~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

30 December 2011

Sukan dan Kesannya Kepada Alam Sekitar

isu pencemaran alam seperti pencemaran air, udara dan juga bunyi seringkali digembar-gemburkan di media massa. masalah ini semakin meruncing dari masa ke semasa.

oleh itu, di hari Jumaat yang mulia ini, aku ingin mengajak teman2 sekalian untuk berfikir dan merenung seketika, dalam kita bersukan ni, apa yang dapat kita sumbangkan kepada alam sekitar?

aku ada jawapannya. gambar di bawah akan menjelaskan segalanya.


okeh. ini gambar budak2 aku main galah panjang. kenapa diorang main galah panjang d tepi pantai? sebab aku lupa bawa bola untuk jadi permainan budak2 ni. kenapa aku bawa diorang pigi pantai?

sebab aku buat program pembersihan pantai di Tanjung Lipat, Likas. pantai ini terkenal sebagai antara pantai terkotor di Kota Kinabalu. kalau xpercaya, sila tengok lepas Tahun Baru nih. semua jenis sampah korang boleh jumpa.

secara tidak langsung, sukan galah panjang boleh membawa kesan yang baik kepada alam sekitar sekiranya dimainkan selepas program pembersihan pantai.


orait. ini gambar aku di Pulau Mabul. aktiviti sukan aku berubah dari bola sepak ke acara renang dan terjun. renang berirama untuk kaum adam tidak begitu digalakkan untuk menjaga kemaslahatan umat di kawasan Mabul itu sendiri.

Pulau Mabul best. air jernih boleh nampak dasar. dari tingkap homestay pun boleh terjun. tapi adalah dinasihatkan supaya berhati2 semasa mandi manda sebab toilet di Mabul ni adalah laut lepas. direct ke air. ada faham?

beza hujung minggu di KK dan Mabul adalah nyata. di KK, bola sepak menjadi penyeri. di Mabul, Astro B-yond tetap tersergam di rumah air penduduk Mabul, tapi, channel bola tiada. yillek. tum nehi. bukan sukan kegemaran barangkali. maka, semua keputusan terpaksa diupdate melalui sms dan FB free. itu pun terpaksa mengikut keadaan line yang tidak menentu.

kemenangan MU 5-0 menentang Wigan adalah tidak dihairankan. musim Krismas dan Tahun Baru adalah masa di mana MU akan mengganas dan merampas kedudukan teratas BPL tatkala pasukan2 lain terumbang-ambing bak dilanda ribut taufan di Mabul.

kembali ke cerita di Mabul. penduduk di sana power ya Rabbi berenang. dari yg kecil, sampai ke pakcik2. setakat kolam renang saiz Olimpik 50meter, diorang terjun, menyelam sampai ke hujung. bakat2 mereka ini boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

kesannya kepada alam sekitar, kamu orang fikir la sendiri. aku mau rehat2 lepas balik dari bercuti.

malam Tahun Baru 2012 nanti akan menyaksikan MU menentang Blackburn. prediction aku, 3-0 utk MU.


GGMU!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...