~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

18 April 2019

1. Perlantikan ejen2 di setiap daerah d Sabah. Apa fungsi dia?
  • Boleh arrange bas, penginapan dan makan minum + tiket utk penyokong yang dari luar Kota Kinabalu. Boleh sediakan package dalam RM100/150 untuk itu.
  • Ini memudahkan penyokong Sabahawks di luar daerah untuk datang memberikan sokongan kepada team kesayangan kita setiap minggu.
  • Saiz/kuantiti bas yang ditempah depends kepada jumlah tempahan untuk mengelak pembaziran (bas kosong).

2. Negotiate dengan pengusaha bas, hotel (tia paya yg mahal2) dan restoran untuk purpose Perkara 1 di atas.
  • Dengan adanya persetujuan, perlaksanaan secara constant boleh dilaksanakan secara match-by-match basis. Mungkin juga boleh mendapatkan discount kerana ia membantu promosi syarikat terbabit.
  • Duit yang dijana melalui perlaksanaan ini boleh mendatangkan keuntungan kepada SAFA. Bila duit banyak, lagi banyak benda boleh dibuat.

3. Mewujudkan liga-liga daerah.
  • Perlaksanaan untuk perkara ini memerlukan bajet yang agak besar, kepakaran yang cukup, disiplin yang tinggi dan sokongan daripada pelbagai pihak.
  • Disebabkan oleh kekangan tersebut, mungkin bukan masanya lagi untuk perkara ini dilaksanakan.
  • Namun, sekiranya liga daerah ini dapat direalisasikan, ia dapat memberikan banyak kelebihan kepada pasukan Sabah kerana ramai pemain berpotensi yang dikenal pasti boleh diserap ke skuad Sabah.

Sekian sahaja cadangan untuk setakat ini. Apa-apa ulasan boleh diutarakan di ruangan romen, eh komen. :D

BOLE TAHAN JUGA CADANGAN NI. TAPI KASI NAIK DULU SABAH PIGI LIGA SUPER

.za8vdsar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...