- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.
18 December 2013
Malaysia vs Vietnam - SEA Games 2013
20 January 2012
Contoh Tidak Baik
post di bawah ini adalah contoh klasik untuk kerja yang dibuat last minit atau kerja yang dibuat sambil lewa.
lain kali, sila letak tajuk untuk setiap post yang anda buat untuk menambah perisa, thrill dan keasyikan membaca.
sekian. terima kasih.
18 January 2012
Angkara
tup2, RTM1 siar PKNS vs Kedah. tapi xpa lah daripada tiada. boleh juga tengok update dari stadium2 lain dan dengar ulasan dari lagenda Dato' Hasbullah Awang.
tapi apa lahanat mainan 2team yang xpower ni?ntah apa2. kalau aku tampar satu2, berguguran bulu mata diorang ni.
bosan yang amat Ya Rabbi.
lain kali kalau mau buat live, pilih la team yang power, macam Sabah contohnya.
ini semua salah FAM, RTM dan Astro. aku mau tiga2 buat sit-up seratus kali sekarang!!!
11 January 2012
Sound Menyound Amalan Kita
ka korang tunggu UCL resume bulan Februari nanti?
setann.
04 January 2012
Selamat Tahun Baru 2012
apa jadah azam baru?
yang lama pun tak tercapai lagi.
asyik-asyik azam mau jadi lebih baik.
and you will end the year even more worse than the beginning.
Happy New Year!!!
23 September 2011
Passompa FC - Menuju Kegemilangan
NAMA TEAM: PASSOMPA FC
Proposal team Futsal.
1.Pasukan ini ditubuhkan sebagai persiapan untuk bermain futsal pada hujung minggu dan hari-hari cuti sekiranya para pemain free dari aktiviti lain dan bagi mengelakkan bermain dengan “hit the Post” tiang gol disebabkan kekurangan pemain. Ia juga sebagai langkah awal pasukan untuk memasuki pertandingan-pertandingan yang akan diadakan d sekitar KK (kalau berani la).
2.Nama untuk pasukan belum ditentukan dan akan dibincangkan kemudian. Para pemain diharap dapat memberikan nama pasukan yang mantap.
3.Jersi akan ditempah setelah mendapat senarai jumlah yang lengkap untuk pasukan ini. Cadangan bagi jersi adalah 2 pasang (home dan away kunun) dan masih dalam perbincangan. Nama pemain akan diletakkan pada belakang jersi berserta nama pasukan dan no pemain kecuali untuk pemain Shahfizul, semua nama dan no letak di pala dia (hahahah). Untuk hadapan jersi akan diletakkan no kecil pemain. Harga untuk jersi ini akan ditentukan dan dibincangkan kemudian.
4.Kapten dan Timbalan Kapten akan dilantik kemudian.
5.Pasukan ini juga akan melantik bendahari, setiausaha, kesihatan dan si tukang pemanggil pemain dan jawatan-jawatan ini akan dibincangkan lebih lanjut. Jawatan ini bukanlah kekal dan tidaklah dibawa ke kubur. Jawatan-jawatan ini akan berganti pada setiap pemain untuk jangka masa tertentu (cadangan sebulan).
6.Disini adalah deskrepsi bagi tugas-tugas jawatan tersebut:
Bendahari dan timbalan: mengumpul dana untuk pasukan. Tidak ada yang terkecuali terutama pemegang jawatan ini.
Setiausaha dan timbalan: menempah gelanggang tenis.. eh futsal.. sama ada di suria atau kk futsal arena atau tempat-tempat futsal yang lain dan tida terlalu jauh untuk dijejaki. Mengambil borang-borang pertandingan sekiranya beliau berani melakukannya.
Kesihatan dan timbalan: Sekiranya mempunyai dana lebih (bincang dgn bendahari) ”first aid kit” seboleh-bolehnya dibeli untuk kegunaan kecemasan seperti yang telah dialami para pemain sebelum ini. Awg Shahrin patah kaki, act terkoyak pantat beliau, pjul muntah-muntah setelah bermain futsal kerana tercium stokin awg shahrin yg suda lama nda bsuh. Kesihatan akan membantu sekiranya mengalami kecederaan tetapi dilarang keras untuk melakukan CPR ditengah gelanggang kerana ianya sangat mengaibkan.
Tukang Pemanggil (nda tau mau taruk apa lagi nama yg sesuai): Faham-faham la ba krja ni urang aa...
7.Pasukan juga akan mengumpul dana untuk pasukan dan akan dibincangkan kemudian. Cadangan untuk dana tersebut adalah sebanyak rm3 hingga rm5 sahaja dalam 2 minggu bergantung pada perbincangan selanjutnya. Dana ini adalah untuk membayar sewa pada gelanggang tenis... eh gelanggang futsal. Dan sekiranya mempunyai dana yg lebih, pasukan akan berbincang untuk membuat reunion atau berkelah atau menonton aksi bola sepak EPL di kedai-kedai mamak yang berhampiran atau sebagainya.
8.Sebarang pertanyaan lanjut, boleh trus menghubungi saya Faizal, atau Zahid anak pcik Rosli, atau Gaj.. ok.. Sekiranya mau mengubah nama pada jersi atau no.jersi, sila maklumkan kepada kami bertiga aa... kamu tau kan tu numbur sia... dan sekiranya ada pemain dalam list berkenaan yg hendak menggugurkan diri beliau dr team ini, sila mklumkan jg kpd kmi bertiga... teda masyala baitu.. sekiranya ada nma dalam senarai atas yg belum dimasukkan disebabkn kecuaian si penulis (besa la manusia bah, sapat lupa), sila la bg cdgn lg sapa yg boleh dimsukkan dlm team ni..
9.Team Futsal ini juga boleh dijadikn Team Bola Sepak disebabkan kuantiti player yg rmai utk team ini.. sekian terima kasih...
Disediakan oleh:
_____________
(Halu Zal)
ini contoh proposal yang telah dicampak ke dalam tong sampah. kalau gaya menulis pun begini, apatah lagi gaya permainan. macam setan.
sekian.
02 September 2011
Amaran Sempena Raya
walaupun ini bulan baik untuk bermaaf-maafan, saya sebagai supervisa besar blog ini ingin memberi amaran keras kepada admin-admin sekalian:
sila jangan buat blog ini macam anda yang punya sampai post 4,5 entri berturut-turut sekaligus. bukan apa, setiap entri yang dipost akan dibayar elaun. paling kurang rm500 1entri.
kalau 5entri, mau rm2500. siapa mau bayar?last-last aku juga yang pigi melutut depan lembaga pengarah minta ekstra bajet. malu tau tak?maluu.
kalau follower ribu-ribu tidak mengapa. ini 15?
heh..heh..heh.. (ikut ketawa menganjing Zahid VDSar)
27 May 2011
Amaran Keras II
ok. header pic blog ni sudah jadi isu sebelum ini dan admin2 sudah mencapai kata sepakat utk m'gunakan header yg ada gambar2 admin yg ensem. tapi entah dari mana founder kita ni terjumpa tukang design yg baru kenal erti dunia dan tidak menghargai prinsip solidariti antara kem dlm blog kita ni. maka, masalah lama timbul kembali.
jadi aku sebagai supervisa yg mengawal keharmonian dalam blog ni akan me'revoke admin previleges' si tukang kebun ni sementara waktu untuk memberikan masa kepada beliau untuk belajar prinsip2 umum solidariti antara kem berserta dgn pakej 2hari 1malam menyertai Kem Bina Semangat di Telupid sebelum beliau meneruskan tugas sebagai designer blog.
tapi kalau masih bebal juga, remove ja dia ni. bukan susah pun.
2. any emblems, logos or anything referring to any team or brand shall be avoided.
3. where is the tagline 'Soccer on Your Face'? c'mon la wei.
4. WTH?! the Director and CEO of this blog never approve this tagline.
conclusion, edit this header after you've attended the training. refer to the founder and producer before publishing. mere notification in FB is not sufficient notice. you must atleast put a notice in 3 or more local newspapers. ambik kau.
23 May 2011
Amaran Keras
baik mengaku sebelum kena potong 1bulan gaji.
ini bukan blog sejarah ok.
18 May 2011
Who Did That??
ok. saya sebagai 'supervisa besar' dalam blog ini ingin mengeluarkan amaran kepada admin yg telah mencemarkan blog ini dgn Header Pic yg bisa membuatkan pembaca muntah darah selama 3hari, 2malam. sila perbaiki skill 'editing' anda sebelum ramai lagi yg menjadi mangsa kekejaman anda.
kepada pembaca, kami dari pihak pengurusan MukaBola ingin menyusun 10jari tangan dan kaki andai Header Pic itu mengganggu ketenteraman hidup anda sehinggakan anda menggilai rupa paras ke-empat2 admin yg kacak walau dalam sedar atau dalam tidur anda. ini adalah sindrom yg biasa terjadi kepada mereka2 yg lemah semangat dan jarang turun jogging petang2.
tetapi jangan bersedih dan gundah gulana. pihak pengurusan telah membuat mesyuarat tergempar dan hasilnya, kami ingin memberikan pampasan kepada anda yg telah menjadi mangsa kekejaman admin yg bertanggungjawab membuat header ini. pampasan berupa percutian 3hari, 2mlm ke Nexus Karambunai Resort bersama admin terpilih untuk merawat luka di dalam hati anda sambil bermandi-manda ditepian pantai. (kos tanggung sendiri)
untuk melayakkan anda menerima pampasan ini, sila e-mel gambar berukuran pasport terkini, nama, no. telefon dan setem hasil rm10 ke alamat e-mel kami, mukabola[at]gmail[dot]com. jika anda tidak menerima jawapan dalam masa 6bulan, sila anggap permohonan anda sudah dibuang ke tong sampah.
tarikh akhir untuk menghantar permohonan adalah pada 29hb Mei 2011 sebelum kick off final Champions League.
sekian. majulah MukaBola untuk negara. peace.
12 May 2011
Main Bola Scene
elemen yg paling penting yg mendorong kepada semangat waja ini adalah adanya kemudahan padang/gelanggang dan bola. yala, kalau teda bola, xkan mau main bola member. menggeliat terus member tu nanti.
bermulanya alam pekerjaan telah membataskan aktiviti petangku. dgn komitmen kerja dan office hour yg gila, maka masa bersukan hanyalah di hujung2 minggu sebelah malam. biasanya aku layan futsal 2jam, paling koman pun tgk wayang 2jam.
tapi tadi aku mendapat peluang yg paling 'rare' sepanjang aku berkerja di tempat kerja sekarang ni iaitu ajakan utk bermain bola padang jm4 petang. aku b'semangat seperti biasa. peralatan disiapkan sejak awal pagi lagi. glove, boot, baju spare semua siap dari awal pagi. menjelang jm4 aku sudah tidak senang duduk, kaki ni mcm mau menendang ja.
lantas aku dgn officemet yg lain pun gerak ke padang Sukma blkg Wisma Wanita. tapi kecewa. main 7sebelah ja, student xramai turun, teda transport katanya. padang sudah disediakan, tinggal datang ja bawa kasut, main free. itu pun xdatang. aku geleng kepala ja. dasar budak2 xtahu diuntung. teda semangat kesukanan lgsung. xmcm aku dulu. atleast aku rajin main, walaupun ponteng kelas pun aku rajin juga.
balik rumah, penat. tadi Halu Zal bagitau dia suda tgk Priest 3D dgn awi ferdinand. mmg la aku bebulu. tgk wayang xajak aku. cilaka.
28 April 2011
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
kami masih lagi menunggu entri sulung dari kem Chelsea dan Liverpool. agak2 kalau tahun depan baru admin kem ni mau post, merasa diorang penumbuk sulung Abdul MukaBola.
oleh itu saya menyeru kepada admin2 berkenaan, sila post entri secepat mungkin. sembang gunggang2 tapi habuk pun tarak. nanti gaji kena tolak, baru la kamu mau komplen mcm2. itu belum lagi kena bagi surat tunjuk sebab, memang dgn Karam Singh Walia la diorng mengadu.
sekian,
"Bertindak Tanpa Arahan"