~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

27 December 2012

Boxing Day Bonanza!

aku mau buat analisis ringkas pasal game semalam.

1) Manchester United 4 - 3 Newcastle United


perlawanan yang cukup mendebarkan dimana pasukan pelawat mendahului sebanyak tiga kali, lantas memberi peluang kepada haters sekalian untuk bergelak ketawa sebanyak tiga kali sahaja. Tapi pasukan paling power seantero alam tidak gentar sekalipun bermain dalam cuaca hujan lebat.

Gol dari Cikurita dalam masa kecederaan - setelah berusaha keras sepanjang 90 minit perlawanan - berjaya memberikan senyuman terakhir kepada penyokong-penyokong MU, seterusnya memberi mereka hak untuk berlagak sombong dan hidung tinggi sekurang-kurangnya untuk 3 game lagi.

Semasa perlawanan ini sedang berlangsung, penyokong pasukan Liverpool dan Arsenal sedang berdoa untuk kekalahan MU. kakakaka

2) Norwich 0 - 1 Chelsea


Game bosan. Gol dari Juan Mata cukup untuk memberi 3 mata untuk pasukan Benitez. semakin ramai yang memuja Benitez nampaknya. Tempoh hari bukan main protes lagi.

kakaka

3) Sunderland 1 - 0 Manchester City


Adam Johnson, bekas pemain City menjadi pemusnah dengan gol dari luar kotak penalti. City kini ketinggalan 7 mata dari pasukan pendahulu, Manchester United yang power. 

Mancini pula menyalahkan pengadil.

kakaka

4) Stoke City 3 - 1 Gerrard


Game start jam 4 pagi kalau tidak silap. Siapa yang berjaga memang rugi la. Sibuk doakan team lain kalah, lupa doa untuk team sendiri.

kakaka
akhir sekali, siapa dapat teka ayat atas ni dari filem mana, aku bagi hadiah.


kbai.


21 December 2012

Perpindahan Musim Sejuk - Khabar Angin

Bertemu kita sekali lagi dalam ruangan Khabar Angin.

pada kita dihidangkan dengan aksi Piala AFF Suzuki, mari kita jenguk khabar angin perpindahan pemain yang bermula Januari ini.

Walaupun pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson telah menegaskan bahawa team paling power tidak akan berbelanja musim sejuk ini, khabar angin tetap mengaitkan beberapa pemain yang berpotensi untuk menguatkan skuad menjelang awal tahun depan.

1. Robert Lewondowski

dengan prestasi memberangsangkan bersama Dortmund musim lepas, sasaran lama United ini kembali dengan gol ke-10 beliau untuk mengekalkan Dortmund di persada liga Jerman. Pemain antarabangsa Poland ini adalah tunjang serangan dengan penyudah tajam dan bijak mencari ruang di dalam kotak penalti.

Tetapi dengan barisan penyerang yang dimiliki United musim ini yang dibarisi oleh bintang hebat seperti RVP, Rooney, Welbeck & Cikurita, perpindahan Lewandowski mungkin tidak akan menjadi kenyataan.
berbekalkan rupa paras persis seorang pengurus bank, kehebatan beliau tidak perlu dipertikaikan lagi.

2.Wesley Sneijder

Khabar angin mengenai perpindahan pemain berbakat ini sudah berlarutan sejak dari Piala Dunia 2010 lagi. Playmaker antarabangsa Belanda ini diuar-uarkan akan menjadi pengganti terbaik kepada Paul Scholes yang diberitakan akan bersara pada penghujung musim ini. 

Dengan midfield Manchester United yang kekurangan kreativiti sekarang ini, pembelian Sneijder dilihat sebagai tonik terbaik dalam menghadapi baki saingan BPL dan UCL yang masih panjang.

baik main dekat MU la bro, Inter lemah la ni.

Manchester City seperti biasa memasang angan-angan untuk membeli semua pemain terhebat apabila khabar angin mengatakan mereka berminat dengan CR7 dan Coentrao dari Real Madrid. nasihat aku untuk diorang ni, sudah-sudah la tu berbelanja. Baru kalah sekali dengan MU takkan melatah kot. kakakaka

Arsenal yang dikemudi Wenger pula dikhabarkan mempunyai duit poket sebanyak 50juta pound untuk membeli pemain baru. Dan seperti biasa, sebagai sebuah feeder club, Wenger dijangka akan membeli pemain-pemain muda untuk digilap bakat dan dijual bila jadi power nanti. kakakaka

Chelsea pula meneruskan rentak mereka seperti biasa dengan mendapatkan pengurus baru, iaitu bekas pengurus Liverpool yang telah menjadikan Liverpool sebagai sebuah kelab yang bertapak di Istanbul. Ini adalah salah satu pencapaian terbaik Chelsea yang sebelum ini berjaya mendapatkan Mourinho, Ancelotti, Scolari dan de Matteo. kakakaka


Manakala Liverpool.....





+

+

+

+

+

+

+

+

+







GGMU!!

p/s : Selamat Hari Natal kepada semua yang menyambutnya. Yang beragama Islam, jangan pulak join moginum dengan alasan kebebasan beragama. Aku tampar karang.


18 December 2012

Semenjak Dua Menjak Ni...


sejak aku kawin ni, profesyen aku lebih kepada Manager daripada  bermain untuk team aku.

adakah ini petanda untuk aku menceburkan diri ke bidang pengurusan?

kakakaka

04 December 2012

Analisis Ringkas Manchester United Setakat Ini

pertama sekali aku ingin membersihkan segala sawang-sawang dan sarang cengkerik yang berselerak di laman blog ini.

seterusnya, izinkan saya mengulas mengenai perjalanan berliku pasukan paling hebat dalam dunia *drum roll* MANCHESTER UNITED!!

BPL : klaseman. 3 mata di hadapan pencabar utama yang juga jiran yang bising, Manchester City. team lain boleh la berebut tempan ke-3 dan ke bawah.

Champions League : Juara kumpulan walaupun masih berbaki satu perlawanan mengatasi pencapaian musim lepas yang hanya mampu makan kuaci tatkala Chelsea menjulang piala. Target ke final makin cerah manakala Chelsea terkandas ke Europa League. kakaka

FA Cup : Piala tadika ini ada baiknya diberikan kepada kanak-kanak yang baru mengenal erti sebenar kekejaman bola sepak tahap rendah. Next game pun aku xtau lawan apa. Dengar-dengar lawan West Ham lagi. Alaa.. yang kalahkan Chelsea tempoh hari.

Capital One Cup : Bukti jelas mengenai kekejaman tahap rendah untuk merebut piala yang bertukar nama setiap kali bertukar penaja ni. Budak-budak yang bermain akan menjadi semakin tabah dan kental menghadapi hari-hari mendatang.

aku malas mau komen panjang-panjang ni. aku akhiri post ini dengan sedikit renungan.

Ada yang datang
ada yang pergi
tapi tak dapat mengatasi
dirimu

p/s : al-Fatihah untuk keluarga Sang Pemimpi yang kehilangan ayahanda tersayang pada 24 November 2012.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...