~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.
Showing posts with label main bola. Show all posts
Showing posts with label main bola. Show all posts

29 February 2012

Hilang Kabel

aku sebenarnya ada banyak benda mau post dekat sini. tapi semua isi2 penting aku tu perlu diperkuatkan dengan gambar.

dan malangnya, gambar tu semua ada dalam telefon bimbit C-ENAM. dan yang paling setannya, kabel USB untuk transfer gambar tu aku xtau letak di mana.

masuk hari ni sudah 1bulan benda alah tu hilang. aku pun jadi buntu xtau apa mau buat. kalau laptop Compaq Presario CQEmpatpuluhdua ni ada bluetooth xpa. ini....

huh! aku mengeluh memikirkan nasibku.

tapi tak mengapa. malam ni aku ada game futsal. boleh release tension rembat muka orang sekali dua.

kbai.


15 December 2011

Inflammatory Bowel Condition


Dari laman web rasmi Manutd.com

On behalf of Darren Fletcher, Manchester United wishes to announce that he is taking an extended break from football for health reasons.

Over the past year he has had several absence periods which we have attributed to a viral illness in order to respect his right to medical confidentiality. Darren has, in fact, been suffering from ulcerative colitis (a chronic inflammatory bowel condition) for some time preceding this.

Whilst he was able to maintain remission of symptoms for a considerable period this has proved more difficult recently and Darren’s continued desire to play and his loyalty to both his club and country has probably compromised the chances of optimising his own health and fitness.

He has therefore accepted medical advice to take an extended break from the demands of training and playing in order to afford the best chance possible of achieving full remission once again.

We request that his privacy is respected and hope that the removal of the additional stress associated with speculation regarding his health will also aid his recovery.


entah apa benda penyakit ni pun saya xtau. gastrik migrain tu saya tau la. saya bukannya doktor. tapi doktor kata, serius juga kecederaan beliau ni. macam mana main bola sakit bole sakit perut?

salah makan barangkali. palis2.

pesanan daripada saya, bawa2 lah rehatkan perut tu. banyakkanlah berpuasa. kurang2kan lah main bola. team kau pun bukan masuk Champions League.

Get Well Soon Fletcher!!!



08 November 2011

Projek Hari Selasa


pagi tadi aku bangun tidur dengan fikiran yang berbelah bagi. mau pegi ka tidak. mau pegi ka tidak. aku dapat tau benda ni dari FB tapi aku betul2 belum pasti samada mau pigi ka tidak. ada budak aku sorang ni ajak pegi, tapi sampai aku siap mandi, budak ni senyap ja. dasar tidur mati.

"mesti xbangun lagi budak ni" getusku dalam hati.

so aku pun bungkus laptop, pakai kemeja kotak2, sarung seluar jeans coklat Big John, pakai gel di rambut dan bersiap sedia untuk ke opis. sempat juga aku bungkus jersi, boot Adidas yang sudah berhabuk dan glove Nike De Gea. just in case projek kami ni jadi. aku sarung sandal dan turun menuju kereta.

sedap2 aku panas enjin, budak aku call, dia on the way katanya. jam sudah menunjukkan jam 8.30am. aku plan mau pigi thumb in dulu di opis baru teruskan projek, tapi nampak gayanya macam xsempat.

15 minit kemudian budak aku sampai naik skuter. macam setan gaya. baju gambar lidah Rolling Stone, seluar tiga suku rambut bekarat. Nakamura la konon katanya. aku pecut ke padang A Stadium Likas.

"maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu" ringtone handphone aku memekak. boss aku call.

"boss!! gua bawa budak pigi projek nih. dekat tengah hari baru aku masuk opis" jeritku melawan bunyi enjin lori yang lalu sebelah kereta aku.

"okay" jawabnya cool.

9.15am. Justin Ganai, Scott Ollerenshaw dan Khairul Azman sudah menunggu aku di tepi padang. muka masing2 cool ja, mentang ramai budak2 baru. ada sorang foreigner lagi aku xkenal, dengar2 coach baru. gaya macam bagus ja. tampar muka ko nanti.

dalam padang, Farid Idris dan Leopard Alfonso sudah terkedek2 kejar bola dengan beberapa budak baru yang lain. aku tenang dengan kemeja aku, gaya macam scout tengah cari bakat baru. budak aku sudah siap pakai kasut tapi baju masih lagi gambar lidah. aku suruh budak aku isi borang tanda xpuas hati dengan pemilihan bajunya.

Khairul Azman tegur aku, "ko xmain ka? tiada keeper ni. aku jadi ref".

"malas la geng, aku hantar budak aku ja ni" jawabku separuh menguap.

"main la kau, teda orang suda mau jadi keeper ni, silap2 ko kena pilih" balas Khairul.

aku pun fikir2, agak lama juga aku xmain bola padang besar. so dengan pantas aku tukar baju sarung glove. terus masuk padang.








2jam kemudian, aku terduduk di padang, tunggu ref tiup utk stop game. memang membunuh matahari KK ni. mau pitam pun ada. ciss~

taubat aku ikut selection player Sabah ni. jaga la kau Justin Ganai. kalau ko nda pilih aku, aku kapel dengan anak ko di kolej tu.

heh..heh..heh..


20 June 2011

Aktiviti Masa Lapang yg Menyakitkan

memandangkan blog ini sunyi sepi tanpa update, dan yg ada pun hanya janji palsu kpd peminat untuk mendapatkan tiket free utk tengok bola. lain la kalau aku, anak Justin Ganai tu anytime aku boleh jumpa minta masuk stadium free.

maka aku dgn penuh rasa tanggungjawab kpd masyarakat ingin berkongsi cerita mengenai aktiviti masa lapang admin2. (admin2 ni banyak ja masa lapang tapi malas update blog. tunggu Abdul marah baru masing mau menaip. dasar. hahaha)

adapun aktiviti utama kami adalah bermain futsal di hujung2 minggu. kpd anda di luar sana yg tidak peka kpd perkembangan dunia futsal semasa, pasti tidak pernah dengar nama team futsal kami yg terkenal di sekitar KK, Moscow dan Copenhagen, iaitu Passompa FC. dengan trademark jersi hijau ala2 pasukan Nigeria bawah-23 tahun, pasukan ini bisa menggegarkan dunia futsal dgn skill, corak permainan dan semangat berpasukan yg luar biasa.

dgn barisan pemain yg terdiri dari gabungan pemain2 lama berpengalaman dan tenaga2 muda yg memerah kudrat dan keringat di gelanggang, pasukan kami mampu untuk pergi jauh hatta ke peringkat dunia sekalipun. (kalau ada syarikat mau sponsor la) jikalau sekiranya ada kekurangan dalam bilangan ahli dan perlawanan sudah dekat, maka kami akan loan beberapa pemain dari pasukan lain. gaji bincang kemudian la.

biasanya gelanggang pilihan kami terletak di sekitar bandaraya Kota Kinabalu seperti BSA Kolombong, Suria Futsal, KK Arena Futsal, gelanggang futsal Penampang (yg ini taubat aku xmau main lagi, insaf suda aku) dan Bintang Futsal, Kinarut. venue2 lain seperti futsal di Telupid dan Ranau juga pernah dipertimbangkan untuk menjadi venue utama. tetapi atas dasar tolak ansur dan solidariti antara ahli pasukan, hasrat murni ini terpaksa ditangguhkan utk memberi peluang kpd ahli2 yg sudah berumahtangga utk menunaikan tanggungjawab mereka kpd keluarga. futsal, futsal juga. jgn sampai xbalik rumah.

setakat ini, pasukan kami hanya sekali merasa kekalahan, itu pun sebab star2 xturun. teda mood katanya. hahaha untuk mengenali pasukan kami dgn lebih mesra, silalah lihat gambar2 yg diambil khas utk tatapan umum disini.

so, apa yg menyakitkan? kalau injured tu memang la sakit. bengkak tulang kering ka, koyak tuuut ka, bola kena tuut la. macam2. tapi yg paling sakit tym mau bayar. sorang rm7-10. itu sekali main. kalau 10kali? ratus juga oo. jadi kami sangat mengalu2kan sebarang bentuk penajaan dari segi material atau wang ringgit. sesiapa yg b'murah hati, sila kontek aku di emel rasmi blog ini. hehehe

sebagai penutup, aku ingin berkongsi dgn anda semua video di bawah. gaya keeper ni lebih kurang mcm aku. tp aku power sikit la. hahaha

selamat berfutsal. jalani gaya hidup sihat!!





choww!

14 June 2011

Bayangan Ferdinand & Vidic




diorang ni budak2 lagi. kalau budak suda main begini, besar nanti komfem jadi askar di-Raja British.

solid centre backs for future England and Man Utd.

GGMU!!


.

08 June 2011

Liveblogging - Sabah vs Kuala Lumpur

(ulasan di utarafm.net)

1st half

terpaksa saya kasi biut ini mic supaya nda t'dengar sa punya batuk...

*sambil dj ni terus komen pasal batuk dia kunun.

pengulas 1: gol3!!!! phui!! uhuk3!!!

pengulas 2: ok kau ging?

oii..apa kau inii~ thanaraj menahan bola dgn tangan... adeiii~ tambah sakit la sa ini kalau begini...

sa baru sembuh dari dugal..lps dugal sa mengalami batuk2..tapi sa akan buat yg t'baik utk tidak menghampakan peminat...

offside bilang tu penjaga garisan..

yaahh~ si anu tu bilang ubat dugal teh hijau..nanti sa cari teh hijau..

keadaan padang agak licin dan sa tingu ramai pemain yg t'jatuh..pemain perlu b'hati2...

*uhuk3..batuk kunu dia..

tidak lebat la hujan tp kalau main slaiding, mimang melayang la...

kalau t'jatuh, lefri akan m'berikan sepakan percuma..KL belum lg menandang..

kenapa ini?bukan pigi atas, pigi bawah pulak..

mafry balang, cepat kau bagi..bubut thanaraj...BUBUT!! thanaraj mudah digertak..takut dia sama tu penjaga gol...alang2 ko punya hantaran tu thanaraj~

itu diaaa sharul dijatuhkan dan Sabah diberikan sepakan penalti...dan pemain KL m'protes kpd pengadil...ok, akan diambil...siapa yg akan mengambil..razlan oto yg akan mengambil..

GOOOOLLLL!!!!!!! GOLL3x...oh tidak...pengadil membatalkan kerana penjaga gol keluar dari garisan..ambil lagi sekali...

GOOOOLLLL!!!!!!! GOLL3x...sekali lagi gol...

ada org komen, Acap, dia bilang salah2 ni DJ cakap...iyala, ini bukan dj profesional ini..ini dj bawah kulung ja...maaf la atas segala kesalahan..

agak licin padang, tepelanting suda diorng ni..

ini si Nexus komen, ini dia punya TOTO kluar 2407... siapa punya numbur ini...mungkin kena 1st price ini...

tandang3x!!!....sharul5x!!!..thanaraj6x...!!!thanaraj..thanaraj...kenapala kau begini thanaraj...

nampaknya KL mau butul menjaring gol..pengadil belum lg meniup wisil tp diorng suda menendang...


rehat

* pasang lagu kadazan dusun...
* lagu tanak kampung pun main...ada satu lagu lawak...nangis2 aku ketawa...lirik dia "
* TuKaNG KeBuN main PES dgn adiknya..
* kakaknya tgk tv dgn lakinya..


2nd half

* siaran t'henti..admin mau pigi main futsal..huhuhu


sekian.

*update: Sabah 3-0 KL, Razlan Oto 3biji gol...

05 June 2011

Tanpa Berfikir Panjang

  1. musim rehat bola dipenuhi dgn jemputan kawin di merata-rata pelusuk dunia. ada yg jemput di Helsinki, Prague, Geneva dan Kg. Buang Sayang, Papar.
  2. admin2 telah bermain futsal malam semalam dgn kemenangan besar diperolehi oleh pasukan admin. beberapa kecederaan juga telah terjadi dgn tragisnya.
  3. rabu ni Sabah main d Stadium Likas. jom ramai2 pigi stadium.
  4. Selamat Pengantin Baru kpd semua yg kahwin. kami tumpang makan free saja ok.
itu sahaja dari aku utk masa ini.

12 May 2011

Main Bola Scene

aku ingat dulu masa zaman kanak2, sekolah menengah n zaman U. pantang petang, mesti semangat turun main bola. masa sekolah rendah, tepat jam5 aku sudah keluar rumah main bola. masa sekolah menengah, lepas asar ja pigi main takraw (sbb skolah aku teda padang kalau ada, konfem aku main dgn MU skrg). tym U dulu, petang je mesti pegi main. xmain bola, futsal. xfutsal, bola tampar.

elemen yg paling penting yg mendorong kepada semangat waja ini adalah adanya kemudahan padang/gelanggang dan bola. yala, kalau teda bola, xkan mau main bola member. menggeliat terus member tu nanti.

bermulanya alam pekerjaan telah membataskan aktiviti petangku. dgn komitmen kerja dan office hour yg gila, maka masa bersukan hanyalah di hujung2 minggu sebelah malam. biasanya aku layan futsal 2jam, paling koman pun tgk wayang 2jam.

tapi tadi aku mendapat peluang yg paling 'rare' sepanjang aku berkerja di tempat kerja sekarang ni iaitu ajakan utk bermain bola padang jm4 petang. aku b'semangat seperti biasa. peralatan disiapkan sejak awal pagi lagi. glove, boot, baju spare semua siap dari awal pagi. menjelang jm4 aku sudah tidak senang duduk, kaki ni mcm mau menendang ja.

lantas aku dgn officemet yg lain pun gerak ke padang Sukma blkg Wisma Wanita. tapi kecewa. main 7sebelah ja, student xramai turun, teda transport katanya. padang sudah disediakan, tinggal datang ja bawa kasut, main free. itu pun xdatang. aku geleng kepala ja. dasar budak2 xtahu diuntung. teda semangat kesukanan lgsung. xmcm aku dulu. atleast aku rajin main, walaupun ponteng kelas pun aku rajin juga.

balik rumah, penat. tadi Halu Zal bagitau dia suda tgk Priest 3D dgn awi ferdinand. mmg la aku bebulu. tgk wayang xajak aku. cilaka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...