~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.
Showing posts with label EURO2012. Belanda Power Sungguh. Show all posts
Showing posts with label EURO2012. Belanda Power Sungguh. Show all posts

31 July 2012

Final yang Berat Sebelah


David Silva

Jordi Alba

Fernando Torres

Juan Manuel Mata

Tumbang Itali, malu Itali, lemah Itali, no fight Itali. 

Jaringan 4-0 di peringkat berprestij Final EURO2012 memperlihatkan betapa Sepanyol telah memberikan definisi baru kepada sukan bola sepak. Dengan hantaran-hantaran pendek cantik, through ball tepat dan pertahanan kental yang bisa  membuat lawan pening kepala memikirkan bagaimana hendak melepasi pertahanan mereka.

Kemas bertahan dan tanpa belas kasihan menyerang. Pemain yang dimiliki Sepanyol mempunyai individual skill yang tinggi, mereka berada di kelas tersendiri. Pirlo dan Montolivo tidak berdaya mengekang kawalan midfield yang sangat kemas diterajui Xavi, Iniesta, Alonso & Busquets.


Tiga kejuaraan utama menunjukkan bahawa Sepanyol adalah kuasa baru bola sepak dunia. Mencipta sejarah yang akan dikenang sepanjang era ini.

banyak kisah yang boleh diceritakan Torres kepada anaknya besar nanti.

Mengenang kembali kejadian Final itu, semuanya serba tidak kena untuk Itali ditambah lagi dengan kecederaan Thiago Motta yang memaksa mereka bermain dengan 10 pemain. Rasanya kalau Spain main 10 pemain pun boleh makan Itali ni.

Malam itu aku sokong Itali, tapi aku tau Sepanyol konfem menang punya lah. Itu ja mau bagitau sebenarnya. Sebagai penyokong Itali masa final, aku pun terasa malu team pilihan aku kena ayam sebegitu rupa. keh3

sebagai penutup, marilah kita menghayati artikel berikut, semoga kita mendapat ketenangan dan panjang umur hendaknya.


Shakira, Sara Carbonero & the Top 10 WAGs of Euro 2012

 kbai!!

27 June 2012

Demam EURO 2012

gambar ditaja oleh sportsjustnow.com


edisi kali ini diadakan di Poland dan Ukraine, dua pasukan yang langsung tidak lepas ke pusingan ke dua, menemani pasukan Belanda.

kali ini peringkat separuh akhir menjadi taruhan kepada kaki-kaki judi untuk mendapatkan pendapatan lumayan hasil dari betting mereka. perlawanan adalah seperti berikut:

PORTUGAL vs SPAIN

GERMANY vs ITALY

fakta menarik : ada kemungkinan kita akan menyaksikan replay perlawanan peringkat kumpulan di final nanti (GERMANY vs PORTUGAL atau SPAIN vs GERMANY)

sebagai penyokong PORTUGAL, aku tidaklah meletakkan harapan tinggi kepada pasukan samba Eropah ini memandangkan lawan mereka nanti bukan kecil2 anak. Spain merupakan pasukan no.1 dunia sekarang, so mereka adalah pasukan favorite untuk memenangi perlawanan malam ini.

tapi, jangan sangka Portugal ni team anak ayam. team ni power ok. ada Nani, Ronaldo, Mereiles, Pepe dan rakan2.

Prediction aku, Portugal 1-0 Spain. siapa peminat Spain, sila terjun longkang sekarang.

Siapa mau betting, sila place bet macam prediction aku ni. pasang paling kurang rm20k. baru masyuk.


kbai.


25 June 2012

Perpindahan Menarik Musim Panas

Di mana salah dan silapnya blog terhebat ini sehinggakan admin2 semua menyepikan diri?

oleh itu, sebagai admin yang bertanggungjawab, ada beberapa perkara menarik ingin saya kongsikan di sini.

1.  Pemain midfield menyerang antarabangsa Jepun, Shinji Kagawa semakin hampir untuk menyertai pasukan paling power di Bimasakti iaitu Manchester United. beliau dijangka akan tiba di Manchester Jumaat ini untuk medical checkup dan mengisi borang untuk mendapat permit kerja di England.

Worst case scenario adalah apabila permit kerja beliau tidak diluluskan kerana syarat2 yang ketat dan Sir Alex terpaksa membuat rayuan kepada FA England berserta dengan duit bawah meja dalam sampul. biasanya lepas hulur duit kopi, lulus lah tu.


terkenal dengan gerakan ninja wind walk yang membolehkan beliau berjalan di udara dan berguna untuk perebutan bola lambung.

2.  Dan seperti yang telah dijangkakan, Eden Hazard telah menyertai pasukan yang menggunakan jersi warna biru iaitu Chelsea. ok lah tu masuk team bawahan liga. karang masuk team power, culture shock pulak kan. 4, 5 tahun lagi dah main power tu, boleh la angan2 masuk team lagi power. keh3

ketibaan Hazard ke Chelsea diiringi dengan pembelian Marko Marin dari kelab Werder Bremen. nampaknya trend kelab BPL sekarang ni shopping dekat Jerman. orang kata enjin buatan Jerman ni power. aku sendiri pernah rasa!!

3.  Manakala hero Champions League Final, Didier Drogba dilaporkan telah menandatangani kontrak dengan kelab China, Shanghai Shenghua. ini selepas kelab tidak menawarkan kontrak sambungan kepada beliau di samping tarikan China Doll yang sukar untuk dielakkan.


Satu fakta menarik mengenai perpindahan ini adalah Drogba berpeluang untuk bertemu Manchester United dalam satu perlawanan pra-musim yang diadakan di Shanghai. Menarik2!!

4.  EURO ni kamurang sokong team mana? aku sokong Belanda @ Netherlands. memandangkan Holland keluar awal, maka tiada lah review, preview dan post mortem untuk pasukan ini.

next team aku, Portugal. keh3

03 December 2011

LATEST!!- EURO 2012 Group Stage Draw


aku sempat layan undian yang baru dibuat tadi dengan Marco van Basten dan Zenedine Zidane mengetuai acara meng'shuffle' bola-bola undian. perlawanan dan juga bet untuk acara tahun depan di Poland dan Ukraine bakal ditentukan. pasti bookie2 pasti sedang sibuk mengatur perlawanan dan kutu2 judi sibuk merancang strategi dan menilik nasib.

haiwan tukang tilik seperti sotong, burung kakak tua dan tak dilupa tenggiling busut pula pasti akan dipelihara sehingga mencapai umur matang pada musim panas nanti untuk menaikkan populariti pemiliknya dalam kalangan penggemar kepercayaan tahyul. mana tau tekaan haiwan mereka itu mengena.

berikut adalah senarai kumpulan yang telah diundi.

Group A
1. Poland
2. Greece
3. Russia
4. Czech Republic

Group B
1. Netherland
2. Denmark
3. Germany
4. Portugal

Group C
1. Spain
2. Italy
3. Republic of Ireland
4. Croatia

Group D
1. Ukraine
2. Sweden
3. France
4. England

Fakta 1: Pasukan England adalah pasukan yang paling last diundi. orang Sabah bilang paling "uncit".

Fakta 2: Perlawanan pembukaan adalah diantara Poland vs Greece.

Fakta 3: bagi aku kumpulan B adalah Group of Death.

Fakta 4: England akan tersingkir di peringkat kumpulan.

Fakta 5: Netherland akan memenangi EURO kali ini.


Sekian dari saya melaporkan dari Stadium Astro, Kg. Pasir Putih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...