertindak tanpa berfikir panjang. Ada cara lain yang boleh dilakukan untuk membalas dendam.
**
Sepanjang memanaskan badan, Ubin terkenang peristiwa berkerja dengan majikan lamanya, Aweng. Gaji yang diberikan adalah tidak setimpal seterusnya menimbulkan perbalahan yang menyebabkan Ubin terpaksa berhijrah ke kelab lain. Kelab yang bisa memberikan bukan saja wang, malahan kemahsyuran dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa, Mancister United.
Tapi dendam terhadap Aweng belum lagi dilunaskan, hari ini adalah masa yang sesuai untuk membuat sesuatu.
"Cilaka Aweng!" pekik Ubin sambil melepaskan rembatan yang hampir menyebabkan pergelangan tangan De Giuk terkehel dalam usaha menepis bola dari Ubin. Geramnya tidak dapat dibendung lagi.
"Macam geraaaammm jer, macam geraaaamm jer" terdengar suara nyaring menegur dari belakang. Sekali dengar, suara ini mirip dengan suara BrianBoy dari rancangan America's Next Top Model.
Ubin menoleh ke belakang dan melihat Karamsey, bekas ahli sepasukan Ubin di kelab lama dulu sedang berlari-lari anak menuju ke seberang padang sambil memegang bola di tangan kanannya. Lariannya pelik sedikit, seolah-olah kedua-dua kaki dikepit ke dalam.
Hantaran Karamsey semasa bermain "ayam-ayam" sedikit tersasar tadi dan mengikut undang-undang semulajadi, dia yang bertanggungjawab mendapatkan kembali bola.
"Pui! Passing pun ke laut, ada hati mau menang lawan Mancister United!" jerit Ubin.
Ubin sedikit terganggu kerana dia sangat benci melihat video "Macam Comel Jer" yang menjadi viral di media sosial minggu lepas. Sebiji telefon pintar Samsung S4 milik Ubin berkecai di lantai disebabkan video ini.
Usai sesi memanaskan badan, Ubin berjumpa dengan Roni untuk berbincang sesuatu. Dia telah menemui rancangan terbaik untuk membalas dendam terhadap pasukan lamanya. Dia tekad.
***
Minit ke-27, bola hantaran Roni dari sepakan penjuru hinggap betul-betul di kepala Ubin dan sempat diketis dengan bahu untuk menghalakan ke arah pintu gol yang tidak dijaga rapi. Karamsey yang sepatutnya mengawal Ubin, telah hilang pedoman lantas berlari tanpa arah tujuan semasa bola dihantar ke kotak panalti.
GOLLL!
Rancangan yang dirancang Roni dan Ubin telah berjaya. Tanpa segan silu Ubin meraikan jaringannya. Hatinya puas. 76,000 penonton di stadium puas beramai-ramai.
Berjuta-juta lagi di seluruh dunia klimaks beramai-ramai.
Labels:
Edisi menganjing,
GGMU,
versi cerpen,
ZVDS
26 September 2013
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan..
Selamat mlm smua para pembaca Blog yg dihormati... adapun post saya yg tbaru ini adalah post pertama semenjak Ozil mnjadi pemain the Gunners.. skali lg... Ozil mjadi pemain The Gunners.. The Gunners.. Gunners.. ok ckup... mcm mau kna tendang plak kalo blk2 tulis... kakakakakkaka..
Berhubung dgn tajuk diatas... ok.. teda kaitan sebenarnya... saja mau kasi nmpk Gah skit tajuk.. alaa.. mcm newspaper2 skrg.... tajuk lebih2.. "Bapa ditangkap Anak Kandung ketika Memancing".. apa kejadah tajuk cmni.. maka kepalabana kita pun trus ingin melihat selanjutnya cerita tersebut.. maka Anak tu sbenarnya salah tgkp org... kepalabana jg kdg2 news skrg ne...
Ok... ckup... Kita berbalik kepada cerita utama... Ozil atau nama sebenar beliau Mesut Ozil... tp sebenarnya hruf O tu ada lg 2 titik noda diatasnya.. cmni la O tu... dilahirkan d Gelsenkirchen Germany... p Google kalo nda tau... mempunyai tggi lebih kurang sebaya leher unta setengah dewasa gituu.. 1.81 inci.. blum lg pnjg yg lain d amik kira.. kakakakakkaa.. lahir pada 15 Oktober 1988 Miladi... dan beliau berumur 24 thn.. dgn pembelian Ozil ini.. maka Arsenal telah melengkapkn pembelian termahal sejak Andrey Arshavin yg d beli dgn hrga 15M Pound... sementara Ozil dibeli dgn hrga 42M Pound...
Dengan pembelian ini maka makin bersemangat la peminat2 Arsenal d pelusuk dunia samaada d antartika atau d garisan khatulistiwa.. Ozil yg telah bermain sbnyk 3 perlawanan menunjukkan dia sememangnya seorang yg hebat ketika melakukan hantaran2... dan ini dibuktikan stakat ini 4 Assist dr 2 perlawanan liga... hebat bukan... kakakakakaka..
Ozil ialah pemain yg beragama Islam yg bermain utk Arsenal.. dan stiap kali perlawanan akan bermula... sbelum sahaja pngadil meniup sangkakala... mksud saya meniup wisel utk memulakan perlawanan, maka disitu la kta nmpk Ozil mengangkat tgn seraya berdoa utk kejayaan... mcm sya jg la kalo mau men ftsal... nda gtu Za8 VDSar.. kakakaka... mari kta lihat sjenak gambar Ozil ketika berdoa.. kalo time mkn pun dia bdoa jg... tp sya blum sempat utk mcuri gmbr beliau bdoa semasa makan... kakakakakaka..
"Ya Tuhanku... berkatilah permainan bola ini... smoga kami berjaya mendapat kemenangan..."
dan seterusnya beliau berjaya membantu pasukan.. ngeh2..
25 September 2013
Kalau Tarik Seluar?
ok tadi aku tengok game Aston Villa vs Tottenham Hotspurs. terjadi sebuah adegan yang aku pun xtau mau cakap macamana. Kamu tengok la sendiri.
Pengadil tidak memberi penalti. adakah pengadil akan berfikir sebaliknya jika baju yang ditarik?
Moral of the story, pakai la tight atau seluar dalam yang cantik sikit time main bola. huduh betul kalau jadi begini.
okbai.
Pengadil tidak memberi penalti. adakah pengadil akan berfikir sebaliknya jika baju yang ditarik?
Moral of the story, pakai la tight atau seluar dalam yang cantik sikit time main bola. huduh betul kalau jadi begini.
okbai.
Labels:
mengubat kebosanan,
ulasan ringkas mcm cilakak,
ZVDS
08 September 2013
Ketinggalan Zaman
Assalamualaikum dan selamat menikmati kenaikan harga minyak.
dalam post ini, aku akan mengulas mengenai perpindahan pemain berdasarkan rumours dalam post sebelum ni oleh Halu Zal dan aku akan berkongsi sedikit mengenai cara-cara untuk menjimatkan perbelanjaan sempena kenaikan harga minyak.
sebagai pembukaan, aku sifatkan sebagai perpindahan besar-besaran untuk penyerang-penyerang prolifik seluruh dunia. bermula dengan Neymar, Falcao dan rakan-rakan yang lain, trend perpindahan pemain ini dilihat berterusan sehingga penutup jendela perpindahan.
RUMOURS (ADA YANG JADI KENYATAAN ADA YANG TIDAK)
1. Steven Jovetic (Fiorentina - Arsenal/Chelsea)
- perpindahan yang dikhabarkan berjumlah 22juta pound ini akan menjadikan Jovetic sebagai penyerang ke-2 dibawa masuk oleh Pellegrini ke the Noisy Neighbour. berdepan saingan dari penyerang-penyerang lain, pemain yang berasal dari Montenegro ini dijangka akan memanaskan bangku simpanan sambil menunggu peluang untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.
"saya gembira bermain di bangku simpanan" |
2. Wayne Rooney (Man.United - Arsenal)
- tidak menjadi kenyataan. kononnya Rooney sengaja mempermainkan perasaan penyokong Arsenal untuk melihat betapa perangai fan Arsenal ni umpama dapat player power boleh sembang macam menang piala. kahkahkah
3. Gareth Bale (Tottenham - Real Madrid)
- saga perpindahan yang berlarutan sehingga ke saat-saat akhir jendela perpindahan. menjadi perpindahan termahal dengan rekod 84juta pound mengalahkan yuran yang dibayar untuk mendapatkan Christiano Ronaldo dari Manchester United. gandingan dua pemain paling mahal ini pasti akan menjadi igauan ngeri untuk pemain pertahanan La Liga.
"kalah Ronaldo kehenseman aku ni" |
* tambahan - Mesut Ozil (Real Madrid - Arsenal)
- pembelian termahal Arsene Wenger sejak kemasukan Andrei Arshavin dengan yuran melebihi 50juta pound. pemain antarabangsa Jerman ini telah melalui musim yang baik bersama Real dan Pasukan Jerman dan akan rakan sepasukan dengan Podolski & Mertesacker. satu pembelian yang dijangka akan memberi impak besar kepada pasukan Arsenal.
hanya diharap sebagai pembaca doa oleh Wenger. untuk menambah keberkatan katanya. |
4. John Obi Mikel (Chelsea - Galatasaray)
- hantu ni masih lagi ada di Chelsea. Mourunho sayang lagi letteww.
5. Robert Lewandowski (Borrusia Dortmund - Manchester United)
- lagi satu perpindahan yang tidak menjadi kenyataan. selepas minat dari Manchester United padam, Bayern Munich dikatakan cuba untuk memancing pemain ini.
6. Hulk (Zenit. Petersburg - Real Madrid)
- pun xjadi pindah. NEXXTTTT!!!
7. Gonzalo Higuain (Real Madrid - Arsenal/Juventus)
- ok ini cerita yang sadis untuk Arsenal yang dikatakan sangat berminat untuk mendapatkan bintang Real Madrid ini. tapi akhirnya Higuain memilih untuk bersatu dengan Rafa Benitez di Napoli kerana reputasi Arsenal yang dianggap sebagai budak tadika tidak digemari oleh beliau.
pembelian pukal oleh Benitez. |
8. Carlos Tevez (Manchester City - Juventus)
- satu usaha oleh pengurusan Juventus untuk mengambalikan zaman kegemilangan mereka. satu pembelian yang dilihat berbaloi apabila Teves sudah pun menyumbat beberapa gol untuk pasukan barunya. Fuerte Apache akan menjadi pembelian yang berbaloi untuk Juventus.
9. Fernando Torres (Chelsea - Real Madrid) - natang ni masih lagi lepak minum kopi dekat Stanford Bridge. ntah team mana la minat dengan si Torres ni.
"hampir-hampir aku bersara main bola. nasib baik Juventus power." |
9. Fernando Torres (Chelsea - Real Madrid) - natang ni masih lagi lepak minum kopi dekat Stanford Bridge. ntah team mana la minat dengan si Torres ni.
10. Marouane Fellaini (Everton - Arsenal) - pembelian oleh Moyes yang menimbulkan tanda tanya mengenai hala tuju pasukan power Manchester United. mempunya keupayaan untuk memegang kawasan tengah dengan kelebihan fizikal dan rambutnya yang menjadi mimpi ngeri pemain yang terpaksa mengawalnya. dengar khabar, pernah sekali seorang player pengsan terhidu bau rambut si Marouane ni. perlu lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan United yang mantap.
rambut kau, kalau ustat jumpa, kena potong. |
11. Diego Godin (Athletico Madrid - Chelsea/Man.city)
- siapa natang ni? Iodin aku tau la. untuk bersihkan luka-luka kecik. semenjak dua menjak ni, kucing aku balik rumah ja luka-luka. muka telinga koyar kabak. al-maklumlah musim mengawan la katakan. korang kalau horny pun sanggup bertumbuk dengan pak Arab berebut perempuan. so, aku la yang cuci luka kucing aku tuuu. ada bakat jadi doktor haiwan aku ni.
cilaka apa kena mengena dengan transfer?
12. Darren Bent (Aston Villa - Newcastle)
player ni sudah pindah Fulham. habis cerita. NEXXXTTTT!!!
13. Laurent Kocsielny (Arsenal - Bayern Munich/Barcelona)
- kelab bangang mana la mau beli player bangang ya Rabbi ni. istikhara la banyak-banyak. kakakaka
14. Isco (Malaga - Manchester City/Real Madrid)
- berpindah ke Real selepas membantu pasukan Sepanyol u-21 memenangi Piala Dunia bawah-21. telah membantu Real memenangi beberapa perlawanan awal musim, pembelian ini akan membawa impak besar ditambah dengan kemasukan Bale yang menambah sengat di jentera serangan Real.
15. Edinson Cavani (Napoli - Manchester City : swap with Edin Dzeko/Real Madrid)
- pemain yang dinilai tinggi oleh kelab-kelab elit ini telah berpindah ke pasukan PSG untuk bergandingan dengan Ibrahimovic dan Lavezzi. makin power la team jutawan arab ni.
16. David Villa (Barcelona - Arsenal/Tottenham)
- Arsenal pun kempunan, Tottenham pun kempunan. Villa telah berpindah ke Aston Villa kerana nama yang seakan-akan sama menjadi satu motivasi dan memudahkan peminat untuk mengingat nama pemain ini.
ok, aku melawak ja. siapa xketawa leher dia berdaki. Villa pindah ke Athletico Madrid dan telah menjaringkan gol semasa perlawanan sumbangsih ntah apa nama piala dia aku pun lupa menentang majikan lamanya, Bacelona.
17. Nani (Manchester United - Arsenal)
- pun xjadi pindah. tapi main bola makin xpower.
18. Gervinho (Arsenal - Marseille)
- dijual ke Roma. cerita banyak xguna bukan hensem pun.
19. Simon Mignolet (Sunderland - Liverpool)
- perpindahan ke Liverpool berjaya dan manjadi hero serta-merta dalam debut menentang Stoke City apabila beliau menyalamatkan sepakan penalti lemah gemalai dari Jonathan Walters. belum lagi melepaskan walau satu gol musim ini, dan dijangka akan menjadi tunjang pasukan sejarah ini untuk tahun-tahun mendatang insyaAllah.
* tambahan - Pepe Reina (Liverpool - Napoli)
- setelah merajuk kerana Liverpool membeli seorang penjaga gol, Reina memilih untuk bergabung dengan bekas pengurus iaitu Benitez ke Napoli.
* tambahan - Eirik Lamela (Roma - Tottenham)
- calon utama untuk mengganti tempat Bale di Tottenham. pemain muda dari Argentina ini dijangka akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan corak pantas bola sepak Inggeris.
* tambahan - Willian & Samuel Eto'o (Anzhi - Chelsea)
- Willian, pemain yang menjadikan Will.i.am sebagai idola ini melengkapkan perpindahan ke London dengan yuran 30juta pound. Eto'o pula pernah menjadi penyerang yang digeruni semasa bermain untuk Barcelona. sekarang ni beliau dah berumur, dijangka akan menjadi ttukang urut di bilik persalinan.
* tambahan - Mamadou Sakho (PSG - Liverpool)
- pemain antarabangsa Perancis ini melengkapkan perpindahan saat akhir dan akan memantapkan barisan pertahanan yang rapuh sebelum ini.
* tambahan - ALvaro Negredo (Sevilla - Man City)
- Roberto Soldado (Valencia - Tottenham)
- Christian Eriksen (ajax - Tottenham)
berkenaan tips untuk menjimatkan perbelanjaan, boleh tanya ke Najib dan Rosmah kerana mereka adalah role model dalam hal berjimat ni. kakakakaka
p/s - aku mau kasi masuk gambar tapi internet ni slow pulak. nanti ja la.
kbai.
Subscribe to:
Posts (Atom)