~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.
Showing posts with label ulasan serius. Show all posts
Showing posts with label ulasan serius. Show all posts

23 October 2011

Turning Point

perlawanan sebentar tadi membuahkan keputusan yang membeliakkan mata. keputusan ini juga membuatkan ramai penyokong MU insaf seketika dan penyokong Manchester City (ada ka penyokong MC ni?) atau MU haters berkokok tanpa henti sehingga cuti hari Deepavali. keh3.

apa-apa pun, tahniah tulus ikhlas dari hati kepada Kompany and Co. kalah tetap kalah, pemain MU perlu mencari tonik yang sesuai untuk memulakan rentak kemenangan dalam perlawanan seterusnya.

dan untuk penyokong MU sekalian, jangan risau, jangan panik. anggap kekalahan ini sebagai turning point yang akan menentukan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang ke-20 untuk MU.

dan ini bukan janji manis sepertimana yang biasa ditaburkan calon-calon parti politik menjelang pilihanraya atau sebagai satu diversion daripada topik hangat kekalahan MU ini. jauh sekali untuk 'sandarkan pada kenangan' seperti yang selalu dilakukan penyokong team Cap Ayam.

ingat lagi musim 2010/11, MU memecahkan rekod kejuaraan yang dipegang bersama Cap Ayam iaitu sebanyak 18 kali? musim itu bukanlah musim yang mudah untuk MU. tentangan diterima dari Chelsea dan Manchester City. dan musim ini juga seperti menjanjikan tentangan yang sama.

pada satu masa, MU mengalami kekalahan back to back menentang Chelsea dan Liverpool. malu memang malu, tapi ini adalah turning point yang memotivasikan pemain untuk beraksi lebih baik seterusnya menjuarai BPL. sama seperti peristiwa kematian Gadaffi yang menamatkan pemerintahan diktator di Libya. sama seperti peristiwa perhimpunan Bersih 2.0 yang tujuannya memperbaiki demokrasi di Malaysia.

hasilnya, dengan berbaki satu perlawanan, MU memastikan kejuaraan ke 19 selepas menang dengan Chelsea dan seri dengan Blackburn.

cukuplah aku bagi perbandingan dengan keputusan musim lepas. kalau aku bandingkan dengan musim 1995-2000 karang, macam sandarkan kepada kenangan pula kan. heh..heh..heh..

skrip kali ini lebih kurang sama, MU kalah teruk dengan MC. dan boleh jadi game lepas ini MU akan kalah lagi sekali. tapi, turning point itu pasti akan tiba. dan bila masa itu tiba, bersiap-sedialah para haters sekalian kerana United will have the last laugh. (ceh, asal ayat poyo sikit, guna bahasa Inggeris. hehehe)

mungkinkah kekalahan ini menjadi turning point utk MU menjadi lebih baik? ataupun, jadi lebih teruk?

aku pilih pilihan pertama. kita tengok minggu depan.

GGMU!!


06 October 2011

Owen Hargreaves - Perjalanan Pertama

tajuk macam bagus. heh..heh..heh

perjalanan karier bolasepak pemain kelahiran Calgary, Alberta, Kanada ini penuh dengan ranjau berliku, layak masuk Bersamamu edisi injury. beliau sangat terdesak untuk beraksi selepas disahkan sembuh sehinggakan pada satu tahap, beliau sanggup menawarkan dirinya untuk bermain secara percuma untuk pasukan Manchester United bagi menunjukkan bahawa beliau masih boleh dipakai.

penyakit misteri apakah yang melanda pemain ini sampai dia menghabiskan lebih masa di atas bawah jagaan pakar fisioterapi berbanding masa beraksi dipadang?

sejarah karier - beliau memulakan karier profesional beliau di Jerman pada usia 16tahun dengan kelab gergasi, Bayern Munich selepas bermain di peringkat remaja di Calgary Foothils. tahun 2001/02 menyaksikan beliau melonjak dari seorang pemain muda kepada kesebelasan utama pasukan Bayern.

zaman kegemilangan di Bavaria

pencapaian beliau di Allianz Arena sangat memberangsangkan dengan mengumpul empat trofi liga Jerman, dan sebiji medal Juara Eropah dan ini meyakinkan Sir Alex Ferguson membeli beliau dengan harga 17juta pound pada 1 Julai 2007.

pernah diramas oleh Hargreaves

sempat menapau sebiji trofi Liga Juara

berhijrah ke pekan Manchester (the real one)

apa yang nampak cerah pada paginya tidak semestinya berkekalan hingga ke petang.

musim pertama dilalui dengan hasil yang memberangsangkan, memenangi Liga Inggeris dan Juara Eropah, termasuk menjaringkan gol kemenangan menentang musuh utama Arsenal di Old Trafford. ini antara kenangan manis sepanjang beliau berada di OldTrafford. sempat juga beliau merasa meramas piala atas titik peluh beliau sendiri.

sempat juga Fabregas merasa penangan Hargreaves ni

meramas trofi BPL

kenangan Final Moscow

kecederaan semasa d MU - malangnya, kecederaan lama yang dialami sejak di Bayern lagi kembali menghantui beliau. bermula dengan kecederaan patah tulang fibula di kaki kiri berpunca dari satu tackle keras daripada pemain lawan, dan di sinilah bermulanya 'domino effect' yang memaksa beliau duduk di bangku penonton selama hampir 2 tahun. kecederaan itu melarat ke patella tendon di lutut semasa beliau memecut dalam latihan seterusnya mencederakan quadriceps beliau.


budak fisio tolong explain

semua ini terjadi tanpa disedari dan selepas latihan, lutut beliau akan membengkak. beliau pernah mencuba suntikan penahan sakit dan menelan painkiller sebanyak 5, 6 biji sekali tetapi ini telah menjadikan kecederaan beliau semakin teruk.

beliau meneruskan usaha untuk mencari pakar yang boleh meyembuhkan kecederaan beliau yang serius, dan usaha ini membawa beliau ke Sweden, bertemu Hakan Alfredson. hasil diagnosis yang dilakukan, Hakan mencadangkan Owen untuk menjalankan pembedahan dan memberi jaminan yang pembedahan ini akan berjaya 80%.

dari Sweden, beliau ke Colorado untuk bertemu Richard Steadman, seorang pakar bedah lutut yang terkenal untuk manjalani pembedahan. pembedahan pertama dibuat di lutut kanan dahulu dan selang hampir setahun kemudian, lutut kiri beliau pula dibedah. semuanya untuk memastikan pembedahan ini membuahkan hasil yang diharapkan.

MU membayar hampir semua kos perubatan beliau dan usaha itu mula membuahkan hasil. 18bulan adalah masa yang diambil oleh beliau untuk kembali pulih dan beraksi sekali lagi. ujian pertama, menentang Wolves dan beliau diturunkan dalam kesebelasan utama.

malang sekali lagi, beliau hanya bertahan selama lima minit di atas padang. hamstring beliau telah koyak semasa cuba untuk mengejar bola. kecewa bercampur sedih, beliau meninggalkan padang dengan berat hati. segala usaha beliau selama 18bulan mendatangkan hasil yg tidak seperti yg dijangka. kesudahannya, beliau tidak disertakan di dalam skuad England untuk menghadapi Piala Dunia 2010.

melangkah keluar padang dgn berat hati ketika bertemu Wolves

ok. idea hampir kering. kita sambung di bahagian kedua.


chow.


26 July 2011

Badut Balotelli Baruwah Bangsat Bangang Bodoh Bebal



aku memang xgemar sangat gaya si Balotelli ni. aku akui budak ni memang power, dalam game Football Manager pun aku selalu beli. wonderkid la katakan, bakal2 jadi pemain world class. tapi kalau suda perangai macam haram jadah, xhormat pasukan lawan, xhormat manager sendiri. kamu urg tengok sendiri video ni.



walaupun perlawanan persahabatan, buat la betul2. be professional. score goal. make the fans happy, not make them angry. no trick no fun?siapa yg cakap begitu sila masuk keranda masuk kubur sendiri.

see @0.58. kalau korng mau tau, kalau kamu org pigi Itali, jumpa mafia Itali, buat gaya tangan macam gaya time makan nasi, memang kamu org kena tembak guna senapang gajah.

sebab apa?sebab isyarat itu bermaksud "what the f*ck?!!" dalam masyarakat Itali. dan buat isyarat begitu kepada Mancini yg b'bangsa Itali (Balotelli pun warga Itali, tapi ikut bapa angkat ja) adalah sama macam kamu org cakap "p*kimak kau" kepada bos korang di ofis. bangang.

sori emosi. aku memang xboleh terima perbuatan yg menghina game yg indah ni. huh


chow!!

Post-Mortem : Malaysia XI vs Chelsea, Peringatan utk Harimau Malaya


dengan bertemankan Halu Zal, jali great dan Kie Messi, aku menonton perlawanan antara pilihan Malaysia dengan Chelsea di Stadium Maimunah, Kepayan. itu pun lepas berjaya memujuk Halu Zal utk keluar dari sarang hibernasi beliau. pujukan yg ada unsur2 minum free memang berkesan.

perlawanan bermula dgn mengutuk pasukan Liverpool yg bolos 3biji gol disamping memuji permainan Arsenal yg berjaya menyumbat 4gol tanpa balas melawan Malaysia. dgn suara latar Kie Messi yg menjadi pengulas tidak rasmi Astro Arena 801, suasana menjadi meriah diselang-selikan dgn suara unggas memecah keheningan malam.

seperti yg dijangka, Chelsea mengawal perlawanan. perbezaan jelas dapat dilihat dari segi fizikal dan juga kawalan bola antara kedua2 pasukan. serangan bertali arus dilancarkan oleh armada biru diketuai oleh Lampard, Torres, Kalou dan Benayoun.

ehh kejap. macamana makhluk Benayoun ni boleh lepas masuk Malaysia?pihak imegresen tutup mata kah?atau, makhluk ni diseludup bersama2 dgn cincin berlian yg dibeli oleh Rosmah?

apa2 pun, kedatangan Benayoun tetap disambut hangat oleh penyokong Malaysia dgn jeritan 'booo'. silap2 kena dakwa fan Malaysia ni anti-semitik. haha

separuh masa pertama dihidangkan dgn ketumpulan penyudah Torres dan barisan hadapan Chelsea yg lain. mati pucuk agaknya geng2 ni. Malaysia?mau lepas separuh padang pun susah, apatah lagi melakukan cubaan. gugup, tiada idea dan sedikit gentar dgn susuk tubuh pemain lawan yg tegap2 belaka, terutamanya Kalou. 0-0 kesudahan separuh masa pertama.

separuh masa kedua, Chelsea menukar kesemua pemain dan memasukkan pemain seperti Terry, A.Cole, Drogba, Zhirkov dan Anelka. hasilnya, pada minit ke-78, penjaga garisan berjaya menewaskan penjaga gol Malaysia menerusi sepakan percuma yg diambil oleh, siapa lagi kalau bukan Drogba.



"sebanarnya, gwa pun nda nampak bola tu masuk. tp ref dah bg, gwa trus buat goal celebration gwa"


kontroversi?memang sangat. mungkin penjaga garisan ingin mengambil hati Lampard yg menyaksikan sepakan jarak jauhnya ketika menentang Jerman di Piala Dunia tidak dikira gol. saguhati dari Bukit Jalil lah katakan, memuliakan tetamu itu kan sesuatu yg dituntut.

kesimpulannya, perlawanan ini bolehlah dijadikan iktibar kepada pemain2 skuat utama Malaysia ketika berhadapan dgn Singapura di 2nd leg kelayakan Piala Dunia. pertahanan kental dan kesungguhan utk bertahan adalah sesuatu yg aku lihat masih kurang dlm skuad senior. ketiadaan Zafuan Adha sedikit sebanyak menjejaskan prestasi Muslim yg digandingkan dgn Fadhli tp ini tidak boleh dijadikan alasan.

Harimau Malaya perlu bangkit utk menyamakan defisit gol di Bukit Jalil nanti. dgn kehadiran semula Shahrul Idlan Talaha aka MatYo, aku yakin singa akan digigit oleh harimau.

apa2 pun, marilah kita sama2 memberikan sokongan kpd pasukan negara kita ketika berhadapan dgn Temasek nanti. penuhkanlah stadium, penuhkanlah kedai2 mamak. dan kalau keputusan tidak berpihak kpd kita nanti, jgnlah menunding jari menyalahkan sesiapa. kerana kekalahan ini ada hikmahnya.




kamu tunggu di Bukit Jalil

sekian. mari berkerja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...