~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

27 May 2014

Update 1 Bulan Ke Belakang

1. Tahniah kepada pasukan Manchester City, juara BPL 2 kali dalam masa 3 tahun. Tahniah Athletico Madrid, juara La Liga. Tahniah Bayern Munich, juara Bundesliga. 




2. Tahniah Real Madrid dengan La Decima. Setakat ini, kelab gergasi Sepanyol ini telah menjadi juara Eropah sebanyak 10 kali. Tidak rugi Gareth Bale masuk ini kelab. Kalau harap Tottenham, sampai kiamat la jadi juara.


2.1. MU setakat ni menang pengurus la. kakakaka

Seorang yang berpandangan jauh dan setia kepada isteri.

3. Kembali ke berita dalam negara. Tempoh hari aku tengok Lions XII vs JDT. Hati aku sokong JDT sebenarnya, tapi aku harap game dijalankan tanpa sebarang kontroversi. Kalau aku sokong Singapore, orang cakap aku tidak patriotik pulak.

JDT ketinggalan 2-1 dalam separuh masa pertama dan masuk masa kedua, pengadil memberikan sepakan penalti yang kontroversi, kononnya kerana handball. Ulang tayang jelas menunjukkan bola tidak terkena tangan pertahanan Lions tapi kena dada. Kedudukan pengadil semasa memberi penalti itu juga menjadi persoalan kerana pengadil berada di belakang pemain dan bola. Mustahil pengadil nampak bola itu terkena tangan.

4. Sebelum perlawanan ini dimulakan, kecoh 1 Malaysia apabila TMJ, pemilik JDT mengkritik pengadil apabila keputusan tidak menyebelahi pasukan mereka. Kecoh 1 Malaysia apabila pengurus JDT2 menumbuk curi pengadil selepas habis perlawanan (pengadil xtumbang pun, dasar pengecut), Kecoh 1 Malaysia apabila TMJ dengan sarkastik turun ke padang dan bersalam dengan pengadil selepas habis 1 perlawanan. Kecoh 1 Malaysia dengan kekalutan-kekalutan yang mereka cetuskan.

5. Disebabkan itu, aku membuat satu rumusan. Pengadil bola sepak di Malaysia sekarang sangat takut untuk memberi keputusan yang tidak menyebelahi pasukan JDT. Lions XII 2-3 JDT. Ok habis cerita.

6. Sabah vs Selangor UiTM. Aku malas mau komen banyak. Macam gampang Sabah main lawan team universiti ni. Sabah kalah 1-3. Minggu depan aku umum UiTM seluruh Malaysia cuti.

7. Malas pulak aku sambung. Cukup la setakat ni. Korang sedia-sedia la betting World Cup nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...