~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

16 December 2017

First post in 2017, by AM Rusl.

Hari ini 16 Disember 2017. Hanatttt! Lagi 2 minggu tahun baru 2018, ni post pertama. Bulan Disember yang sangat sibuk bagi kelab-kelab BPL. Diorang ni lain kan, time maw raya tu la masa paling sibuk kaw kaw.

Malaysia ni lain, macam-macam raya dan masa tu la semua nak cuti main bola. Hasilnya, gara-gara terlebih ketupat, rendang, lemang, nasi impit, buras, kuih bulan, chapati dan segala macam makanan, prestasi pun ke laut lepas tu.

Sampai bila mau berubah? Harap TMJ lakukan perubahan.

Musim Liga Malaysia kini dalam pra-musim dengan semua pasukan sibuk memantapkan pasukan masing-masing.

Sabah? Masih mengekalkan Julius Ating yang cemerlang selepas dilantik pertengahan musim lepas. Pemain veteran Ronny Harun dan Mafry Balang juga kembali untuk berlatih bersama-sama pasukan Badak, akan dinilai samada akan diberikan kontrak atau tidak.

Mafry dan Ronny menjalani latihan. Kredit Stadium Astro

Kami harap pemilihan pemain terutamanya pemain import dapat dibuat dengan teliti. Jangan sekadar tangkap muat, ambil pemain buangan atau mengenyangkan ejen sahaja. Pengumuman FMLLP baru-baru ini, kuota 4 pemain import dikekalkan untuk pasukan Liga Premier.

Dengan Felda United yang cemerlang di Liga Super diturunkan ke Liga Premier kerana gagal mendapatkan lesen FAM, tugas Sabah dilihat semakin sukar untuk kembali ke Liga Super.

Namun kami warga Sabah mengharapkan keajaiban dapat dihasilkan oleh Julis Ating dan anak-anak buahnya. Contohi PKNP, baru ditubuhkan 2015, 2018 sudah bermain di Liga Super.

All the best Sabah!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...