~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

17 October 2014

Transfer news: Former Liverpool forward El Hadji Diouf in talks over Malaysia move

Sky Sports understands former Liverpool and Leeds forward El Hadji Diouf is in talks with Malaysian side Sabah FC.
 
Senegal international Diouf is a free agent after leaving Leeds at the end of last season.

The 33-year-old has been linked with a host of clubs since leaving Leeds, but Sabah FC are hoping to lure the two-time African Footballer of the Year to Malaysia.

Talks are underway between Sabah and Diouf, with the Malaysian Premier League side hoping to tie up a deal for the player as early as next week.

Diouf has a wealth of experience having had spells in the Premier League with Liverpool, Bolton, Sunderland and Blackburn prior to his move to Leeds in 2012 and Sabah see his possible arrival as a coup for the club.

Source : Sky Sports

26 August 2014

Manchester United Update

Manager baru, musim baru, harapan baru, jersi baru, penaja baru, formasi baru,

satu ja yang lama.

Permainan. Masih kurang kreativiti, kurang tajam dan kurang menyerlah.

Musim baru ni aku mau tengok sampai game ke-5 liga. kalau seri kalah memanjang, aku malas mau eksyen di FB.

2 game lepas, kalah dan seri. Next game aku harap menang.

Harapan masih tinggi, dengan ketibaan pemain-pemain baru, aku harap musim ni dapat diperbaiki lagi.

Ander Herrera - pemain midfield berbakat dari Sepanyol. Bayangkan Scholes + Iniesta, begitulah corak permainan beliau.

Luke Shaw - pertahanan kiri muda yang menjadi prospek masa depan MU dan England. Masih bergelut dengan masalah kecergasan dan tidak diturunkan dalam dua perlawanan pertama MU.

Marcos Rojo - pemain pertahanan versatil yang boleh bermain di tengah dan kiri. Menjadi pemain paling konsisten untuk Argentina di Piala Dunia Brazil. Kental dan tidak mudah mengalah. Akan menjadi pemain utama untuk mengetuai barisan pertahanan MU yang kurang pengalaman.

Angel Di Maria - setakat artikel ini di publish, beliau dikatakan sedang menjalani medical sebelum disahkan menjadi pemain Red Devils. Menjadi tonggak kempen Argentina yang melangkah ke final Piala Dunia 2014 dan diharap dapat mencetuskan nafas baru serangan MU. Dengan harga 60juta pound, beliau akan menjadi pemain paling mahal di BPL.

Sampai di sini saja, saya sudahi dengan wabillahitaufiqwalhidayah, 

wassalamu.


09 July 2014

Sayur Sebenar

Selepas Spain dirogol,

England dimalukan,

Italy dihantar pulang,

Portugal dikembiri,

kini tiba masa Brazil disekolahkan

Merekalah sayur sebenar.

Salam Satu BRA71L

03 July 2014

Update Piala Dunia 2014






Piala Dunia sudah sampai ke pertengahan, puasa sudah masuk hari ke-4. Satu post pun belum ada pasal pertandingan bola sepak paling berprestij ni. 

Lantak la korang mau cakap apa, Piala Dunia kali ni aku sokong tiga pasukan yang aku akan huraikan sebentar lagi.

No. 1 - Netherlands / Holland / Belanda

Selepas merogol Spain, memberi harapan palsu kepada Australia dan mempermainkan perasaan Chile di peringkat kumpulan, pasukan ini dengan bergaya melangkah ke kalah mati dengan rekod kemenangan bersih. 

Lawan di peringkat 16 terakhir pula adalah Mexico yang tidak seberapa. Keputusannya sudah dijangka dengan Netherlands dengan selamba menyumbat 2 gol pada saat-saat akhir untuk kemenangan 2-1.

Skuad Netherlands di Piala Dunia ini terdiri dari muka-muka baru yang rata-rata tidak berapa dikenali seperti Martins Indi, Blind, De Vrij, Wijnaldum dan Memphis ditambah dengan tenaga pemain senior termasuk kapten RVP, Robben, Sniejder dan De Jong.

Dengan taktik yang diterapkan dengan baik oleh Van Gaal, aku jamin Netherlands akan menjadi juara Piala Dunia edisi FacePalm kali ini.

Man To Watch - Arjen Robben

Rising Star - Memphis Depay / De Vrij / Martins Indi


Berbaju biru atau jingga, semangat raya tidak dilupakan.

trio serangan yang wajib digeruni sejak 2006 lagi

ini cerita lama.

No. 2 - Belgium

Sebagai sebuah kuasa baru dalam arena bola sepak, Belgium telah membuktikan yang produk mereka boleh digunakan di mana-mana liga seluruh dunia. Mempunya lambakan pemain hebat yang seperti Hazard (Chelsea), Fellaini (MU), Lukaku (Chelsea), De Bruyne (Wolfsberg), Kompany (Man City) dan ramai lagi.

Di peringkat kumpulan, Belgium mengekalkan rekod tanpa kalah dan menjuarai kumpulan seterusnya menanti pertemuan dengan USA.

Pasukan Belgium ini sangat seimbang di setiap bahagian dengan Kompany mengetuai pasukan dan jentera pertahanan dibantu Van Buyten, Alderiweld dan Verthongen, Fellaini di tengah bersama Witsel, De Bruyne dan Hazard, Lukaku dan bintang baru, Origi megepalai serangan manakala ketenangan Curtois menjaga pintu gol menjadi igauan ngeri penyerang pasukan lawan.

Barisan pemain simpanan mereka juga sangat kompeten dengan Januzaj, Mirallas dan Mertens yang boleh mengubah sesuatu permainan jika diperlukan.

Ini dibuktikan di peringkat kalah mati apabila kemasukan Lukaku berjaya membuahkan 2 gol pada masa tambahan seterusnya membawa Belgium ke suku akhir.

Paling buruk aku jangka Belgium akan kalah di separuh akhir dengan Netherlands. Argentina boleh pergi mampus.

juga dikenali dengan jolokan Red Devils, memang power macam MU.

Fellaini ni power betul.


No. 3 - USA

Negara Uncle Sam yang terkenal dengan American Football, makanan tidak berkhasiat dan obesiti, aku menyokong pasukan ini atas berapa sebab.

Pertama, Obama ada keluarga di Sabah. Kedua, USA banyak tolong negara kita. Ketiga, USA power. Cukup tiga sebab.

Jurulatih Jurgen Klinsmann adalah seorang warganegara Jerman yang pernah membawa negara kelahirannya menduduki tempat ke-3 pada tahun 2006. Dengan pasukan USA, cabaran beliau adalah untuk membawa pasukan ke pusingan kalah mati; sekurang-kurangnya dan menerapkan minat ke sukan bola sepak dalam kalangan masyarakat US.

Walaupun tanpa bekas kapten dan penyerang prolifik, Landon Donovan, tugas kapten dan playmaker diberikan kepada Clint Dempsey yang kehebatannya tidak perlu disangkal lagi. Tim Howard pula diberikan tugas menjaga gawang gol daripada dibolosi.

Jentera tengah diketuai oleh Bradley, yang jauh lebih hebat Gerrard, dibantu oleh Beckerman dan Jermain Jones manakala serangan diketuai oleh Altidore dan dibantu oleh Beasley dan Dempsey. Skuad yang mungkin tidak hebat, tapi ternyata lebih ampuh dari Italy, England dan Portugal.

Di pusingan kalah mati, Tim Howard diangkat menjadi hero rakyat US sebaris dengan Captain America, JFK, Lincoln dan Martin Luther King dengan menyelamatkan USA sebanyak 16 kali; rekod save terbanyak dalam sejarah Piala Dunia tetapi tidak dapat menyelamatkan kekalahan USA kepada Belgium 2-1.


mari kita bersatu di bawah satu bendera!

lebih power dari England, Italy dan Portugal!

no caption.

27 May 2014

Update 1 Bulan Ke Belakang

1. Tahniah kepada pasukan Manchester City, juara BPL 2 kali dalam masa 3 tahun. Tahniah Athletico Madrid, juara La Liga. Tahniah Bayern Munich, juara Bundesliga. 




2. Tahniah Real Madrid dengan La Decima. Setakat ini, kelab gergasi Sepanyol ini telah menjadi juara Eropah sebanyak 10 kali. Tidak rugi Gareth Bale masuk ini kelab. Kalau harap Tottenham, sampai kiamat la jadi juara.


2.1. MU setakat ni menang pengurus la. kakakaka

Seorang yang berpandangan jauh dan setia kepada isteri.

3. Kembali ke berita dalam negara. Tempoh hari aku tengok Lions XII vs JDT. Hati aku sokong JDT sebenarnya, tapi aku harap game dijalankan tanpa sebarang kontroversi. Kalau aku sokong Singapore, orang cakap aku tidak patriotik pulak.

JDT ketinggalan 2-1 dalam separuh masa pertama dan masuk masa kedua, pengadil memberikan sepakan penalti yang kontroversi, kononnya kerana handball. Ulang tayang jelas menunjukkan bola tidak terkena tangan pertahanan Lions tapi kena dada. Kedudukan pengadil semasa memberi penalti itu juga menjadi persoalan kerana pengadil berada di belakang pemain dan bola. Mustahil pengadil nampak bola itu terkena tangan.

4. Sebelum perlawanan ini dimulakan, kecoh 1 Malaysia apabila TMJ, pemilik JDT mengkritik pengadil apabila keputusan tidak menyebelahi pasukan mereka. Kecoh 1 Malaysia apabila pengurus JDT2 menumbuk curi pengadil selepas habis perlawanan (pengadil xtumbang pun, dasar pengecut), Kecoh 1 Malaysia apabila TMJ dengan sarkastik turun ke padang dan bersalam dengan pengadil selepas habis 1 perlawanan. Kecoh 1 Malaysia dengan kekalutan-kekalutan yang mereka cetuskan.

5. Disebabkan itu, aku membuat satu rumusan. Pengadil bola sepak di Malaysia sekarang sangat takut untuk memberi keputusan yang tidak menyebelahi pasukan JDT. Lions XII 2-3 JDT. Ok habis cerita.

6. Sabah vs Selangor UiTM. Aku malas mau komen banyak. Macam gampang Sabah main lawan team universiti ni. Sabah kalah 1-3. Minggu depan aku umum UiTM seluruh Malaysia cuti.

7. Malas pulak aku sambung. Cukup la setakat ni. Korang sedia-sedia la betting World Cup nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...