~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.
Showing posts with label Ulasan Ringkas Tanpa Perlu Berfikir Panjang. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Ringkas Tanpa Perlu Berfikir Panjang. Show all posts

27 December 2012

Boxing Day Bonanza!

aku mau buat analisis ringkas pasal game semalam.

1) Manchester United 4 - 3 Newcastle United


perlawanan yang cukup mendebarkan dimana pasukan pelawat mendahului sebanyak tiga kali, lantas memberi peluang kepada haters sekalian untuk bergelak ketawa sebanyak tiga kali sahaja. Tapi pasukan paling power seantero alam tidak gentar sekalipun bermain dalam cuaca hujan lebat.

Gol dari Cikurita dalam masa kecederaan - setelah berusaha keras sepanjang 90 minit perlawanan - berjaya memberikan senyuman terakhir kepada penyokong-penyokong MU, seterusnya memberi mereka hak untuk berlagak sombong dan hidung tinggi sekurang-kurangnya untuk 3 game lagi.

Semasa perlawanan ini sedang berlangsung, penyokong pasukan Liverpool dan Arsenal sedang berdoa untuk kekalahan MU. kakakaka

2) Norwich 0 - 1 Chelsea


Game bosan. Gol dari Juan Mata cukup untuk memberi 3 mata untuk pasukan Benitez. semakin ramai yang memuja Benitez nampaknya. Tempoh hari bukan main protes lagi.

kakaka

3) Sunderland 1 - 0 Manchester City


Adam Johnson, bekas pemain City menjadi pemusnah dengan gol dari luar kotak penalti. City kini ketinggalan 7 mata dari pasukan pendahulu, Manchester United yang power. 

Mancini pula menyalahkan pengadil.

kakaka

4) Stoke City 3 - 1 Gerrard


Game start jam 4 pagi kalau tidak silap. Siapa yang berjaga memang rugi la. Sibuk doakan team lain kalah, lupa doa untuk team sendiri.

kakaka
akhir sekali, siapa dapat teka ayat atas ni dari filem mana, aku bagi hadiah.


kbai.


04 December 2012

Analisis Ringkas Manchester United Setakat Ini

pertama sekali aku ingin membersihkan segala sawang-sawang dan sarang cengkerik yang berselerak di laman blog ini.

seterusnya, izinkan saya mengulas mengenai perjalanan berliku pasukan paling hebat dalam dunia *drum roll* MANCHESTER UNITED!!

BPL : klaseman. 3 mata di hadapan pencabar utama yang juga jiran yang bising, Manchester City. team lain boleh la berebut tempan ke-3 dan ke bawah.

Champions League : Juara kumpulan walaupun masih berbaki satu perlawanan mengatasi pencapaian musim lepas yang hanya mampu makan kuaci tatkala Chelsea menjulang piala. Target ke final makin cerah manakala Chelsea terkandas ke Europa League. kakaka

FA Cup : Piala tadika ini ada baiknya diberikan kepada kanak-kanak yang baru mengenal erti sebenar kekejaman bola sepak tahap rendah. Next game pun aku xtau lawan apa. Dengar-dengar lawan West Ham lagi. Alaa.. yang kalahkan Chelsea tempoh hari.

Capital One Cup : Bukti jelas mengenai kekejaman tahap rendah untuk merebut piala yang bertukar nama setiap kali bertukar penaja ni. Budak-budak yang bermain akan menjadi semakin tabah dan kental menghadapi hari-hari mendatang.

aku malas mau komen panjang-panjang ni. aku akhiri post ini dengan sedikit renungan.

Ada yang datang
ada yang pergi
tapi tak dapat mengatasi
dirimu

p/s : al-Fatihah untuk keluarga Sang Pemimpi yang kehilangan ayahanda tersayang pada 24 November 2012.

06 September 2011

Pra-Tonton Piala Malaysia - Sabah vs Perak

cakap banyak tidak guna.

jom meramaikan Stadium Likas. game start jam8.15.

bawa apa-apa yg patut e.g. tambur, kompang, gitar, mercun raya dan beju kalis peluru (just in case ada tembakan macam di Somalia)

prediction, Sabah 3-0 Perak.

siapa tinggal dekat2 Stadium Likas tapi tidak datang, dia hitam legam.


sekian.

out~

12 July 2011

Entri Ringkas.

ada banyak perkara yg bermain di mindaku tika dan saat ini. antaranya:

  1. aku mau beli jersi baru. warna kuning menjadi pilihan hati. mungkin jersi Harimau Malaya, mungkin jersi team Samba, mungkin jersi Borussia Dortmund. Baru la nampak BERSIH. tapi tidak mungkin aku beli jersi away Arsenal. mustahil. hahaha.

  1. malam ni team Malaysia vs Arsenal. dgn ketiadaan Fabregas yg sedikit sebanyak menjejaskan moral menyokong Arsenal di Malaysia, aku jangka permainan Arsenal tidak akan menjadi secantik yg dulu. dgn itu aku predict, 3-2 kemenangan utk Malaysia. Arsenal kelab yg lemah mungkin?hahaha.

  1. dengarnya ada spy dari Barca sanggup ke KL utk menyaksikan perlawanan ini. Sadisnya, Fabregas tidak akan beraksi. Hahaha.

  1. manakala, kelab Manchester United pula sedang mengadakan tour ke negara Uncle Sam tatkala negara itu sedang bergelut dgn penjahat2 Decepticons yg diketuai oleh Sentinel Prime dan Megatron. harapan aku, semoga mereka dpt menelusuri jalan2 berliku utk memperoleh kemenangan di sana. Good Luck United!!


last but not least, pemenang Copa America kali ni adalah Paraguay. Aku berharap dgn sangat. Menanglah Paraguay. Plizz.

Okay. Out for lunch.

12 June 2011

Juara Sebenar

Terengganu menang piala FA mengalahkan Kelantan dgn jaringan 2-1. dengar cerita, ramai xpuas hati dgn Daudsu?

kenapa eh?mu tau dok?

ambo dok tau. ambo gi derak tym game final hari tu. kelik2, game habih doh. meme...meme...

(nate gapo ambo taip ni ambo pun dok tau)

Tahniah Ganu. Peteh Ganu Peteh.

sekian sahaja dari Kg. Pasir Putih, (bukan Pasir Mas ok) Putatang. hahaha.


.

05 June 2011

Tanpa Berfikir Panjang

  1. musim rehat bola dipenuhi dgn jemputan kawin di merata-rata pelusuk dunia. ada yg jemput di Helsinki, Prague, Geneva dan Kg. Buang Sayang, Papar.
  2. admin2 telah bermain futsal malam semalam dgn kemenangan besar diperolehi oleh pasukan admin. beberapa kecederaan juga telah terjadi dgn tragisnya.
  3. rabu ni Sabah main d Stadium Likas. jom ramai2 pigi stadium.
  4. Selamat Pengantin Baru kpd semua yg kahwin. kami tumpang makan free saja ok.
itu sahaja dari aku utk masa ini.

29 May 2011

Luahan dan Luapan Perasaan...

Hari ni aku sedih...

Tahukah anda, aku terpaksa merawat hati yang luka dengan menonton filem2 lama di external hard disk sebelum aku dpt tidur dengan aman?

....
....
....
....
....
....
....

Sila hormati perasaan aku, fahami perasaan aku, aku terluka kamu tau ka... pedih hatiku bagai dihiris-hiris... Jangan dianjing MU itu krana mereka telah melakukan yg terbaik. COngratz Barcelona...

26 May 2011

Manchester United Kelab Paling Hebat di England, Sabah Team Paling Hebat di Borneo. Sabah Menang 2-1. MU Menang Liga 19kali. Siapa xsetuju, Dia Gila.


baru aku tau kalau mau letak title entri ni pun ada had. kalau tiada, mau juga aku letak tajuk panjang2 lebih kurang 300patah perkataan yg akan mengambil masa lebih kurang 3hari untuk dibaca.

ok. entri seterusnya aku akan ulas pasal Final Champions League pulak. mau komen pasal Sabah menang, nampak redundant sebab belanga2 yg post di bawah ni pun cerita pasal Sabah.

so eberibodi, wait for my new entry.


25 May 2011

Oyeaahh-Oyeaahh Sabah... hahahaha...

Lega tengok table MSL di sebelah kanan ni...

1) Sabah Menang...

2) Pahang Kalah!

3) Naik 1 anak tangga...

4) KL seri!

5) Go Sabahawks!

6) Suka post Sokernet Http://Nblo.Gs/IiIss

7) Bes gila dating ari ni... (bonus!)

maka tidurku tersenyum... :-)

23 May 2011

Ulasan Serius - Ekonomi Negara dan Implikasi Terhadap Bolasepak Negara...

Izinkan aku mulakan entri nie dengan pertanyaan apa sudah jadi? Ya, apa sudah jadi?? (curi tagline post ko apit. sori!~)

Apa sudah jadi sama negara Malaysia kita yang tercinta ini? Minyak bakal naik lagi! dulu kita slamber ja guna minyak mahal RON97 dengan harga yang sederhana... Nda la juga mahal dan nda juga la murah, sedang2 la. Tapi sekarang? Sudala kita guna minyak low quality RON95, mahal gila lagi!

Dan aku beranggapan pembaca mukabola juga berilmiah dengan memahami situasi ini - Bila harga minyak naik, harga barang juga naik mendadak. Stakat konsep begini, kita nda perlu belajar tinggi2 ataupun ambil degree dalam ekonomi.

Bak kata Halu Zal, dulu murtabak di KK berharga RM1.50, sekarang RM2.00...

Dan tipulah... Tipulah seseorang ahli politik itu bila dia mengatakan harga murtabak yang naik itu tiada kaitan dengan harga barang runcit skarang yang tengah naik. Dan apa bila minyak naik lagi, masihkah ada sinar untuk rakyat menikmati kehidupan yang selesa di bumi Malaysia yang tercinta ini? Kita tersepit!

Begitu juga bolasepak negara kita... Sudahla ketandusan kualiti permainan, ketandusan dana lagi!

Mungkin ramai yang tidak melihat situasi politik dan ekonomi negara juga turut mempengaruhi senario bolasepak negara yang dinaungi FAM (Football Association of Malaysia) atau lebih dikenali dengan FAMville (thanks sokernet!). Apa nda, kebanyakan jawatan2 dalam ahli majlis tertinggi dinaungi FAM dan kelab bolasepak negeri diisi oleh ahli2 politik yang kotor, tamak, gemok, nda hensem dan syok sendiri...


"Minyak naik? Naiklah basikal.. Dapat exercise lagi kan? Kata mereka dengan nada yang sinis dan sombong sambil memandu BMW haram hasil duit rakyat..."


Makanya, Top 10 aku kali ni akan menyenaraikan kemungkinan2 implikasi terhadap bolasepak negara akibat dari keadaan ekonomi Malaysia yang bolehla aku anggapkan kian meruncing. Let's go!


1. Kurang peruntukan yang diberikan oleh kerajaan. That's sick! Tidak seperti kelab EPL dan kelab2 elit dunia yang lain, kelab bolasepak di Malaysia hanya cukup2 makan dengan kebanyakkannya (e.g Sabah) yang mengharapkan dana dari kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Bila kurang peruntukan, kelab ini akan dilanda krisis kewangan yang meruncing. Need I say more? Krisis kewangan ialah krisis yang paling agung di muka bumi ni!

2. Berkemungkinan akan berlaku lagi kegiatan rasuah dalam kalangan pemain. Pemain nda cukup makan, nasib mereka nda terbela oleh FAM, apa lagi yang mereka dapat lakukan? Fight di mahkamah pun nda guna... Bertumbuk dengan hakim lagilah. Di sini aku ingin tekankan menerima rasuah adalah penyelesaian bagi mereka yang desperate ni... Jangan salahkan pemain dan banned pemain sebab mereka desperate!

3. Kenaikan harga tiket masuk stadium. Haha... Yang ni possibility dia kuat. Di Malaysia ni harga barang mana pernah turun, naik ada la. Macam harga murtabak juga la. Mungkin naik sikit, mungkin naik banyak, yang penting harga dia akan naik - seiring dan sejalan dengan harga barang di pasaran... Special discount? Sori sikit!

4. Berlakunya Match-fixing! yang ini biasanya bermula dari pengurusan teratas, sehingga melarat ke akar umbi. match-fixing berkait rapat dengan rasuah, cuma bezanya, match-fixing melibatkan lebih ramai pihak - pengurus, coach, referee, linesman, pemain dan pemegang saham (kalau ada). Seperti yang digemburkan oleh media asing, FIFA skarang ni telah menjalankan siasatan terhadap pertuduhan bahawa berlakunya match-fixing dalam liga kita... (masih on investigation, aku kurang info lagi pasal benda ni)

5. Kurang motivasi dari pemain. Memang normal & standard la, kalau keadaan kewangan kelab makin meruncing, gaji pemain akan dikurangkan. Sama la juga macam motivasi orang yang keja opis... Buat apa mau keja bagus2 kalau gaji aku kena kasi kurang? Makanya, pemain kurang motivasi dan tidak memberikan komitmen 100% di atas padang. Mahukan game yang cantik dan ART? tengok EPL saja!

6. Berlakunya rusuhan dari penyokong untuk menyatakan bantahan mereka terhadap pucuk pimpinan dalam kelab. Rusuhan is good to topple the incompetent management - tetapi biasanya akan berakhir dengan kelab berkenaan dikenakan denda oleh FAM kerana perbuatan penyokong yang merosakkan harta benda awam. Yang pokai makin pokai...

7. Ahli politik yang keji takeover kelab kononnya untuk selamatkan dari masalah dari terus meruncing. Bila ahli politik takeover, dalam fikirannya cuma duit (dan mungkin juga sumandak). Duit mari! maka dia memasang kabelnya yang memang 'direct' terus ke kerajaan untuk memohon 'suntikan dana' ke kelab. Ending dia? Duit tu masuk terus poket dia tanpa menyalurkan apa2 kepada kelab...

8. Manager @ coach jadi mangsa pemecatan ataupun mereka dipaksa untuk melepaskan jawatan. Mungkin ada betulnya jg tindakan nie kerana kadang2 manager nie performance dia below-par. Tapi honestly, aku simpati juga sma dorang sebab masalah nie juga bermula dari pengurusan yang lemah. Pertelingkahan antara manager dan coach biasanya akan berakhir dengan pemecatan atau pelepasan jawatan si manager itu...

9. Tiada maintenance. Especially dalam stadium. Ini adalah permasalahan yang sering berlaku dan bayangkan jika peruntukan untuk mengemas kini stadium dikurangkan? padang macam bendang sawah, kerusi stadium boleh dicabut untuk dihumban ke kepala referee, dan keretakan stadium juga adalah kemungkinan yang berlaku... Memang pernah berlaku. Jangan kata retak, kes stadium roboh pun ada sudah!

10. Implikasi yang paling berat untuk aku tulis, kualiti bolasepak kita akan menghala ke belakang. Tiada kemajuan, tiada improvisisme (betul ka ada pkataan ni?), tiada peruntukan yang cukup... Yang ada hanya penyokong yang menjadi mangsa menghabiskan duit RM10-15 ringgit menonton perlawanan yang tiada kualiti, yang berkemungkinan suda di 'match-fixing'kan oleh pihak yang tertentu (ini bukan pertuduhan!).

Do Something! Someone? Anyone? Sebelum terjadinya perkara2 di atas ni...




04 May 2011

Hari Ini dan Esok

Hari ini aku tgk game Barca vs Real.

Esok aku tgk game MU vs Shalke.

prediction utk kedua2 game :: tuan rumah menang 1-0.

menang besar2 pun bukan terus jadi juara pun.

jumpa di final. geng2 aku sudah tunggu di mapley. hari ni teda sumandak. seekor2 aku kejut haram xmau bgn.

ciss...

02 May 2011

Post Mortem - Arsengal vs Manchester United

Tengok bola dgn sumandak memang best. apatah lagi kalau team kita kalah, konfem sumandak tu pujuk punya, paling kurang pun kena belanja makan McD Breakfast Box. xpercaya, tanya Halu Zal.

semalam aku tengok game dgn 2org penyokong Arsengal n sorang fan tegar Barca, anda boleh teka sendiri siapa makhluk2 tersebut. tanpa ditemani member2 penyokong MU. dan ini sangat menyalahi prinsip solidariti dalam kem MU.

hasilnya, MU kalah 0-1. tapi tidak apa. minggu depan member2 MU makin ramai dgn baliknya Ahmad Khaidir dari loan selama 6bulan di Penang dan kembalinya Awi Ferdinand dari pelayaran ke seberang laut.

kepada fan MU, teruskan takbur n riak walaupun teruk dianjing oleh haters yg lain. minggu depan kita sambut kedatangan Chelshit ke Old Trafford.

GGMU!!



29 April 2011

Muka + Bola

ini baru betul2 mukabola

aku gerenti player ni rasa pedih2 time kena bola di muka. 10minit kemudian, rasa kebas2 di muka pula menyusul disertai dengan bibir membengkak. silap2, bedarah ooo.

percayalah. aku pernah kena macam ni. tapi bola futsal la. tobat terus. insaf.

ok. aku mau pigi solat jumaat.

28 April 2011

Analisis Ringkas Tanpa Perlu Berfikir Panjang

Aku tidur time game Barca vs Real semalam, komitmen kerja punya pasal.

lawan Barca atau Real final nanti, MU tidak akan peduli. tapi fan Arsenal peduli, mungkin sebab kekalahan diorang tempoh hari. (ok Halu Zal, aku nda kutuk Arsenal lg lepas ni)

cuma apa yg membimbangkan aku ialah prestasi player legend yg mengamalkan senaman 'yoga' sampai Patrice Evra pun menyampah dengar cerita yoga pakcik Giggs ni. aku syak Giggs ni makan Tongkat Ali 'raw' campur madu lebah.


"celah kangkang ja aku bagi"



dgn Jose 'The Special One' Mourinho sudah menyerah kalah, bring it on Barca!!!





"ini semua konspirasi peringkat atasan...mcm la aku xtau"




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...