~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.
Showing posts with label Bundesliga. Show all posts
Showing posts with label Bundesliga. Show all posts

06 October 2011

Owen Hargreaves - Perjalanan Pertama

tajuk macam bagus. heh..heh..heh

perjalanan karier bolasepak pemain kelahiran Calgary, Alberta, Kanada ini penuh dengan ranjau berliku, layak masuk Bersamamu edisi injury. beliau sangat terdesak untuk beraksi selepas disahkan sembuh sehinggakan pada satu tahap, beliau sanggup menawarkan dirinya untuk bermain secara percuma untuk pasukan Manchester United bagi menunjukkan bahawa beliau masih boleh dipakai.

penyakit misteri apakah yang melanda pemain ini sampai dia menghabiskan lebih masa di atas bawah jagaan pakar fisioterapi berbanding masa beraksi dipadang?

sejarah karier - beliau memulakan karier profesional beliau di Jerman pada usia 16tahun dengan kelab gergasi, Bayern Munich selepas bermain di peringkat remaja di Calgary Foothils. tahun 2001/02 menyaksikan beliau melonjak dari seorang pemain muda kepada kesebelasan utama pasukan Bayern.

zaman kegemilangan di Bavaria

pencapaian beliau di Allianz Arena sangat memberangsangkan dengan mengumpul empat trofi liga Jerman, dan sebiji medal Juara Eropah dan ini meyakinkan Sir Alex Ferguson membeli beliau dengan harga 17juta pound pada 1 Julai 2007.

pernah diramas oleh Hargreaves

sempat menapau sebiji trofi Liga Juara

berhijrah ke pekan Manchester (the real one)

apa yang nampak cerah pada paginya tidak semestinya berkekalan hingga ke petang.

musim pertama dilalui dengan hasil yang memberangsangkan, memenangi Liga Inggeris dan Juara Eropah, termasuk menjaringkan gol kemenangan menentang musuh utama Arsenal di Old Trafford. ini antara kenangan manis sepanjang beliau berada di OldTrafford. sempat juga beliau merasa meramas piala atas titik peluh beliau sendiri.

sempat juga Fabregas merasa penangan Hargreaves ni

meramas trofi BPL

kenangan Final Moscow

kecederaan semasa d MU - malangnya, kecederaan lama yang dialami sejak di Bayern lagi kembali menghantui beliau. bermula dengan kecederaan patah tulang fibula di kaki kiri berpunca dari satu tackle keras daripada pemain lawan, dan di sinilah bermulanya 'domino effect' yang memaksa beliau duduk di bangku penonton selama hampir 2 tahun. kecederaan itu melarat ke patella tendon di lutut semasa beliau memecut dalam latihan seterusnya mencederakan quadriceps beliau.


budak fisio tolong explain

semua ini terjadi tanpa disedari dan selepas latihan, lutut beliau akan membengkak. beliau pernah mencuba suntikan penahan sakit dan menelan painkiller sebanyak 5, 6 biji sekali tetapi ini telah menjadikan kecederaan beliau semakin teruk.

beliau meneruskan usaha untuk mencari pakar yang boleh meyembuhkan kecederaan beliau yang serius, dan usaha ini membawa beliau ke Sweden, bertemu Hakan Alfredson. hasil diagnosis yang dilakukan, Hakan mencadangkan Owen untuk menjalankan pembedahan dan memberi jaminan yang pembedahan ini akan berjaya 80%.

dari Sweden, beliau ke Colorado untuk bertemu Richard Steadman, seorang pakar bedah lutut yang terkenal untuk manjalani pembedahan. pembedahan pertama dibuat di lutut kanan dahulu dan selang hampir setahun kemudian, lutut kiri beliau pula dibedah. semuanya untuk memastikan pembedahan ini membuahkan hasil yang diharapkan.

MU membayar hampir semua kos perubatan beliau dan usaha itu mula membuahkan hasil. 18bulan adalah masa yang diambil oleh beliau untuk kembali pulih dan beraksi sekali lagi. ujian pertama, menentang Wolves dan beliau diturunkan dalam kesebelasan utama.

malang sekali lagi, beliau hanya bertahan selama lima minit di atas padang. hamstring beliau telah koyak semasa cuba untuk mengejar bola. kecewa bercampur sedih, beliau meninggalkan padang dengan berat hati. segala usaha beliau selama 18bulan mendatangkan hasil yg tidak seperti yg dijangka. kesudahannya, beliau tidak disertakan di dalam skuad England untuk menghadapi Piala Dunia 2010.

melangkah keluar padang dgn berat hati ketika bertemu Wolves

ok. idea hampir kering. kita sambung di bahagian kedua.


chow.


01 May 2011

KONFEM! - Borussia Dortmund juara baru BUNDESLIGA!

Adakah anda pernah mendengar nama team ni?? haha... macam team tiada jenama kan. Memang pelik benar bunyi team ni, tapi nielah fakta - Borrussia Dortmund sah JUARA BUNDESLIGA MUSIM 2010/2011 semalam! Dortmund menewaskan 1.FC Nurenberg 2-0 untuk bergelar juara. Perghh... memang impressive! GOJES! KIPIDAP!












Familiarkah anda dengan logo ini??









Gol jaringan Lucas Barrios dan Robert Lewandowski mengesahkan status mereka sebagai juara yang selayaknya, setelah pesaing terdekat mereka, Bayer Leverkusen tewas di laman FC Cologne dengan jaringan 2-0... Sebelum kedua2 match nie, Dortmund dipisahkan Leverkusen dengan 5 mata seja... memang nda jauh la. Lebih2 lagi match Bundesliga masih berbaki 2 perlawanan. Tapi perrgh.. Dortmund nie mmg berjaya mengawal nervous mereka dengan menumpaskan Nurenberg dengan stail yang bagi aku agak bergaya la juga... (Barrios punya gol simple tap in, Lewandowski pla score dengan lobbing keeper).













Lewandowski & Barrios - Real Gem of Dortmund






Honestly, aku jarang layan Bundesliga nie, sebab slalu layan BPL dengan La Liga ja. Hehe... Tapi match Dortmund vs Nurenberg semalam memang betul2 MEMBUKA MATA DAN MINDA aku bahawa Bundesliga nie memang Liga yang sangat kompetitif, ART (bukan Arsenal jak k!), fast-paced (bukan mcm SERIE A, slow gila!), energetik dan penuh dengan PEMAIN2 STAR yang kita kurang kenali... memang star! kalau nda pecaya boleh tengok match ulangan dia...








Jurgenn Klopp - Bukan saja ensem cam hero hindustan, juga mastermind Dortmund









Di sini aku ingin memberi fakta2 yang ART dan menarik pasal juara Bundesliga (Borussia Dortmund) ni :






(1) Bukan seja Dortmund nie menang Bundesliga musim 2010/2011, tapi diorang nie memang menang dengan bergaya! (bukan Arsenal ja yang menang dengan bergaya okey... ptuuiii!). dalam musim nie, Dortmund HANYA BOLOS 19 GOL (setakat ni, sebab Bundesliga blum habis lagi)... Dan ini adalah REKOD DEFENSIVE BARU BUNDESLIGA , yang sebelum nie dipegang oleh Bayern munich dengan bolos 29 gol pada musim yang aku pun nda berapa pasti. (nanti kamurang googlekan untuk aku a... hehe). Pujian harus diberikan kepada defender mereka, NEVEN SUBOTIC dan MATTS HUMMELS.






Subotic & Hummels - Bundesliga Defender Maestro's!




(2) Team squad Dortmund nie adalah TEAM YANG TERMUDA di Bundesliga, dengan AVERAGE AGE OF ONLY 24! (pada musim nie). Pergghhh... Memang ART la Dortmund nie, sudala main cantik, banyak lagi tu pemain2 muda dia. Pemain seperti Subotic (22), Nuri Sahin (22), Hummels (22) dan Schmelzer (22) adalah antara pemain muda dan mempunyai prospek yang cerah pada masa depan. Bagi aku kombinasi pemain muda dan pemain berpengalaman (bukan tua okey!) adalah sangat perlu dan penting untuk mengekalkan momentum dan harmoni dalam team... Do I need to criticize ARTSENGAL FC youth team policy? (nda payahla kutuk lebih2.. nanti admin blog kita, bang Paijal merajuk nda mau menulis lagi. hahaha...)




(3) Adakah anda tahu bahawa salah satu motto/slogan/jingles Dortmund jugak adalah YOU'LL NEVER WALK ALONE? haha... Sori la Liverpool, memang Dortmund suda lama guna motto ni, sejak azali lagi... sejak tahun 1905 lagi. Bukan menciplak2 okey! (jangan2 Liverpool yang menciplak Dortmund??). Bagi aku fakta nie memang hilarious, tapi memang benar belaka. Check kat Youtube ya...





(4) Jika Manchester United ada Giggs... Dortmund juga ada pemain yang memang telah lama dan setia dengan team. Pujian harus diberikan kepada kesetiaan pemain left-back mereka, LEONARDO DEDE. One of the longest-serving player of Dortmund (semenjak 1998). Aku dapat rasakan dalam match Dortmund vs Nurenberg yang aku tengok semalam, fans Dortmund memang memuja pemain yang berusia 33 tahun nie. Even tengah panaskan badan tepi padang, beliau disorak nda henti2 oleh fans di stadium, macam tengah scoring goal pla. haha... Nice!







Dede - My loyalty paid off...







(5) Stadium Dortmund bernama SIGNAL IDUNA PARK, WESTFALENSTADION. Jangan memain dengan stadium Dortmund nie ha... Kapasiti crowd sebanyak 81,266 ORANG! gila! Stadium nie sebaris besarnya dengan stadium terkemuka, seperti Wembley, Old Trafford, Camp Nou, Santiago Bernabeu dan Allianz Arena (Bayern Munich). Aku rasa Dortmund nie nda la kuat mana, tapi fans dia ramai gila di Jerman... Sebab tu la stadium nie terpaksa diexpandkan. Ui, respekk...






Signal Iduna Park - kapasiti kalah Old Trafford, series!









Orait... Setakat ini ja la pengetahuan aku pasal Borussia Dortmund nie. Bukan senang mau kumpul maklumat dan menggoogle data nie - memakan masa dan tenaga. Apa2pun, sekalung tahniah dan respek aku sama juara baru BUNDESLIGA musim 2010/2011 - BORUSSIA DORTMUND!















Majulah Sukan Untuk Negara!














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...