~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.
Showing posts with label Champions League. Show all posts
Showing posts with label Champions League. Show all posts

27 May 2014

Update 1 Bulan Ke Belakang

1. Tahniah kepada pasukan Manchester City, juara BPL 2 kali dalam masa 3 tahun. Tahniah Athletico Madrid, juara La Liga. Tahniah Bayern Munich, juara Bundesliga. 




2. Tahniah Real Madrid dengan La Decima. Setakat ini, kelab gergasi Sepanyol ini telah menjadi juara Eropah sebanyak 10 kali. Tidak rugi Gareth Bale masuk ini kelab. Kalau harap Tottenham, sampai kiamat la jadi juara.


2.1. MU setakat ni menang pengurus la. kakakaka

Seorang yang berpandangan jauh dan setia kepada isteri.

3. Kembali ke berita dalam negara. Tempoh hari aku tengok Lions XII vs JDT. Hati aku sokong JDT sebenarnya, tapi aku harap game dijalankan tanpa sebarang kontroversi. Kalau aku sokong Singapore, orang cakap aku tidak patriotik pulak.

JDT ketinggalan 2-1 dalam separuh masa pertama dan masuk masa kedua, pengadil memberikan sepakan penalti yang kontroversi, kononnya kerana handball. Ulang tayang jelas menunjukkan bola tidak terkena tangan pertahanan Lions tapi kena dada. Kedudukan pengadil semasa memberi penalti itu juga menjadi persoalan kerana pengadil berada di belakang pemain dan bola. Mustahil pengadil nampak bola itu terkena tangan.

4. Sebelum perlawanan ini dimulakan, kecoh 1 Malaysia apabila TMJ, pemilik JDT mengkritik pengadil apabila keputusan tidak menyebelahi pasukan mereka. Kecoh 1 Malaysia apabila pengurus JDT2 menumbuk curi pengadil selepas habis perlawanan (pengadil xtumbang pun, dasar pengecut), Kecoh 1 Malaysia apabila TMJ dengan sarkastik turun ke padang dan bersalam dengan pengadil selepas habis 1 perlawanan. Kecoh 1 Malaysia dengan kekalutan-kekalutan yang mereka cetuskan.

5. Disebabkan itu, aku membuat satu rumusan. Pengadil bola sepak di Malaysia sekarang sangat takut untuk memberi keputusan yang tidak menyebelahi pasukan JDT. Lions XII 2-3 JDT. Ok habis cerita.

6. Sabah vs Selangor UiTM. Aku malas mau komen banyak. Macam gampang Sabah main lawan team universiti ni. Sabah kalah 1-3. Minggu depan aku umum UiTM seluruh Malaysia cuti.

7. Malas pulak aku sambung. Cukup la setakat ni. Korang sedia-sedia la betting World Cup nanti.

25 April 2012

Mulai Sekarang Kita Kutuk Messi Pulak. Paham??!!



apa yang anda fikirkan semasa kejadian ini berlaku malam tadi?


"konfem gol punya lah! itu Messi la beb!!" brader di kedai mamak.

"kalau Messi yang tendang, tukar la score tu awal-awal. 3-1 !!" brader McD

"kalau aku menari depan Messi ni mesti konsentrasi beliau terganggu" Petr Cech bermonolog sendirian.



apa pula yang anda fikirkan semasa kejadian ini berlaku?


"hantu ni kalau tak sepak tinggi, tepi tiang bolanya pergi" penyokong Barca.

"krupp..krupp..krup.." bunyi penyokong Chelsea makan jajan macam tiada apa yang berlaku.

"anney!! machaaa!! kiraaaaa!!"




31 August 2011

Undian Champions League 2011/2012 - Satu Analisis Ringkas


post ni aku taip dari sebelum raya lagi. tapi disebabkan masalah yg tidak dapat dielakkan, entri ini di'up'kan pada Hari Raya ke-2. heh..heh..heh..

selesai saja undian tempoh hari aku terus khusyuk mengadap laptop penuh tanda tanya. buka google.com terus search "Otelul Galati". apa lahanat nama team huduh yang amat begini?team ka juga?

telur gelatin?

adakah team ini ada kaitan dgn GELATIN?GLUKOSA? atau GALAKSI?misteri ini terungkap selepas pak Google memuntahkan jawapannya.

untuk pengetahuan umum, kelab terhebat di galaksi, Manchester United sengaja diletakkan dalam kumpulan C bersama Benfica, Basel dan Otelul Galati. kamu sangka mudah laluan Setan Merah?fikir sekali lagi lepas baca entri dibawah.


dan hasil dari informasi dari Google dan Wikipedia, aku dapati team Gelatin ni adalah pencabar utama dalam kumpulan yg sengit ini. ramai yg menyangka MU mendapat laluan mudah dalam kumpulan ini, tapi juara Liga Romania 2010/11 ini bakal memberi kejutan.

dalam bahasa Romania, Otelul bermaksud "besi" dan Galati adalah nama tempat perindustrian di Moldova di mana pasukan ini bertapak. pasukan yg terkenal dgn semangat waja dan iron-willed ini tanpa disangka-sangka menjadi juara Romania mengenepikan pasukan yg lebih terkenal seperti Dinamo Bucharest, CFR Cluj dan Basel.

besi lawan setan yg dicipta dari api yg bisa meleburkan besi. juara England lawan juara Romania. kita tengok siapa yg menang.

pemain pasukan ini kebanyakannya dibarisi oleh pemain home-grown dan hanya beberapa orang pemain yg diimport. prinsip percaya kepada bakat tempatan inilah yg cuba diterapkan oleh pengurus mereka iaitu Dorinel Monteanu, bekas pemain yg memperoleh paling banyak cap utk Romania. selain itu, gabungan pemain muda dan senior juga adalah kunci kejayaan pasukan ini dalam liga domestik.

berlainan dgn prinsip yg diterapkan oleh Arsene Wenger di Arsenal, iaitu gilap pemain muda kemudian jual.

ok. cukup pasal Ar8enal. heh..heh..heh..

oleh itu, MU haruslah berhati-hati ketika menentang kelab 'besi' ni. mereka bukan pasukan yg lembik seperti Barcelona. cuma, risau juga kalau diorang bawa besi masuk padang. barang pisau, kapak dan spanar boleh laras. macam Shaolin Soccer la pulak kan.

pasukan seperti Benfica dan Basel pula, MU main sikit-sikit cukuplah. dapat 8 biji, kira bonus la tu.

kepada sesiapa yg masih tidak tahu-menahu tentang undian penuh Champions League 2011/12, sila periksa di sini. kalau dasar slow tu slow la jugak. harap orang suapkan ja.

fail..fail..fail..

apa-apa pun, Selamat Berhari Raya.

makan tu pun agak-agak la. lepas beraya kita atur futsal pulak.


Let's gone cari buras.

ikhlas dari Kg.Jawa, Tawau.



29 May 2011

Post-Mortem - Final UCL

semua orang sudah tau keputusan perlawanan. Man Utd dilunyaikan oleh Barca. sebagai fan tegar MU, aku rileks ja. pesta kaamatan perlu diteruskan tanpa memikirkan kekalahan.

oleh itu, marilah kita ke Kundasang, Ranau. kawasan tanah tinggi yg mendamaikan hati dan dipenuhi dgn sumandak2.

taken from adiharriman.com


tadi ada sorang sumandak ni miskol aku, so aku kol la dia balik. dia mau jumpa malam ni. dia pun tension MU kalah semalam. so aku terpaksa la hiburkan sumandak ni. cuaca sejuk2, apakah aktiviti yg paling best dibuat?hahaha.

ni gambar sumandak tu.

macam muka Adira kan?haha

ok. jom buat aktiviti yg berfaedah.

chow!! GGMU!!




27 May 2011

Pra-Tonton - Manchester United vs FC Barcelona

yeahh. perlawanan yang ditunggu2 telah tiba. kemuncak dan klimaks segala perlawanan di seantero mukabumi ini akan berlangsung antara dua kelab paling hebat di cakerawala. MU sebagai wakil England akan menentang kelab Catalan, Barca di stadium keramat Wembley, stadium yg dikatakan menjadi Home Ground ke-2 utk MU. mana tidaknya, setiap tahun konfem main final di Wembley punya.

humang aih, bosa bona menatang nih

peminat pasukan lain terpaksalah menumpang kasih untuk menyokong kedua2 team ni. konfem la ramai sokong Barca, kelab power beb (konon) player pun tahap dewa. sebut la seekor2 nama player Barca, semua kenal. Messi, Villa, Xavi, Iniesta, Tuyul..errr..maaf..Puyol, Pedro, Busquets, Mascherano, Dani Alves, Pique, Valdes. semua star2 besar. Tapi...

hebat la sangat. tambah balutan di kepala c Pique tu nnti.

MU ada Three-Lungs Park, pemain Asia yg bermata sepet dan berstamina kuda. silap2 kuda pun kalah. pasti work-rate Park akan ditagih untuk menghambat pemain midfield Barca drpd menggentel bola sambil lenggang kangkung. ketenangan Carrick, gelek Giggs di bahagian tengah dan juga larian kencang Valencia di siring padang juga pasti akan menimbulkan keributan dikalangan pertahanan Barca.

who will win the midfield battle?

Back four MU juga sangatlah boleh diharapkan dgn diketuai oleh kereta kebal Serbia, Vidic yg akan berganding dgn Rio-Evra-Rafael/Fabio. (yg kembar ni siapa2 pun yg main. kita bukan boleh beza, kalau diorng tukar2 jersi pun teda org tau. hahaha) keutuhan dan kesatuan mereka sangat ditagih utk mengekang asakan dari penyerang2 Barca disamping memberikan sokongan apabila melancarkan serangan sepantas kilat dan serang hendap ala komunis ke arah kubu pertahanan Barca.

fuhh..kalau kena maki dgn Rio, konfem ko merajuk 3hari. kecil hati.

Akhir sekali, Rooney dan Chicharito, dua penyerang yg bisa meruntun hati dan jiwa defender team lain. kalau xpercaya, tanya David Luiz. gandingan mantap mereka ternyata sangat berkesan sejak kebelakangan ini terutamanya dalam perlawanan menentang Schalke dan Chelsea.

kamurang pernah main 'london bridge is falling down' tym match ka?diorng ni pernah.

Barisan kemungkinan


Prediction.

sebagai peminat MU, aku mengharapkan game yg menghiburkan + MU menang. pasti kedua2 pasukan akan bermain dgn berhati2 dan aku jangka paling banyak pun, 2gol akan dihasilkan, samada 1-0, 1-1 atau 2-0. oleh itu, kepada penyokong kedua2 team, persiapkan diri dari segi jasmani dan rohana jalil..emm..sori, rohani.

akhir kata, selamat menyambut hari kaamatan kepada warga Sabah, selamat hari Gawai kpd warga Sarawak dan selamat bercuti kpd semua guru dan budak sekolah.

dont drink and drive. peace.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...