~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

14 May 2012

Review Manchester United Kalah BPL, Apa Kata Anda?

Fuhhh, setelah sekian lama tidak menulis di blog ni, akhirnya kali ni tergerak jari jemari utk tulis something.

Siapa fan MU mesti xlelap tidur semalam kan? Aku sendiri tido kul4 sebab xdpt nk tido. aiiiii, sedih wooo mengalahkan sedih clash kapel gitu2. Penutup BPL utk season ni la paling drama sekali dan jugak yg paling epic.

2 gol Manchester City dalam 5 minit tambahan menentang QPR berjaya memadam senyum2 monyet fan MU, time wisel penamat vs Sunderland. Sudah lupa agaknya, segalanya hanya akan tamat hanya selepas dibunyikan. In the end, City has the last lough, apa lagi mahu ditangiskan? Go on la.. kemonnnn~

Ini review dari sudut kaca mata penulis sendiri tentang performance MU utk season ni dan penambahbaikan yg perlu utk menang BPL nex season. Mohon SAF borong barang bagus sekilo dua kilo tiga kilo..

Goalkeeper - De Gea terbaek even nampak agak goyah pada awal musim bila byk lepaskan gol2 mudah. Lindergaard also provide good cover. Harus kekalkan mereka berdua.

Right back - Rafael proved unreliable. Perlu belajar lebih byk lagi. Tapi kalau x beli sape2 pun ok kot, Smalling n Jones boleh cover. It will be a huge bonus kalau dapat beli Van der Wiel (Ajax).

Left Back - Evra sgt outstanding. Tapi faktor umur yg dh meningkat (30+) mungkin MU dh kena cari backup lain dh. Fabio xreliable sgt + nak pindah. So Baines (Everton) or Marcelo (Real Madrid) are adequate options.

Centre Back- Ferdinand n Vidic dh tua n selalu injured. Perlu extra backup selain dari Smalling n Jones. Pique (Barcelona) or Mats Hummels (Dortmund) mungkin boleh boost defend.

Winger - Valencia, Young n Nani ade flip flop dorg sendiri. Ji Sung dh xperform. Giggs dh tua sgt. Perlu ada another cover, Eden Hazard (Lille) or Bale (Tottenham) rasanya cantek dh.

Central midfielder - Fletcher, Cleverly n Anderson uncertain, lama sgt sakit,. Scholes dh tua sgt, Carrick maen defensive sgt.. MU perlu creative playmaker, Thiago Alcântara (Barcelona) or Nuri Şahin (Real Madrid) mungkin sesuai + dorg jarang maen kat club sekarang. Shinji Kagawa (Dortmund) pun macam best jugak.

Striker - Berbatov n Owen can say good-bye to MU. Trio Rooney-Welbeck-Chicarito belum cukup menyengat. Perlu Striker yg lebih dominan mcm Nistelrooy. Siapa yg layak? Neymar (Santos), Lucas Moura (Sao Paolo) or Benzema/Higuain (Real Madrid).

Ini hanya pandangan peribadi penulis. Mungkin ada nama yg kurang dikenali oleh pembaca2 sekalian. Jadi untuk memudahkan, saya sertakan link aksi2 mereka, bukan aksi di ranjang ya, tapi aksi di padang. hahahha..

 APA KATA ANDA? Mungkin anda ada pandangan lain, kongsikan di ruangan komen. #GGMU

13 May 2012

Dengar-dengar..


ada team kalah semalam. game derby Borneo. apa cerita ni?

stedium kosong semalam di Kuching? apa cerita ni?

hah? apa cerita. aku sudah semakin jauh dengan cerita sukan dalam negeri ni.

fokus aku malam ni, penentuan BPL. ok.

bai

http://www.theborneopost.com/2012/05/12/alberts-focused-on-winning-derby/

11 May 2012

Perpindahan Musim Panas - Done Deal

ok.


berita kali ini dimulakan dengan perpindahan striker prolifik dari Jerman, Lukas Podolski. beliau berpindah dari FC Koln yang telah tersingkir dari Bundesliga ke kelab pertengahan BPL iaitu Arsenal. ini dilakukan sebagai usaha untuk memujuk RVP untuk kekal di Emirates sehingga kaki beliau tidak dapat menyepak bola.

gua bosan main kelab2 Jerman nih. gua nak tukar jersi musim depan.

 gua nampak masa depan gua lebih cerah menyarung jersi the Gunners. itu pun kalau Wilshere main power.

next story, perpindahan pemain berbakat dari MU iaitu Paul Pogba. prospek masa depan midfield ini dikatakan tidak sabar untuk bermain dalam kesebelasan utama yang dilihat sangat terhad di Old Trafford. Juventus merupakan destinasi pilihan beliau untuk meneruskan karier.

dari pihak admin MU, aku mengucapkan selamat maju jaya dan jangan mengurat awek Itali di sana.

ini muka Sir Alex yang bengang selepas mendapat tahu Pogba telah menandatangani perjanjian dengan Juve. aku xsanggup upload gambar Pogba untuk mengelakkan pembaca mengalami serangan jamtung serta trauma.


beberapa pembelian juga dijangka akan dilakukan oleh kelab2 ternama Eropah antaranya,

Eden Hazard - menjadi rebutan antara kelab Manchester dan beberapa kelab ternama yang lain. telah memberi hint yang beliau akan menyarung jersi berwarna biru musim depan. pesanan aku, pilihlah kelab yang pakai jersi merah kerana hakikatnya, merah itu power.

gampang apa aku google dapat gambar ni. warning : menyepak tunggul kayu atau serpihan besi tidak akan menjadikan anda power seperti Eden Hazard.


Gregory Van Der Wiel & Moussa Dembele - bukan power pun dua ekor ni. malas aku mau komen. korang main bola power2 dulu baru mimpi masuk team power macam MU ok.

ok, aku mau lepak Upperstar ni. chicks suda lama tunggu.

bai.


10 May 2012

Keberadaan Admin-admin Sekalian


dikhabarkan gempa bumi yang melanda kepulauan Indonesia dan gegarannya dapat dirasakan di Semenanjung Malaysia telah memecah-belahkan admin2 blog terhebat Mukabola. satu laporan tidak rasmi juga menyebut bahawa akibat trauma melihat video budak didera ibu sendiri, admin wanita tunggal mengalami tekanan perasaan dan kesukaran untuk melelapkan mata.

laporan dari Badan Risikan Abdul Mukabola telah mengenalpasti lokasi dan koordinat admin-admin sekaligus merungkaikan rahsia kehilangan mereka sejak akhir-akhir ini.

Ha Fei Z : berada di lokasi perang saudara di tengah-tengah metropolitan Kuala Lumpur. sesekali dilihat di kawasan rumah urut sekitar Bangsar, Bukit Bintang & Balakong.

Halu Zal : selalu dilihat berulang alik dari Telupid ke Inanam. sesekali dikesan di kawasan Kg. Likas terutamanya pada malam bulan mengambang dengan membawa joran & pancing.

Kaede_Pique : selepas kekalahan MU kepada Man City tempoh hari, beliau dilihat sering berlegar-legar tanpa motif yang nyata terutamanya ke kawasan tanah tinggi, pulau-pulau & tepi pantai.

Za8 VDSar : peranti pengesan haba mendapati beliau sering berlegar-legar di kawasan tepi pantai selama berjam-jam. sering juga dikesan ke pasar untuk membeli ikan basung, sotong & udang.

awie ferdinand : didapati tidak bergerak hampir satu bulan di kawasan yang dikelilingi air. cuma sekali sekala pergi ke mall untuk membeli nasi lemak & coklat untuk bekalan makanan.

jali great : sejak menimang anak pertama, kelibat belau jarang dikesan di luar rumah. komitmen kepada rumah tangga membataskan beliau untuk menghadap komputer. tetapi beliau masih ada masa ke laut untuk memancing dan bermain futsal.

mohdfurqan aka Sang Pemimpi : masih bermimpi di siang hari barangkali. langsung tidak dapat dikesan walaupun kami mendapat bantuan dari pihak Pentagon, US.

Dang Halus : "kalau aku jumpa mamanya budak tu, aku tampar-tampar tu!!" ujarnya dengan nada sedikit hampa setiap kali didekati. mujur ada suami penyayang mampu menenangkan keadaan.



ok. sebenarnya saya tipu ja cerita di atas ni. huahuahuahua



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...