~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

30 December 2011

Luis Suarez Racist?

slm...mau crita bha...ada urg ckp suarez tu racist...mula2 2 aku pn cm pecaya jga la...tpi bila aku kaji2 balik...rupanya dia ni bukan racist sepertimana yg telah di gembur2kan oleh pihak media n EVRA...hehheh...dia ni seorg yg penyayang...x caya?...tgk video ni....YOU CAN'T HANDLE THE TRUTH!heheh




Ucapan sempena Cuti

sebagai supervisa besar blog ini, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada budak2 dan cikgu2 sekolah, termasuk sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama, sekolah berasrama penuh, sekolah teknik, vokasional hatta sekolah memandu sekalipun. penuhi masa cuti yang tinggal dengan aktiviti2 berfaedah. update blog contohnya.


tidak lupa juga, selamat menyambut Hari Kelahiran Nabi Isa AS dan Selamat Tahun Baru 2012. harap2 azam tahun lepas sudah dicapai dan azam baru menjadi diringan kita untuk menghadapi tahun 2012.



akhir kata, jangan main air banjir krpada mana2 penduduk kawasan banjir sekalian. malang tidak berbau bak kata orang-orang tua.

sekian. terima kasih.


Sabahawks Friendly Match - KUIK HAPDET

Sabahawks vs Brunei DS, 4 dan 6 Jan 2012, Std Penampang jam 4pm.. akhirnya pasukan Brunei DS menerima jemputan utk friendly match ini.

Tapi petang ni jangan lupa di Padang INTAN jam 4 petang, lwn Quilmes FC. Perlawanan sebelum ini Sabahawks mengalahkan mereka dengan jaringan 3-1. Apakah akan ada kejutan dari Quilmes? Bersama kita nantikan..

turun la ramai2..

bhaa..


UPDATE!!

Sabah vs Quilmes FC, menang 11-0. Penjaring : Sharul, Michael, Bobby, Rosdin, Razlan 2, Messi, Sharudin, Juffry, Thanaraj 2.

sekian

Sukan dan Kesannya Kepada Alam Sekitar

isu pencemaran alam seperti pencemaran air, udara dan juga bunyi seringkali digembar-gemburkan di media massa. masalah ini semakin meruncing dari masa ke semasa.

oleh itu, di hari Jumaat yang mulia ini, aku ingin mengajak teman2 sekalian untuk berfikir dan merenung seketika, dalam kita bersukan ni, apa yang dapat kita sumbangkan kepada alam sekitar?

aku ada jawapannya. gambar di bawah akan menjelaskan segalanya.


okeh. ini gambar budak2 aku main galah panjang. kenapa diorang main galah panjang d tepi pantai? sebab aku lupa bawa bola untuk jadi permainan budak2 ni. kenapa aku bawa diorang pigi pantai?

sebab aku buat program pembersihan pantai di Tanjung Lipat, Likas. pantai ini terkenal sebagai antara pantai terkotor di Kota Kinabalu. kalau xpercaya, sila tengok lepas Tahun Baru nih. semua jenis sampah korang boleh jumpa.

secara tidak langsung, sukan galah panjang boleh membawa kesan yang baik kepada alam sekitar sekiranya dimainkan selepas program pembersihan pantai.


orait. ini gambar aku di Pulau Mabul. aktiviti sukan aku berubah dari bola sepak ke acara renang dan terjun. renang berirama untuk kaum adam tidak begitu digalakkan untuk menjaga kemaslahatan umat di kawasan Mabul itu sendiri.

Pulau Mabul best. air jernih boleh nampak dasar. dari tingkap homestay pun boleh terjun. tapi adalah dinasihatkan supaya berhati2 semasa mandi manda sebab toilet di Mabul ni adalah laut lepas. direct ke air. ada faham?

beza hujung minggu di KK dan Mabul adalah nyata. di KK, bola sepak menjadi penyeri. di Mabul, Astro B-yond tetap tersergam di rumah air penduduk Mabul, tapi, channel bola tiada. yillek. tum nehi. bukan sukan kegemaran barangkali. maka, semua keputusan terpaksa diupdate melalui sms dan FB free. itu pun terpaksa mengikut keadaan line yang tidak menentu.

kemenangan MU 5-0 menentang Wigan adalah tidak dihairankan. musim Krismas dan Tahun Baru adalah masa di mana MU akan mengganas dan merampas kedudukan teratas BPL tatkala pasukan2 lain terumbang-ambing bak dilanda ribut taufan di Mabul.

kembali ke cerita di Mabul. penduduk di sana power ya Rabbi berenang. dari yg kecil, sampai ke pakcik2. setakat kolam renang saiz Olimpik 50meter, diorang terjun, menyelam sampai ke hujung. bakat2 mereka ini boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

kesannya kepada alam sekitar, kamu orang fikir la sendiri. aku mau rehat2 lepas balik dari bercuti.

malam Tahun Baru 2012 nanti akan menyaksikan MU menentang Blackburn. prediction aku, 3-0 utk MU.


GGMU!!

27 December 2011

Sabahawks Reserve Line-up

Goalkeeper - Andre S. Tippay, Robson Randy Rining dan Nikyus Saiddatul Yakup

Defender - Dendey Lowa, Didie Arizal Rahman, Nazrin Ramli, Adnan Arman, Razid Gafar, Apolinario Talakos, Mohd Idzihar Qaidi bin Jaidi, Azuan Azmah, Denisi Mekkhadan

Midfield - Mohd Razle bin Puteh, Ummareng bin Bacok, Aldrine Agus, Maxsius Musa, Fread Filemon Saih, Mohammad bin Mohd Safar

Penyerang - Zulmanshah Aling, Zackalani Antanom, Eyo Mathew dan Jetko Romedius Taipoi


dengarnya ada beberapa favret yang x lepas pemilihan ni. harap2 yg terpilih ni yg memang ada kualiti.

kamu ni masi muda2 ni.. kasi banyak la training utk jadi pelapis utk team Sabah bila suda besar nanti.. jangan kerja moginum saja..



bahh...

25 December 2011

Laporan Friendly Pre-Season Sabahawks

banyak perlawanan telah diadakan oleh team Sabah ni utk persediaan musim Liga Super tahun depan. banyak cakap x guna, di bawah ni result semua perlawanan setakat ini.

24 November 2011 vs Ceebagoo FC. Menang 9-0 (Bobby 4, Michael 3, Brendan 1 dan Rethuddin 1)

29 November vs Beluran XI. Menang 17-0 (Michael dan Brendan 3 gol, Leopold, Sumardi dan Naim Ahmad 2, Juffry, Rozaimi, Alto. Radzi dan Sabri 1)

6 Disember 2011 vs Puskag Kiulu. Menang 5-1 (Michael 2, Bobby, Juffry dan Sharuddin 1)

8 Disember 2011 vs Quilmes FC. Menang 3-1 (Bobby 2 Gol dan Rethuddin 1)

10 Disember 2011 vs Ranau XI. Menang 8-0 (Bobby 3 gol, Michael 2, Brendan, Rozaimi dan Sharuddin 1)

18 Disember 2011 vs Pilihan Kota Belud. Menang 10-1 (Juffry dan Razlan 3 gol, Bobby 2, Michael dan Rozaimi 1)

20 Disember 2011 vs Sarawak. Kalah 1-0

22 Disember 2011 vs Sarawak. Seri 0-0



Ulasan, kalo lawan team local bole la makan besar, tapi setakat lawan Sarawak pun xdapat menang, merisaukan jugak tu.

Next game mungkin lawan Brunei DS, 3 Januari 2012. still KIV.





bah...

23 December 2011

Kick It Out!!!


mesej ini adalah ditaja.

siapa mau baju free yang ada muka Suarez the Racist Diver, sila kontek admin Liverpool.


21 December 2011

Bosan

kadang-kadang saya bosan tengok header blog ni. jadah apa blog letak gambar admin? gaya macam budak-budak sekolah rendah pun ada.

so, untuk mengelakkan blog ini dianggap sebagai blog-blog budak amatur, saya gesa Designer blog ini untuk menukar header kepada yang lebih catchy dan up to date.

ada faham??!!

ini arahan, bukan permintaan.

harap maklum.



19 December 2011

Kalau Injury Begini Pun Tidak Bisa Membuatmu Bertaubat


"Blackburn Rovers telah mengalami tamparan lain dengan berita bahawa pertahanan Scott Dann telah menolak kemungkinan tindakan selama enam minggu selepas dia pecah testis."


ok. berita asal di sini. aku translet guna khidmat Google.

nasihat aku kepada abang2 dan adik2 di luar sana, bermain bola boleh menjamin masa depan anda lebih2 lagi kalau anda seorang yang power macam Messi atau Carrick.

tapi kalau kena injury begini, bawa2 la berenti main bola. gelap masa depan bak hang. silap2 tiada penyambung zuriat.

aku pun rasa ngilu baca ayat 'ruptured testicle" tu. macam hancur bekecai pun ada.

palis2.







tabahlah wahai anak muda. semoga engkau insaf dan menemui jalan yang lurus.


Teamwork & Solo


"Dia sepatutnya duduk di tengah-tengah padang. Saya mungkin akan denda dia!" seloroh Sir Alex ketika ditemubual mengenai gol solo Carrick dari tengah padang.



Carrick ketawa kecil pada cadangan sebelum menyatakan bawaha dia "gembira untuk membayar jika saya menjaringkan gol seperti itu".

boleh tahan juga orang tua ni melawak.

kbai.

di bangku simpanan.......













18 December 2011

LATEST!! - Line-up Pasukan Sabah

Musim baru Liga Super bakal bermula pada 10 Januari 2012 dengan pasukan Sabah akan bertemu pasukan FELDA di tempat lawan. pada 14 Januari, baru lah Sabah akan bermain di stadium keramat Likas.

Musim baru ini membawa perubahan dengan pasukan2 dibenarkan mengambil pemain import. tujuannya, untuk menambah kualiti, kemeriahan dan juga menarik penonton datang ke stadium.

Pasukan Sabah tidak ketinggalan dengan mendaftarkan dua orang pemain import dari negara kanggaru iaitu Brendan Gan dan Michael Baird.

Senarai Pemain2 Sabahawks yg akn didaftarkan dgn FAM :

Penjaga Gol -
Syed Adney
Azizon Abdul Kadir
Irwan Jamil.
Pertahanan -
Rethuddin Awg Emran
Mohd Fariz
Ronny Harun
Mafry Balang
Sumardi Hajalan
Alto Linus
Rosdin Wasli
Midfield -
Brendan Gan
Zuraindey Jumai
Sabri Sahar
Julamry Mohd
K. Thanaraj
Naim Ahmad
Sharudin Yakup
Radzi Husin
Sharul Azhar
Penyerang -
Michael Baird
Zainizam Marjan
Bobby Gonzalez
Safuan Rahim
Juffry Omopor.

Mohd Rozaimi dgn Leopold Alonso didaftarkan dgn skuad Piala Presiden dpt berlatih dgn senior team.


Harapan saya, dengan gabungan pemain baru dan lama serta beberapa bekas pemain kebangsaan, pasukan Sabah akan dapat membawa balik sekurang2nya satu piala yang dipertandingkan. lama suda kita nda merasa cuti peristiwa sebab menang liga. xsilap aku, tahun 1996 last.

next post, aku bagi info pasal pengurusan pulak.

ok. chow~

15 December 2011

Inflammatory Bowel Condition


Dari laman web rasmi Manutd.com

On behalf of Darren Fletcher, Manchester United wishes to announce that he is taking an extended break from football for health reasons.

Over the past year he has had several absence periods which we have attributed to a viral illness in order to respect his right to medical confidentiality. Darren has, in fact, been suffering from ulcerative colitis (a chronic inflammatory bowel condition) for some time preceding this.

Whilst he was able to maintain remission of symptoms for a considerable period this has proved more difficult recently and Darren’s continued desire to play and his loyalty to both his club and country has probably compromised the chances of optimising his own health and fitness.

He has therefore accepted medical advice to take an extended break from the demands of training and playing in order to afford the best chance possible of achieving full remission once again.

We request that his privacy is respected and hope that the removal of the additional stress associated with speculation regarding his health will also aid his recovery.


entah apa benda penyakit ni pun saya xtau. gastrik migrain tu saya tau la. saya bukannya doktor. tapi doktor kata, serius juga kecederaan beliau ni. macam mana main bola sakit bole sakit perut?

salah makan barangkali. palis2.

pesanan daripada saya, bawa2 lah rehatkan perut tu. banyakkanlah berpuasa. kurang2kan lah main bola. team kau pun bukan masuk Champions League.

Get Well Soon Fletcher!!!



12 December 2011

Welcome To Manchester




the home of Europe. tidak kira Champions League atau Europa Cup. kesah apa aku?

daripada team satu tu langsung xlayak main Eropah. keh3.

Man Utd menunjukkan respon yang baik selepas kalah dengan Basel dalam saingan Eropah dan mengesahkan tempat ke Europa League dengan membelasah Wolves 4-1 di kandang sendiri.

Rooney dan Nani kembali menemui sentuhan pemusnah dengan masing2 menjaringkan dua gol dan kem MU mengharapkan form ini berterusan sepertimana yang ditunjukkan oleh duo ini di awal musim.

masalah utama dalam kem MU adalah kecederaan lutut serius yang dialami oleh Vidic yang membolehkan beliau berehat hingga ke akhir musim.


masalah kecederaan juga dialami oleh kembar Fabio dan Rafel, menambahkan kerapuhan di bahagian back four MU. alternatif yang digunakan oleh Sir Alex adalah dengan menguji Fryers, left back muda dari skuad simpanan. kita lihat kemampuan anak muda ini dalam perlawanan2 akan datang.

Anderson dan Cleverly juga mengalami kecederaan jangka panjang dan mengurangkan flair dan enthusiasm di jentera tengah MU.

kecederaan Owen, Berbatov dan Chicharito pula menambah derita MU di bahagian serangan meninggalkan Rooney, Welbeck dan Macheda mencari gol.

itu cerita MU. aku cerita pasal cedera pun bukan mau bagi alasan kalah. sekadar berkongsi cerita physio MU masa aku lepak2 dengan diorang tempoh hari.

keh3.

jiran mereka yang bising pula akan mengalami kekalahan pertama di tangan Chelsea. bukan mengharap Chelsea sangat pun, tapi xkan la kelab yang main Champions League boleh kalah lawan kelab Europa League kot.

kan?kan?kan?


agak2 kalau aku pakai begini boleh menang ka?




03 December 2011

LATEST!!- EURO 2012 Group Stage Draw


aku sempat layan undian yang baru dibuat tadi dengan Marco van Basten dan Zenedine Zidane mengetuai acara meng'shuffle' bola-bola undian. perlawanan dan juga bet untuk acara tahun depan di Poland dan Ukraine bakal ditentukan. pasti bookie2 pasti sedang sibuk mengatur perlawanan dan kutu2 judi sibuk merancang strategi dan menilik nasib.

haiwan tukang tilik seperti sotong, burung kakak tua dan tak dilupa tenggiling busut pula pasti akan dipelihara sehingga mencapai umur matang pada musim panas nanti untuk menaikkan populariti pemiliknya dalam kalangan penggemar kepercayaan tahyul. mana tau tekaan haiwan mereka itu mengena.

berikut adalah senarai kumpulan yang telah diundi.

Group A
1. Poland
2. Greece
3. Russia
4. Czech Republic

Group B
1. Netherland
2. Denmark
3. Germany
4. Portugal

Group C
1. Spain
2. Italy
3. Republic of Ireland
4. Croatia

Group D
1. Ukraine
2. Sweden
3. France
4. England

Fakta 1: Pasukan England adalah pasukan yang paling last diundi. orang Sabah bilang paling "uncit".

Fakta 2: Perlawanan pembukaan adalah diantara Poland vs Greece.

Fakta 3: bagi aku kumpulan B adalah Group of Death.

Fakta 4: England akan tersingkir di peringkat kumpulan.

Fakta 5: Netherland akan memenangi EURO kali ini.


Sekian dari saya melaporkan dari Stadium Astro, Kg. Pasir Putih.




01 December 2011

Manchester United menangis

semalam aku xtau pun ada game. ingatkan Champions League. rupanya Carling Cup. piala kelas ketiga. maka pemain yg main pun kelas ketiga juga lah.

melawan CRYstal Palace, skuad liga bawahan ini berjaya menjinakkan MU dalam masa tambahan.

Cry baby cry.

Carling Cup ja pun. heh..heh..heh..




Separuh Akhir :

Manchester City vs Liverpool

Crystal Palace vs Cardiff City
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...