~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.
Showing posts with label friendly. Show all posts
Showing posts with label friendly. Show all posts

04 February 2012

Sabah Mungkin Ganti Arab Saudi lawan Harimau Malaya

STATUS perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dan Arab Saudi yang dijadual 24 Februari ini hanya akan diketahui selewatnya-lewatnya hujung minggu ini.

Jika perlawanan itu dibatalkan, sebagai pelan alternatif, skuad Liga Super Sabah akan menjadi pasukan ganti kepada Arab Saudi sebagai perlawanan pemanas badan buat Harimau Malaya.

Perkara itu disahkan pengurus skuad kebangsaan, Datuk Subahan Kama, yang mengakui, sehingga hari ini masih tiada sebarang pengesahan daripada persatuan bola sepak induk Arab Saudi mengenai perlawanan itu.

"Sebenarnya Arab Saudi yang menjemput kita mengadakan perlawanan persahabatan dengan mereka tetapi selepas kami memberikan persetujuan, tiada sebarang maklum balas dan 'hitam putih' mengenai cadangan perlawanan berkenaan.

"Saya yakin segala persoalan sama jadi atau tidak akan diketahui dalam minggu ini, saya akan cuba mendapatkan maklum balas daripada pihak mereka.

"Namun, sebagai langkah alternatif, kami telah mencadangkan Sabah sebagai pasukan ganti untuk tujuan perlawanan pemanas badan antara 24 atau 26 Februari sebelum berdepan Filipina pada 29 Februari, " katanya yang dihubungi, semalam.

Sumber Asal Utusan



p/s : Thanks for the recognition ^^ jgn je kalah 5-0 nanti..haha..

30 December 2011

Sabahawks Friendly Match - KUIK HAPDET

Sabahawks vs Brunei DS, 4 dan 6 Jan 2012, Std Penampang jam 4pm.. akhirnya pasukan Brunei DS menerima jemputan utk friendly match ini.

Tapi petang ni jangan lupa di Padang INTAN jam 4 petang, lwn Quilmes FC. Perlawanan sebelum ini Sabahawks mengalahkan mereka dengan jaringan 3-1. Apakah akan ada kejutan dari Quilmes? Bersama kita nantikan..

turun la ramai2..

bhaa..


UPDATE!!

Sabah vs Quilmes FC, menang 11-0. Penjaring : Sharul, Michael, Bobby, Rosdin, Razlan 2, Messi, Sharudin, Juffry, Thanaraj 2.

sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...