~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

11 November 2013

Dendam

- aku xberapa mahir penulisan ala-ala cerpen ni. tapi disebabkan kemenangan MU ke atas Arsenal semalam, izinkan aku memulakan langkah.


*

"Sudah sudah la tu Ubin" pujuk Roni dengan nada separa berbisik.

"Kisah lama jangan kau kenang. Aku pun pernah jugak rasa apa yang kau lalui ni, tapi selapas beberapa hari bermuhasabah dan solat Istikhara, akhirnya aku mengalah jugak. Ko mesti fikir panjang" Roni menyambung lagi sambil mencangkung membetulkan lidah kasut Nike Total90 Accuracy beliau.

Ubin senyap sambil mengikat tali kasut Adidas Predator berwarna merah hitam. Tangannya menggeletar menahan marah.

Ubin mendongak ke arah Roni dan memandang dengan kening sedikit berkerut. Dipandangnya ke mata Roni yang berwarna biru air laut.

"Dah dekat 2 tahun aku dendam ni, inilah masa terbaik untuk aku balas dendam. Sampai bila aku boleh tahan?" ujar Ubin penuh ketegasan.

Roni menggeleng kepala 3kali. Jarinya menggaru kepala separuh botak yang berparut sepanjang 3 inci di dahi kirinya. Dia buntu.

"Aku pun xtau mau cakap apa dengan ko ni. Kalau kau nak pecahkan kepala orang tua tu, aku malas mau backup!" nada Roni menjadi sedikit tinggi. Roni lantas berdiri sambil meregangkan hamstringnya dengan gaya Harimau Meneguk Air, gaya yang dipelajari dari kitab klasik Kama Sutra.

Ubin sekadar menjeling sambil meneguk air mineral jenama Spritzer yang diberikan oleh budak milo sebentar tadi. Nampak kejangkelan di muka Ubin melihat gaya Roni.

"Woi! Berbual kosong pulak korang ni. Dah, jom warming up. Coach dah panggil tu" jerkah Manja dari belakang.

Tersembur air dalam mulut Ubin dek terkejut dengan jerkahan Manja. Walaupun namanya Manja, beliau seorang kapten yang berkaliber dan digeruni kawan mahupun lawan di dalam padang.

Sambil berdiri, Ubin menyapu air yang terkena seluarnya tadi. Di benaknya masih lagi menimbang antara rancangan untuk membalas dendam terhadap majikan lamanya dan pesanan Roni tadi.

Ada benarnya kata Roni, dia tidak boleh bertindak tanpa berfikir panjang. Ada cara lain yang boleh dilakukan untuk membalas dendam.

**
Sepanjang memanaskan badan, Ubin terkenang peristiwa berkerja dengan majikan lamanya, Aweng. Gaji yang diberikan adalah tidak setimpal seterusnya menimbulkan perbalahan yang menyebabkan Ubin terpaksa berhijrah ke kelab lain. Kelab yang bisa memberikan bukan saja wang, malahan kemahsyuran dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa, Mancister United.

Tapi dendam terhadap Aweng belum lagi dilunaskan, hari ini adalah masa yang sesuai untuk membuat sesuatu.

"Cilaka Aweng!" pekik Ubin sambil melepaskan rembatan yang hampir menyebabkan pergelangan tangan De Giuk terkehel dalam usaha menepis bola dari Ubin. Geramnya tidak dapat dibendung lagi.

"Macam geraaaammm jer, macam geraaaamm jer" terdengar suara nyaring menegur dari belakang. Sekali dengar, suara ini mirip dengan suara BrianBoy dari rancangan America's Next Top Model.

Ubin menoleh ke belakang dan melihat Karamsey, bekas ahli sepasukan Ubin di kelab lama dulu sedang berlari-lari anak menuju ke seberang padang sambil memegang bola di tangan kanannya. Lariannya pelik sedikit, seolah-olah kedua-dua kaki dikepit ke dalam.

Hantaran Karamsey semasa bermain "ayam-ayam" sedikit tersasar tadi dan mengikut undang-undang semulajadi, dia yang bertanggungjawab mendapatkan kembali bola.

"Pui! Passing pun ke laut, ada hati mau menang lawan Mancister United!" jerit Ubin.

Ubin sedikit terganggu kerana dia sangat benci melihat video "Macam Comel Jer" yang menjadi viral di media sosial minggu lepas. Sebiji telefon pintar Samsung S4 milik Ubin berkecai di lantai disebabkan video ini.

Usai sesi memanaskan badan, Ubin berjumpa dengan Roni untuk berbincang sesuatu. Dia telah menemui rancangan terbaik untuk membalas dendam terhadap pasukan lamanya. Dia tekad.

***

Minit ke-27, bola hantaran Roni dari sepakan penjuru hinggap betul-betul di kepala Ubin dan sempat diketis dengan bahu untuk menghalakan ke arah pintu gol yang tidak dijaga rapi. Karamsey yang sepatutnya mengawal Ubin, telah hilang pedoman lantas berlari tanpa arah tujuan semasa bola dihantar ke kotak panalti.

GOLLL!

Rancangan yang dirancang Roni dan Ubin telah berjaya. Tanpa segan silu Ubin meraikan jaringannya. Hatinya puas. 76,000 penonton di stadium puas beramai-ramai.

Berjuta-juta lagi di seluruh dunia klimaks beramai-ramai.


**** cerita diatas bukan rekaan semata-mata. Ada kaitan dengan yang hidup dan yang mati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...