~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.
Showing posts with label intro. Show all posts
Showing posts with label intro. Show all posts

07 July 2011

Selamat Berkhidmat utk Kaede_Pique dan Dang Halus.

tatkala tingkap perpindahan pemain seluruh dunia dibuka dan kelab2 sedang galak mencari pemain2 baru untuk memperkuatkan cabaran mereka musim depan, blog MukaBola juga tidak ketinggalan untuk merekrut admin2 baru yang bertauliah dalam usaha memeriahkan dan memantapkan lagi blog ini dengan entri2 yg menarik. beberapa bakat baru dalam bidang penulisan kreatif telah ditemuduga dan diuji. hasilnya, dua admin baru telah diterima.

di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada Kaede_Pique dan Dang Halus. kedua-duanya admin untuk kem Manchester United. mereka telah ditawarkan kontrak 4tahun setengah bernilai hampir 4juta pound setahun tidak termasuk bonus dan appearance fee. ambil kalkutator dan kira sendiri gaji mingguan mereka.

saya sebagai supervisa besar blog ini ingin berpesan kepada admin2 baru agar dapat menghantar entri2 menarik dan mematuhi arahan dari pihak atasan. ingin juga dicanangkan disini bahawa satu sesi orientasi akan diadakan untuk admin2 baru di Kem Bina Semangat Telupid hujung minggu ini supaya semangat solidariti antara kem dapat dipereratkan dan juga sebagai platform untuk admin2 bertauliah yang lain untuk me'ragging' admin baru.

kepada anda di luar sana yg ingin menyertai kami sebagai admin, sila hantar artikel bertajuk 'Saya Sebiji Bola' tidak lebih dari 500patah perkataan dan hantar ke mukabola.blogspot@gmail.com.

untuk mengakhiri ucapan saya pada hari ini, saya ingin menyampaikan serangkap pantun.


anak singa panjat pokok kelapa,
selamat bertugas kepada admin semua.


terima kasih. salam jumaat.


16 June 2011

Segmen Kenali Admin MukaBola #1

untuk edisi pertama ini saya ingin memperkenalkan founder blog yg menggelar dirinya Za8 VDSar. dikatakan beliau masih bujang dan namanya termasuk dalam senarai 100 orang yg paling perpengaruh di dunia, edisi Forbes Julai 2010. sejauh mana kebenarannya, anda boleh cari sendiri. berikut serba sedikit mengenai latar belakang beliau.


semasa beraksi dgn pasukan Uganda U-21.


Nama : Za8 VDSar

Umur : masih muda remaja

Hobi : bermain bola (segala jenis bola)

Posisi : Penjaga Gawang

Kelab : bukan kelab malam

Kenangan Pahit : cinta ditolak oleh Lisa Surihani lantas membawa diri ke US selama 5tahun.

Kenangan Manis : dapat melihat MU main di Bukit Jalil. (siap dpt otograf lagi)

Kelebihan : tangan dan kaki yg panjang (itu baru kaki)

Makanan kegemaran : makanan di kenduri

Minuman kegemaran : sirap / oren di kenduri

Pemain diminati : Edwin Van Der Sar & Khairul Azman.

Impian : menjadi pendidik yg berjiwa rakyat.


pencapaian terbaik beliau di arena sukan adalah menjadi sukarelawan di SUKMA Sabah tahun 2002. beliau juga pernah meraih pingat gangsa acara lompat jauh di Kejohanan Sukan Sekolah2 dan meraih pingat emas dalam permainan dam peringkat sekolah. dalam sukan bola sepak, piala beliau sudah boleh buka muzium. kalau diceritakan satu persatu, 15 juzuk baru khatam. so, kita abaikan sahaja cerita beliau dgn bola.

sekarang beliau berkhidmat sebagai blogger sepenuh masa dan menjadi pengulas jemputan untuk perlawanan melibatkan Sabah di Stadium Likas. tahap ulasan beliau dikatakan lebih power daripada Dato' Hj. Hasbullah Awang.

sekian sahaja Segmen Kenali Admin MukaBola.

kita bertemu di edisi yg ke2 yg menampilkan producer blog, iaitu Halu Zal.


.

28 April 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

saya Abdul MukaBola bertindak sebagai 'supervisa' di blog ini ingin mengucapkan selamat datang dan selamat membaca kepada pengunjung blog yg baru diterbitkan ini.

kami masih lagi menunggu entri sulung dari kem Chelsea dan Liverpool. agak2 kalau tahun depan baru admin kem ni mau post, merasa diorang penumbuk sulung Abdul MukaBola.

oleh itu saya menyeru kepada admin2 berkenaan, sila post entri secepat mungkin. sembang gunggang2 tapi habuk pun tarak. nanti gaji kena tolak, baru la kamu mau komplen mcm2. itu belum lagi kena bagi surat tunjuk sebab, memang dgn Karam Singh Walia la diorng mengadu.

sekian,

"Bertindak Tanpa Arahan"

26 April 2011

Introduction

Post pertama...belum ada geng untuk ber'horey2'...tunggu aku tambah anggota...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...