~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

20 January 2014

Surat terbuka untuk Moyes

Ya semua orang tahu peasukan paling hebat di dunia iaitu Manchester United tidak berada dalam situasi terbaik sekarang. Semua orang tahu penghuni tangga ke-7 liga menjadi bahan kutukan seluruh dunia. Aku percaya ini adalah balasan kepada penyokong MU yang sering menganjing Liverpool musim lepas dan Arsenal yang sudah lebih 10 tahun tidak menjulang piala. 

Tapi ada setengah penyokong Arsenal mempertahankan diri dengan mengatakan mereka menyokong Arsenal kerana permainan cantik dan art, bukan kerana piala. Aku cadangkan golongan-golongan ini berubah menjadi peminat gimnastik, renang berirama atau acara terjun yang markah penilaiannya berdasarkan kecantikan dan kesenian gerakan kerana permainan bola sepak dinilai berdasarkan jaringan gol, bukan kerana cantiknya sesuatu gerakan.

Manakala penyokong MU pula melaungkan alasan-alasan seperti, pemain belum dapat menyesuaikan diri dengan rentak pengurus baru, David Moyes. Buktinya 20 tahun lepas, Alex Ferguson pun mengambil masa 3 musim untuk memenangi piala pertama yang mana pada musim pertama, MU hampir turun ke liga bawahan. Alex Ferguson meneruskan legasi beliau hinggalah MU sampai ke tahap sekarang.

Roberto Martinez yang menggantikan Moyes di Everton juga sempat mengkritik mentaliti yang diterapkan Moyes di Everton. Pengurus dari Sepanyol ini mendakwa, Moyes berpuas hati dengan  kedudukan ke-7 dan 8 sehingga pemain Everton kurang bermotivasi pada musim lepas dan terbawa-bawa ke awal musim ini.

Setakat artikel ini ditulis, Everton berada 1 tangga di atas MU dengan 41 mata.

Di sisi lain, ucapan perpisahan dari Sir Alex pada awal juga menyeru penyokong dan pemain untuk menyokong pengurus baru MU yang juga rakan senegara beliau sambil mengingatkan yang pertukaran ini bukannya mudah, dan situasi terkini membuktikan kebenaran jangkaan Sir Alex.

Di atas padang, kecederaan pemain utama seperti Rooney dan Van Persie juga menyumbang kepada kejatuhan MU musim ini. Pemain-pemain yang diharapkan untuk mengganti tempat peledak MU ini tidak mampu menunjukkan prestasi yang memberangsangkan di atas padang. 

Kurang kreativiti di final third, aksi tidak konsisten untuk setiap permainan, hantaran bola akhir yang mengecewakan, penyudah yang lemah, kerapuhan benteng pertahanan dan masalah terbaru pada perlawanan separuh akhir Piala Liga - kesilapan penjaga gol, menambah tekanan kepada Moyes untuk mencari formula terbaik untuk pasukan ini.

Apa pun alasan yang diberikan, harus diingat yang MU perlu menetapkan sasaran yang lebih realistik untuk musim ini. Lupakan hasrat untuk menjulang Kejuaraan Liga kerana realitinya, peluang sangat tipis dengan perbezaan mata yang begitu besar dan saingan liga sudah melepasi titik pertengahan. Lupakan Champions League kerana tahap permainan MU sekarang jauh dari standard pasukan-pasukan gergasi lain contohnya, Bayern Munich dan Barcelona. Jauh sekali Piala Liga dan Piala FA kerana MU sudah tersingkir.

Target yang lebih sesuai adalah untuk melayakkan diri ke Liga juara-juara dan memperbaiki permainan secara keseluruhan, dari penjaga gol, pertahanan, tengah dan serangan.

Punca kelemahan utama kalau ikut kaca mata aku adalah kurang kreativiti di bahagian tengah serangan. Ditambah lagi dengan ketiadaan Rooney dan persembahan mengecewakan bahagian sayap dan attacking midfielder. Pada pendapat aku, sistem sayap konvensional sudah lapuk. Menggunakan pemain seperti Valencia adalah sangat straight forward dan mudah dibaca. MU perlu pemain tengah menyerang yang lengkap dari segi serangan, merampas bola, keseimbangan, bertahan dan penyudah.

Lihat pasukan top-3 sekarang, Arsenal dengan Cazorla dan Ozil, Manchester City dengan Silva dan Nasri, Chelsea dengan Hazard, Oscar dan Mata, hampir semua memiliki pemain tengah menyerang yang boleh menukar haluan permainan dalam sekelip mata.

Dibandingkan dengan Manchester United, hanya Januzaj sahaja boleh diharap untuk mencipta sesuatu. Kagawa, Young, dan Nani pula mengecewakan.

Sebagai penyelesaian, belilah pemain tengah menyerang yang kreatif dan lengkap. Pilihan yang ada seperti, Juan Mata (yang telah di'bid' oleh MU), bintang Roma Miralem Pjanic dan juga bintang Athletico Koke. Perbelanjaan yang tinggi diperlukan untuk membiayai perpindahan ini.

Dengan mendapatkan seorang pemain tengah menyerang, barulah MU boleh memikirkan untuk memperkuatkan pertahanan dengan membeli seorang pertahanan tengah dan kiri.

Panjang lebar aku menaip, aku sudah penat ni. So aku buat dalam bentuk sajak la.

Kepada penyokong
ingatlah 
apabila anjing menyalak
ia sedar hadirnya kita
biarkan anjing-anjing ini menyalak
biarkan orang buat borang 
tukar pasukan 
kerna
itu menunjukkan 
yang penyokong MU
diperlukan
pasukan-pasukan lemah 
yang lain
kerana mereka kesepian
dan kita tidak peduli mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...