~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.
Showing posts with label laporan emo. Show all posts
Showing posts with label laporan emo. Show all posts

19 August 2011

Lukamu LUKAKU Juga


berita hangat dari pasaran perpindahan pemain.

pemburuan Chelsea utk mendapatkan prospek paling hangat bolasepak Eropah telah berakhir setelah mereka mengumumkan pembelian pemain Anderlecht dari Belgium yg berusia 18tahun, Romelu Lukaku.

"undur semua..aku mau jadi predator ni!!"

- disauk dari guardian.co.uk

pemain ini dijangka memberi penawar kepada masalah mati pucuk yg dialami penyerang2 dalam kem mereka iaitu Torres, Drogba dan Anelka. pembelian ini juga akan memberi tekanan kepada pemain2 senior utk berebut kerusi dalam Parlimen...errr...maksud saya tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

pemain ini dikatakan mempunyai corak permainan yg sama seperti Drogba. memiliki ketinggian, gaya kawalan bola dan larian yg tidak melepasi had trafik yg dibenarkan. tapi, Drogba tetap ditawarkan kontrak baru sekaligus menamatkan spekulasi yg mengatakan bahawa beliau ingin berhijrah ke Sabah utk membantu Sabah menjuarai Piala Malaysia.

amacam? sama bukan? Drogba cerah sikit sbb pakai Fair & Lovely

tapi aku rasa, Lukaku tidak akan membuat impak yg serta-merta dalam kem Chelsea. Torres pun terkapai2 mau score, apatah lagi budak hingusan ni. masih banyak lagi yg perlu dipelajari mengenai falsafah bolasepak Inggeris dan menyesuaikan diri dgn tempo permainan.

kalau kail panjang sejengkal, lautan luas jgn diduga. tapi aku rasa, kail budak ni lagi besar dari kail Torres. hahahaha.

apahal aku ulas pasal Chelsea ni?defakk mana pengulas lain??!!

jgn sampai aku mengamuk mcm Abdul...



23 May 2011

Hari Kebebalan Sedunia (Episod 2 - Malas Menaip)

Hari ini bersamaan Isnin, 23 Mei 2011, kita meraikan hari kelahiran makhluk2 Tuhan seperti...

Rubens Barrichello, pemandu F1 yg berasal dari Brazil

Heidi Range, penyanyi Sugerbabes.

Jewel (tipu la kalau kamu cakap xpernah tgk video klip dia)

Barichello tu memang tiada kaitang langsung dgn bola kecuali tempat kelahiran beliau. tapi yg dua lagi ni memang ada bola. oleh yg demikian, mari kita sambung cerita pasal bola.

hari kelmarin bersamaan Ahad, 22 Mei 2011 merupakan Hari Kebebalan Sedunia (Episod 2) yang mana menyaksikan beberapa team mencatat keputusan yg mengejutkan. mungkin mereka terlalu banyak menonton Maharaja Lawak dan tension sebab Amir tersingkir atau mereka memang bebal macam Amir?jangan salahkan bola kerana bola itu bulat. kalau xpercaya, tanya Sang Pemimpi.

tanpa banyak bebel, kita ikuti kisah kebebalan mereka.


KISAH BEBAL 1 : EVERTON 1-0 CHELSEA


"aku menganggur skrg ni..siapa ada kerja kosong?"


KISA
H BEBAL 2 : ARSENAL 2-2 FULHAM


"sampai bila aku mau buat gaya begini??grrrrr..."


KISAH BEBAL 3 : ASTON VILLA 1-0 LIVERFOOL


"baby betol la. baru sign kontrak, kalah melulu plak"


KISAH BEBAL 4 : SABAH 1-3 T-Team

yg ini paling bebal dalam dunia. dari ref sampai ke player. ada 'clear cut chance' xmau score. shooting ke langit. defend caharammm!! especially pemain no.30 yg ganti Reithauddin. ntah siapa namanya, tiada dalam list yg aku laminate ni. lagi satu aku xpuas hati ni, main tamak. mau dribble sampai tiang gol. ada member xmau passing. sudah susah baru t'hegeh2 cari kawan. bebal. bebal. bebal. Zainizam dikecualikan sbb dia player feveret. berat sebelah?suka hati aku la,aku yg taip.

tapi disebabkan aku mau amik hati Justin Ganai sbb anak dia dibawah jagaan aku, maka aku xmau kutuk la manager Sabah. nnti xdpt tiket free pulak kan. market mesti jaga beb. hubungan aku ngn anak dia pun mesti dijaga. ahaks.

*tambahan

lagi satu aku panas dgn brader yg duduk sebelah aku time tgk bola semalam. wei brader, gwa bukanlah men'dewa2'kan Indra Putra @ pemain T-team, jauh sekali mahu meng'ayam'kan Azizon, keeper Sabah. tapi gwa pun main bola bro, gwa tau la kalau free kick dalam jarak begitu tahap bahaya dia mcm mana. silap2 boleh gol. gwa risau, bukan bermakna gwa cakap player T-team hebat2 blaka. dan ternyata free kick tu membuahkan gol utk pasukan T-team.

baru lu senyap. babi. cilaka punya brader. gwa emo ni.

aku malas mau taip panjang2. bagus aku sambung discussion dgn anak Justin Ganai on 'how to improve the quality of player in Sabah squad'

chow!!

GGMU!! Go Sabahawks!!

Ulasan Serius - Ekonomi Negara dan Implikasi Terhadap Bolasepak Negara...

Izinkan aku mulakan entri nie dengan pertanyaan apa sudah jadi? Ya, apa sudah jadi?? (curi tagline post ko apit. sori!~)

Apa sudah jadi sama negara Malaysia kita yang tercinta ini? Minyak bakal naik lagi! dulu kita slamber ja guna minyak mahal RON97 dengan harga yang sederhana... Nda la juga mahal dan nda juga la murah, sedang2 la. Tapi sekarang? Sudala kita guna minyak low quality RON95, mahal gila lagi!

Dan aku beranggapan pembaca mukabola juga berilmiah dengan memahami situasi ini - Bila harga minyak naik, harga barang juga naik mendadak. Stakat konsep begini, kita nda perlu belajar tinggi2 ataupun ambil degree dalam ekonomi.

Bak kata Halu Zal, dulu murtabak di KK berharga RM1.50, sekarang RM2.00...

Dan tipulah... Tipulah seseorang ahli politik itu bila dia mengatakan harga murtabak yang naik itu tiada kaitan dengan harga barang runcit skarang yang tengah naik. Dan apa bila minyak naik lagi, masihkah ada sinar untuk rakyat menikmati kehidupan yang selesa di bumi Malaysia yang tercinta ini? Kita tersepit!

Begitu juga bolasepak negara kita... Sudahla ketandusan kualiti permainan, ketandusan dana lagi!

Mungkin ramai yang tidak melihat situasi politik dan ekonomi negara juga turut mempengaruhi senario bolasepak negara yang dinaungi FAM (Football Association of Malaysia) atau lebih dikenali dengan FAMville (thanks sokernet!). Apa nda, kebanyakan jawatan2 dalam ahli majlis tertinggi dinaungi FAM dan kelab bolasepak negeri diisi oleh ahli2 politik yang kotor, tamak, gemok, nda hensem dan syok sendiri...


"Minyak naik? Naiklah basikal.. Dapat exercise lagi kan? Kata mereka dengan nada yang sinis dan sombong sambil memandu BMW haram hasil duit rakyat..."


Makanya, Top 10 aku kali ni akan menyenaraikan kemungkinan2 implikasi terhadap bolasepak negara akibat dari keadaan ekonomi Malaysia yang bolehla aku anggapkan kian meruncing. Let's go!


1. Kurang peruntukan yang diberikan oleh kerajaan. That's sick! Tidak seperti kelab EPL dan kelab2 elit dunia yang lain, kelab bolasepak di Malaysia hanya cukup2 makan dengan kebanyakkannya (e.g Sabah) yang mengharapkan dana dari kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Bila kurang peruntukan, kelab ini akan dilanda krisis kewangan yang meruncing. Need I say more? Krisis kewangan ialah krisis yang paling agung di muka bumi ni!

2. Berkemungkinan akan berlaku lagi kegiatan rasuah dalam kalangan pemain. Pemain nda cukup makan, nasib mereka nda terbela oleh FAM, apa lagi yang mereka dapat lakukan? Fight di mahkamah pun nda guna... Bertumbuk dengan hakim lagilah. Di sini aku ingin tekankan menerima rasuah adalah penyelesaian bagi mereka yang desperate ni... Jangan salahkan pemain dan banned pemain sebab mereka desperate!

3. Kenaikan harga tiket masuk stadium. Haha... Yang ni possibility dia kuat. Di Malaysia ni harga barang mana pernah turun, naik ada la. Macam harga murtabak juga la. Mungkin naik sikit, mungkin naik banyak, yang penting harga dia akan naik - seiring dan sejalan dengan harga barang di pasaran... Special discount? Sori sikit!

4. Berlakunya Match-fixing! yang ini biasanya bermula dari pengurusan teratas, sehingga melarat ke akar umbi. match-fixing berkait rapat dengan rasuah, cuma bezanya, match-fixing melibatkan lebih ramai pihak - pengurus, coach, referee, linesman, pemain dan pemegang saham (kalau ada). Seperti yang digemburkan oleh media asing, FIFA skarang ni telah menjalankan siasatan terhadap pertuduhan bahawa berlakunya match-fixing dalam liga kita... (masih on investigation, aku kurang info lagi pasal benda ni)

5. Kurang motivasi dari pemain. Memang normal & standard la, kalau keadaan kewangan kelab makin meruncing, gaji pemain akan dikurangkan. Sama la juga macam motivasi orang yang keja opis... Buat apa mau keja bagus2 kalau gaji aku kena kasi kurang? Makanya, pemain kurang motivasi dan tidak memberikan komitmen 100% di atas padang. Mahukan game yang cantik dan ART? tengok EPL saja!

6. Berlakunya rusuhan dari penyokong untuk menyatakan bantahan mereka terhadap pucuk pimpinan dalam kelab. Rusuhan is good to topple the incompetent management - tetapi biasanya akan berakhir dengan kelab berkenaan dikenakan denda oleh FAM kerana perbuatan penyokong yang merosakkan harta benda awam. Yang pokai makin pokai...

7. Ahli politik yang keji takeover kelab kononnya untuk selamatkan dari masalah dari terus meruncing. Bila ahli politik takeover, dalam fikirannya cuma duit (dan mungkin juga sumandak). Duit mari! maka dia memasang kabelnya yang memang 'direct' terus ke kerajaan untuk memohon 'suntikan dana' ke kelab. Ending dia? Duit tu masuk terus poket dia tanpa menyalurkan apa2 kepada kelab...

8. Manager @ coach jadi mangsa pemecatan ataupun mereka dipaksa untuk melepaskan jawatan. Mungkin ada betulnya jg tindakan nie kerana kadang2 manager nie performance dia below-par. Tapi honestly, aku simpati juga sma dorang sebab masalah nie juga bermula dari pengurusan yang lemah. Pertelingkahan antara manager dan coach biasanya akan berakhir dengan pemecatan atau pelepasan jawatan si manager itu...

9. Tiada maintenance. Especially dalam stadium. Ini adalah permasalahan yang sering berlaku dan bayangkan jika peruntukan untuk mengemas kini stadium dikurangkan? padang macam bendang sawah, kerusi stadium boleh dicabut untuk dihumban ke kepala referee, dan keretakan stadium juga adalah kemungkinan yang berlaku... Memang pernah berlaku. Jangan kata retak, kes stadium roboh pun ada sudah!

10. Implikasi yang paling berat untuk aku tulis, kualiti bolasepak kita akan menghala ke belakang. Tiada kemajuan, tiada improvisisme (betul ka ada pkataan ni?), tiada peruntukan yang cukup... Yang ada hanya penyokong yang menjadi mangsa menghabiskan duit RM10-15 ringgit menonton perlawanan yang tiada kualiti, yang berkemungkinan suda di 'match-fixing'kan oleh pihak yang tertentu (ini bukan pertuduhan!).

Do Something! Someone? Anyone? Sebelum terjadinya perkara2 di atas ni...




15 May 2011

Sabahawks... Kenapaaaaaaa kau kalah?? (Edisi Sajak Emo)

Sabahawks,
Ini kali la... ni kali...

Sabahawks,
Tahukah anda bahawa coach Justin Ganai ingin membuktikan dirinya,
Selaku coach yg selayaknya untuk memimpin Sabah?
Tahukah anda SAFA suda mengintai coach import untuk ganti beliau?
Tapi kenapa kau kalah?

Sabahawks,
Kenapa kau kecewakan peminat yang hadir,
Tewas di stadium likas bukan senang diterima,
Tiket RM10, grandstand RM15, ingat murah ka?
Tapi kenapa kau kalah?

Sabahawks,
Tahukan anda dengan menang 2-0 kita boleh pintas skuad jang?
Tahukah anda dengan kekalahan 2-0 ini mengurangkan lg jurang antara KL?
Tahukah anda jumlah perlawanan kesemuanya suda 19?
Tapi kenapa kau kalah juga?

Sabahawks,
Sanggup ka dengar teriakan "hari2 kalah!'
Dari penyokong anda?

Sabahawks,
Kenapa time main di stadium likas...
Ref cam b*bi,
Linesman cam b*bi,
Player pun kadang2 cam b*bi
Mungkin itu sebabnya kau kalah?

Sabahawks,
Halu Zal kaciwa,
Za8 VDSar kaciwa,
apit kaciwa,
awie ferdinand kaciwa,
kami dari kem mukabola bermuram durja atas kekalahan ini...


Sabahawks,
Tulung stay di Liga Super musim depan! Tulung la... Saya merayu Sabahawks!




p/s - Sori geng aku nda dapat join kamu tgk bola nie kali di stadium. hehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...