~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

10 May 2012

Keberadaan Admin-admin Sekalian


dikhabarkan gempa bumi yang melanda kepulauan Indonesia dan gegarannya dapat dirasakan di Semenanjung Malaysia telah memecah-belahkan admin2 blog terhebat Mukabola. satu laporan tidak rasmi juga menyebut bahawa akibat trauma melihat video budak didera ibu sendiri, admin wanita tunggal mengalami tekanan perasaan dan kesukaran untuk melelapkan mata.

laporan dari Badan Risikan Abdul Mukabola telah mengenalpasti lokasi dan koordinat admin-admin sekaligus merungkaikan rahsia kehilangan mereka sejak akhir-akhir ini.

Ha Fei Z : berada di lokasi perang saudara di tengah-tengah metropolitan Kuala Lumpur. sesekali dilihat di kawasan rumah urut sekitar Bangsar, Bukit Bintang & Balakong.

Halu Zal : selalu dilihat berulang alik dari Telupid ke Inanam. sesekali dikesan di kawasan Kg. Likas terutamanya pada malam bulan mengambang dengan membawa joran & pancing.

Kaede_Pique : selepas kekalahan MU kepada Man City tempoh hari, beliau dilihat sering berlegar-legar tanpa motif yang nyata terutamanya ke kawasan tanah tinggi, pulau-pulau & tepi pantai.

Za8 VDSar : peranti pengesan haba mendapati beliau sering berlegar-legar di kawasan tepi pantai selama berjam-jam. sering juga dikesan ke pasar untuk membeli ikan basung, sotong & udang.

awie ferdinand : didapati tidak bergerak hampir satu bulan di kawasan yang dikelilingi air. cuma sekali sekala pergi ke mall untuk membeli nasi lemak & coklat untuk bekalan makanan.

jali great : sejak menimang anak pertama, kelibat belau jarang dikesan di luar rumah. komitmen kepada rumah tangga membataskan beliau untuk menghadap komputer. tetapi beliau masih ada masa ke laut untuk memancing dan bermain futsal.

mohdfurqan aka Sang Pemimpi : masih bermimpi di siang hari barangkali. langsung tidak dapat dikesan walaupun kami mendapat bantuan dari pihak Pentagon, US.

Dang Halus : "kalau aku jumpa mamanya budak tu, aku tampar-tampar tu!!" ujarnya dengan nada sedikit hampa setiap kali didekati. mujur ada suami penyayang mampu menenangkan keadaan.



ok. sebenarnya saya tipu ja cerita di atas ni. huahuahuahua



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...