~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

26 September 2013

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan..

Selamat mlm smua para pembaca Blog yg dihormati... adapun post saya yg tbaru ini adalah post pertama semenjak Ozil mnjadi pemain the Gunners.. skali lg... Ozil mjadi pemain The Gunners.. The Gunners.. Gunners.. ok ckup... mcm mau kna tendang plak kalo blk2 tulis... kakakakakkaka.. 

Berhubung dgn tajuk diatas... ok.. teda kaitan sebenarnya... saja mau kasi nmpk Gah skit tajuk.. alaa.. mcm newspaper2 skrg.... tajuk lebih2.. "Bapa ditangkap Anak Kandung ketika Memancing".. apa kejadah tajuk cmni.. maka kepalabana kita pun trus ingin melihat selanjutnya cerita tersebut.. maka Anak tu sbenarnya salah tgkp org... kepalabana jg kdg2 news skrg ne... 

Ok... ckup... Kita berbalik kepada cerita utama... Ozil atau nama sebenar beliau Mesut Ozil... tp sebenarnya hruf O tu ada lg 2 titik noda diatasnya.. cmni la O tu... dilahirkan d Gelsenkirchen Germany... p Google kalo nda tau... mempunyai tggi lebih kurang sebaya leher unta setengah dewasa gituu.. 1.81 inci.. blum lg pnjg yg lain d amik kira.. kakakakakkaa.. lahir pada 15 Oktober 1988 Miladi... dan beliau berumur 24 thn.. dgn pembelian Ozil ini.. maka Arsenal telah melengkapkn pembelian termahal sejak Andrey Arshavin yg d beli dgn hrga 15M Pound... sementara Ozil dibeli dgn hrga 42M Pound... 

Dengan pembelian ini maka makin bersemangat la peminat2 Arsenal d pelusuk dunia samaada d antartika atau d garisan khatulistiwa.. Ozil yg telah bermain sbnyk 3 perlawanan menunjukkan dia sememangnya seorang yg hebat ketika melakukan hantaran2... dan ini dibuktikan stakat ini 4 Assist dr 2 perlawanan liga... hebat bukan... kakakakakaka.. 

Ozil ialah pemain yg beragama Islam yg bermain utk Arsenal.. dan stiap kali perlawanan akan bermula... sbelum sahaja pngadil meniup sangkakala... mksud saya meniup wisel utk memulakan perlawanan, maka disitu la kta nmpk Ozil mengangkat tgn seraya berdoa utk kejayaan... mcm sya jg la kalo mau men ftsal... nda gtu Za8 VDSar.. kakakaka... mari kta lihat sjenak gambar Ozil ketika berdoa.. kalo time mkn pun dia bdoa jg... tp sya blum sempat utk mcuri gmbr beliau bdoa semasa makan... kakakakakaka..

"Ya Tuhanku... berkatilah permainan bola ini... smoga kami berjaya mendapat kemenangan..."

dan seterusnya beliau berjaya membantu pasukan.. ngeh2..


25 September 2013

Kalau Tarik Seluar?

ok tadi aku tengok game Aston Villa vs Tottenham Hotspurs. terjadi sebuah adegan yang aku pun xtau mau cakap macamana. Kamu tengok la sendiri.


Pengadil tidak memberi penalti. adakah pengadil akan berfikir sebaliknya jika baju yang ditarik?

Moral of the story, pakai la tight atau seluar dalam yang cantik sikit time main bola. huduh betul kalau jadi begini.

okbai.

08 September 2013

Ketinggalan Zaman

Assalamualaikum dan selamat menikmati kenaikan harga minyak.

dalam post ini, aku akan mengulas mengenai perpindahan pemain berdasarkan rumours dalam post sebelum ni oleh Halu Zal dan aku akan berkongsi sedikit mengenai cara-cara untuk menjimatkan perbelanjaan sempena kenaikan harga minyak. 

sebagai pembukaan, aku sifatkan sebagai perpindahan besar-besaran untuk penyerang-penyerang prolifik seluruh dunia. bermula dengan Neymar, Falcao dan rakan-rakan yang lain, trend perpindahan pemain ini dilihat berterusan sehingga penutup jendela perpindahan. 

RUMOURS (ADA YANG JADI KENYATAAN ADA YANG TIDAK)

 1. Steven Jovetic (Fiorentina - Arsenal/Chelsea) - perpindahan yang dikhabarkan berjumlah 22juta pound ini akan menjadikan Jovetic sebagai penyerang ke-2 dibawa masuk oleh Pellegrini ke the Noisy Neighbour. berdepan saingan dari penyerang-penyerang lain, pemain yang berasal dari Montenegro ini dijangka akan memanaskan bangku simpanan sambil menunggu peluang untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.
"saya gembira bermain di bangku simpanan"
2. Wayne Rooney (Man.United - Arsenal) - tidak menjadi kenyataan. kononnya Rooney sengaja mempermainkan perasaan penyokong Arsenal untuk melihat betapa perangai fan Arsenal ni umpama dapat player power boleh sembang macam menang piala. kahkahkah 

3. Gareth Bale (Tottenham - Real Madrid) - saga perpindahan yang berlarutan sehingga ke saat-saat akhir jendela perpindahan. menjadi perpindahan termahal dengan rekod 84juta pound mengalahkan yuran yang dibayar untuk mendapatkan Christiano Ronaldo dari Manchester United. gandingan dua pemain paling mahal ini pasti akan menjadi igauan ngeri untuk pemain pertahanan La Liga.
"kalah Ronaldo kehenseman aku ni"
* tambahan - Mesut Ozil (Real Madrid - Arsenal) - pembelian termahal Arsene Wenger sejak kemasukan Andrei Arshavin dengan yuran melebihi 50juta pound. pemain antarabangsa Jerman ini telah melalui musim yang baik bersama Real dan Pasukan Jerman dan akan rakan sepasukan dengan Podolski & Mertesacker. satu pembelian yang dijangka akan memberi impak besar kepada pasukan Arsenal.
hanya diharap sebagai pembaca doa oleh Wenger. untuk menambah keberkatan katanya.

4. John Obi Mikel (Chelsea - Galatasaray) - hantu ni masih lagi ada di Chelsea. Mourunho sayang lagi letteww. 

5. Robert Lewandowski (Borrusia Dortmund - Manchester United) - lagi satu perpindahan yang tidak menjadi kenyataan. selepas minat dari Manchester United padam, Bayern Munich dikatakan cuba untuk memancing pemain ini. 

6. Hulk (Zenit. Petersburg - Real Madrid) - pun xjadi pindah. NEXXTTTT!!! 

7. Gonzalo Higuain (Real Madrid - Arsenal/Juventus) - ok ini cerita yang sadis untuk Arsenal yang dikatakan sangat berminat untuk mendapatkan bintang Real Madrid ini. tapi akhirnya Higuain memilih untuk bersatu dengan Rafa Benitez di Napoli kerana reputasi Arsenal yang dianggap sebagai budak tadika tidak digemari oleh beliau. 

pembelian pukal oleh Benitez.



8. Carlos Tevez (Manchester City - Juventus) - satu usaha oleh pengurusan Juventus untuk mengambalikan zaman kegemilangan mereka. satu pembelian yang dilihat berbaloi apabila Teves sudah pun menyumbat beberapa gol untuk pasukan barunya. Fuerte Apache akan menjadi pembelian yang berbaloi untuk Juventus.

"hampir-hampir aku bersara main bola. nasib baik Juventus power."

9. Fernando Torres (Chelsea - Real Madrid) - natang ni masih lagi lepak minum kopi dekat Stanford Bridge. ntah team mana la minat dengan si Torres ni. 

10. Marouane Fellaini (Everton - Arsenal) - pembelian oleh Moyes yang menimbulkan tanda tanya mengenai hala tuju pasukan power Manchester United. mempunya keupayaan untuk memegang kawasan tengah dengan kelebihan fizikal dan rambutnya yang menjadi mimpi ngeri pemain yang terpaksa mengawalnya. dengar khabar, pernah sekali seorang player pengsan terhidu bau rambut si Marouane ni. perlu lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan United yang mantap. 
rambut kau, kalau ustat jumpa, kena potong.

11. Diego Godin (Athletico Madrid - Chelsea/Man.city) - siapa natang ni? Iodin aku tau la. untuk bersihkan luka-luka kecik. semenjak dua menjak ni, kucing aku balik rumah ja luka-luka. muka telinga koyar kabak. al-maklumlah musim mengawan la katakan. korang kalau horny pun sanggup bertumbuk dengan pak Arab berebut perempuan. so, aku la yang cuci luka kucing aku tuuu. ada bakat jadi doktor haiwan aku ni. 

 cilaka apa kena mengena dengan transfer? 

12. Darren Bent (Aston Villa - Newcastle) player ni sudah pindah Fulham. habis cerita. NEXXXTTTT!!! 

13. Laurent Kocsielny (Arsenal - Bayern Munich/Barcelona) - kelab bangang mana la mau beli player bangang ya Rabbi ni. istikhara la banyak-banyak. kakakaka 

14. Isco (Malaga - Manchester City/Real Madrid) - berpindah ke Real selepas membantu pasukan Sepanyol u-21 memenangi Piala Dunia bawah-21. telah membantu Real memenangi beberapa perlawanan awal musim, pembelian ini akan membawa impak besar ditambah dengan kemasukan Bale yang menambah sengat di jentera serangan Real. 

15. Edinson Cavani (Napoli - Manchester City : swap with Edin Dzeko/Real Madrid) - pemain yang dinilai tinggi oleh kelab-kelab elit ini telah berpindah ke pasukan PSG untuk bergandingan dengan Ibrahimovic dan Lavezzi. makin power la team jutawan arab ni. 

16. David Villa (Barcelona - Arsenal/Tottenham) - Arsenal pun kempunan, Tottenham pun kempunan. Villa telah berpindah ke Aston Villa kerana nama yang seakan-akan sama menjadi satu motivasi dan memudahkan peminat untuk mengingat nama pemain ini. 

ok, aku melawak ja. siapa xketawa leher dia berdaki. Villa pindah ke Athletico Madrid dan telah menjaringkan gol semasa perlawanan sumbangsih ntah apa nama piala dia aku pun lupa menentang majikan lamanya, Bacelona. 

17. Nani (Manchester United - Arsenal) - pun xjadi pindah. tapi main bola makin xpower. 

18. Gervinho (Arsenal - Marseille) - dijual ke Roma. cerita banyak xguna bukan hensem pun. 

19. Simon Mignolet (Sunderland - Liverpool) - perpindahan ke Liverpool berjaya dan manjadi hero serta-merta dalam debut menentang Stoke City apabila beliau menyalamatkan sepakan penalti lemah gemalai dari Jonathan Walters. belum lagi melepaskan walau satu gol musim ini, dan dijangka akan menjadi tunjang pasukan sejarah ini untuk tahun-tahun mendatang insyaAllah. 

* tambahan - Pepe Reina (Liverpool - Napoli) - setelah merajuk kerana Liverpool membeli seorang penjaga gol, Reina memilih untuk bergabung dengan bekas pengurus iaitu Benitez ke Napoli. 

 * tambahan - Eirik Lamela (Roma - Tottenham) - calon utama untuk mengganti tempat Bale di Tottenham. pemain muda dari Argentina ini dijangka akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan corak pantas bola sepak Inggeris. 

* tambahan - Willian & Samuel Eto'o (Anzhi - Chelsea) - Willian, pemain yang menjadikan Will.i.am sebagai idola ini melengkapkan perpindahan ke London dengan yuran 30juta pound. Eto'o pula pernah menjadi penyerang yang digeruni semasa bermain untuk Barcelona. sekarang ni beliau dah berumur, dijangka akan menjadi ttukang urut di bilik persalinan. 

* tambahan - Mamadou Sakho (PSG - Liverpool) - pemain antarabangsa Perancis ini melengkapkan perpindahan saat akhir dan akan memantapkan barisan pertahanan yang rapuh sebelum ini. 

* tambahan - ALvaro Negredo (Sevilla - Man City) 
                - Roberto Soldado (Valencia - Tottenham) 
            - Christian Eriksen (ajax - Tottenham) 

 berkenaan tips untuk menjimatkan perbelanjaan, boleh tanya ke Najib dan Rosmah kerana mereka adalah role model dalam hal berjimat ni. kakakakaka 

p/s - aku mau kasi masuk gambar tapi internet ni slow pulak. nanti ja la.

kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...