~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

16 December 2017

Review Manchester United : Pertengahan Musim 2017/2018

Manchester City (MC) kini merajai carta BPL dengan kelebihan 11 mata dengan pesaing di tempat ke-2, Manchester United (MU) selepas 17 perlawanan.

Nampaknya prestasi MC terlalu cemerlang setakat ini, dengan rekod 15 kemenangan berturut-turut, dibantu dengan beberapa gol last minit dan 2 assist bergaya Romelu Lukaku semasa derby di Old Trafford.

MU pula bergelut dengan prestasi yoyo. Pada satu ketika di awal musim, gol mencurah-curah dengan prestasi cemerlang Lukaku dan Mkhitaryan, dibantu dengan penggiliran Rashford dan Martial di sayap kiri, serta kekebalan Matic menjaga pertahanan.

Namun semua menjadi serba serti tidak menjadi sejak kecederaan Pogba dan Fellaini. Kedua-dua mereka merupakan figura penting di bahagian tengah. Tanpa mereka, Matic memikul tugas yang terlalu sukar. Herrera pula bergelut dengan prestasi, gagal mengulangi kecemerlangan pada musim lepas.

Ada beberapa posisi yang perlu diberi perhatian oleh Mourinho:-

RIGHT BACK (RB)

Kini diisi oleh kapten Valencia. Beraksi konsisten sepanjang musim, namun corak permainan yang mudah dibaca  ketiadaan cover yang berkualiti agak merisaukan. Lindelof dan Jones boleh bermain di posisi ini tetapi mereka lebih diperlukan di posisi tengah.

Joshua Kimmich, Djibril Sidibe, Elseid Hysaj dan Felix Passlack dilihat sesuai. Namun, disebabkan mereka semua cup-tied untuk UCL, mungkin tiada pembelian akan dibuat pada jendela kali ini kerana posisi ini dikira masih selamat. Musim panas akan datang mungkin?

RIGHT WING (RW)

Tiada yang dominan dan konsisten pada posisi ini. Mata, Mkhitaryan dan Lingard selalu diletakkan secara bergilir. Martial dan Rashford juga diletakkan di posisi ini secara rotation sekiranya mereka bermain pada masa yang sama, dengan Rashford dilihat lebih efektif.

Ivan Perisic, Kingsley Coman, Julian Brandt dan Lucas Moura dilihat mampu mengisi lompong di posisi ini. Sekiranya bercita-cita tinggi, Martin Odegaard boleh menjadi penyelesaian jangka masa panjang.

CENTRAL MIDFIELD (CM)

Pogba memerlukan seorang partner ofensif yang bergerak kreatif seiring di sebelah beliau untuk mencorakkan permainan, Matic lebih disiplin dan berperanan defensive menjadi cover kepada pasangan ini.

Marco Verratti, Koke dan Thiago Alcantara mempunyai magis yang mampu memberikan suntikan kreativiti kepada keseluruhan skuad. Dele Alli dan Marco Asensio juga dilihat sesuai, namun bersedialah dengan tanda harga yang terlalu mahal.

PENYERANG (ST)

Romelu Lukaku adalah penghuni utama posisi ini. Cemerlang pada awal musim namun dilihat bergelut dengan prestasi dalam 2 bulan kebelakangan ini. Perlu pertingkatkan permainan, perbaiki first touch dan defensive skill. Ibrahimovic pula dilihat mempunyai maksima 1 musim lagi untuk beraksi secara kompetitif, hanya sesuai bermain sebagai backup.

Oleh itu, amat perlu seorang striker bertaraf dunia seperti Antoine Griezmann dan Paulo Dybala dapat menambah kualiti di hadapan.

Pemain yang perlu digugurkan:
Matteo Darmian, Ander Herrera, Michael Carrick (retire la!), Daley Blind, James Wilson.

Pemain yang perlu diberi perhatian:
Scott McTominay, Tim Fosu-Mensah, Andreas Pereira, Callum Gribbin, Aliou Traore, Angel Gomes.

First post in 2017, by AM Rusl.

Hari ini 16 Disember 2017. Hanatttt! Lagi 2 minggu tahun baru 2018, ni post pertama. Bulan Disember yang sangat sibuk bagi kelab-kelab BPL. Diorang ni lain kan, time maw raya tu la masa paling sibuk kaw kaw.

Malaysia ni lain, macam-macam raya dan masa tu la semua nak cuti main bola. Hasilnya, gara-gara terlebih ketupat, rendang, lemang, nasi impit, buras, kuih bulan, chapati dan segala macam makanan, prestasi pun ke laut lepas tu.

Sampai bila mau berubah? Harap TMJ lakukan perubahan.

Musim Liga Malaysia kini dalam pra-musim dengan semua pasukan sibuk memantapkan pasukan masing-masing.

Sabah? Masih mengekalkan Julius Ating yang cemerlang selepas dilantik pertengahan musim lepas. Pemain veteran Ronny Harun dan Mafry Balang juga kembali untuk berlatih bersama-sama pasukan Badak, akan dinilai samada akan diberikan kontrak atau tidak.

Mafry dan Ronny menjalani latihan. Kredit Stadium Astro

Kami harap pemilihan pemain terutamanya pemain import dapat dibuat dengan teliti. Jangan sekadar tangkap muat, ambil pemain buangan atau mengenyangkan ejen sahaja. Pengumuman FMLLP baru-baru ini, kuota 4 pemain import dikekalkan untuk pasukan Liga Premier.

Dengan Felda United yang cemerlang di Liga Super diturunkan ke Liga Premier kerana gagal mendapatkan lesen FAM, tugas Sabah dilihat semakin sukar untuk kembali ke Liga Super.

Namun kami warga Sabah mengharapkan keajaiban dapat dihasilkan oleh Julis Ating dan anak-anak buahnya. Contohi PKNP, baru ditubuhkan 2015, 2018 sudah bermain di Liga Super.

All the best Sabah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...