~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

27 June 2012

Cerita Scene Bola Dalam Negeri

dalam pada kita sibuk berjaga malam semata-mata xmau melepaskann perlawanan EURO yang sedang hangat berlangsung sekarang ni, ada baiknya kita jenguk2 situasi bola sepak dalam negara dahulu sebagai pemanas badan untuk malam ini.

sejak dari cuti panjang Liga Super tempoh hari, aku langsung xtahu bila perlawanan yang melibatkan pasukan Sabah akan bermain. adakah liga dihentikan untuk memberi penghormatan kepada kejohanan Eropah? adakah pemain2 tempatan diberi pelepasan untuk melayan bola di depan kaca tv?

jawapan kepada soalan ini terjawab hampir dua minggu lepas apabila aku dikejutkan dengan berita bahawa pasukan Sabah dibelasah 9-0 SEMBILAN KOSONG di tangan pasukan Singa XII di Jalan Besar.

di hari yang sama, aku tengah bersantai di Kolam Air Panas Poring. sempat jugak terserempak dengan kapten pasukan Sabah, Reithaudin Emran di sana tapi aku buat donno ja. sebab tu aku ingat Liga Super tengah cuti. rupanya mereka diayamkan oleh negara jiran di seberang tambak. ish3

sejurus selapas itu, Justin Ganai dilucutkan jawatan head coach Sabah. ada ura2 Scott mau handle. tapi belum ada kata putus.

next game, kalah lagi di tangan PKNS Selangor 0-4 di tempat sendiri. keadaan menjadi semakin serius. Sabah terperosok ke tangga ke-2 terakhir, dalam zon penyingkiran. agak2 kalau guna undian SMS, pasukan Sabah xkan dapat tempat teruk begini. kalau xpercaya, tanya Caroline Mentor n Stacy AF. kah3

next game di Kelantan, ada  peningkatan walaupun kalah 2-0.

dan semalam, pasukan Sabah berjaya mendapat kemenangan yang ditunggu-tunggu, menjinakkan pasukan yang bergelut dengan penyingkiran iaitu Kedah dengan jaringan 1-0.

sekarang ni bising pasal pemain makan rasuah sehingga ada beberapa nama pemain dikaitkan. jika betul, sila laporkan kepada badan berkuasa. rentang banner segala pun xdapat selesaikan masalah. kenal pasti punca kemerosotan prestasi. kalau pengurusan xcekap, SAFA mesti bertanggungjawab. kalau coach salah strategi, COACH mesti bertanggungjawab. kalau peluang banyak tapi xscore, PEMAIN mesti bertanggungjawab.

ok, aku lapar ni. nanti lepas makan aku sambung membebel.

bai.

Demam EURO 2012

gambar ditaja oleh sportsjustnow.com


edisi kali ini diadakan di Poland dan Ukraine, dua pasukan yang langsung tidak lepas ke pusingan ke dua, menemani pasukan Belanda.

kali ini peringkat separuh akhir menjadi taruhan kepada kaki-kaki judi untuk mendapatkan pendapatan lumayan hasil dari betting mereka. perlawanan adalah seperti berikut:

PORTUGAL vs SPAIN

GERMANY vs ITALY

fakta menarik : ada kemungkinan kita akan menyaksikan replay perlawanan peringkat kumpulan di final nanti (GERMANY vs PORTUGAL atau SPAIN vs GERMANY)

sebagai penyokong PORTUGAL, aku tidaklah meletakkan harapan tinggi kepada pasukan samba Eropah ini memandangkan lawan mereka nanti bukan kecil2 anak. Spain merupakan pasukan no.1 dunia sekarang, so mereka adalah pasukan favorite untuk memenangi perlawanan malam ini.

tapi, jangan sangka Portugal ni team anak ayam. team ni power ok. ada Nani, Ronaldo, Mereiles, Pepe dan rakan2.

Prediction aku, Portugal 1-0 Spain. siapa peminat Spain, sila terjun longkang sekarang.

Siapa mau betting, sila place bet macam prediction aku ni. pasang paling kurang rm20k. baru masyuk.


kbai.


25 June 2012

Perpindahan Menarik Musim Panas

Di mana salah dan silapnya blog terhebat ini sehinggakan admin2 semua menyepikan diri?

oleh itu, sebagai admin yang bertanggungjawab, ada beberapa perkara menarik ingin saya kongsikan di sini.

1.  Pemain midfield menyerang antarabangsa Jepun, Shinji Kagawa semakin hampir untuk menyertai pasukan paling power di Bimasakti iaitu Manchester United. beliau dijangka akan tiba di Manchester Jumaat ini untuk medical checkup dan mengisi borang untuk mendapat permit kerja di England.

Worst case scenario adalah apabila permit kerja beliau tidak diluluskan kerana syarat2 yang ketat dan Sir Alex terpaksa membuat rayuan kepada FA England berserta dengan duit bawah meja dalam sampul. biasanya lepas hulur duit kopi, lulus lah tu.


terkenal dengan gerakan ninja wind walk yang membolehkan beliau berjalan di udara dan berguna untuk perebutan bola lambung.

2.  Dan seperti yang telah dijangkakan, Eden Hazard telah menyertai pasukan yang menggunakan jersi warna biru iaitu Chelsea. ok lah tu masuk team bawahan liga. karang masuk team power, culture shock pulak kan. 4, 5 tahun lagi dah main power tu, boleh la angan2 masuk team lagi power. keh3

ketibaan Hazard ke Chelsea diiringi dengan pembelian Marko Marin dari kelab Werder Bremen. nampaknya trend kelab BPL sekarang ni shopping dekat Jerman. orang kata enjin buatan Jerman ni power. aku sendiri pernah rasa!!

3.  Manakala hero Champions League Final, Didier Drogba dilaporkan telah menandatangani kontrak dengan kelab China, Shanghai Shenghua. ini selepas kelab tidak menawarkan kontrak sambungan kepada beliau di samping tarikan China Doll yang sukar untuk dielakkan.


Satu fakta menarik mengenai perpindahan ini adalah Drogba berpeluang untuk bertemu Manchester United dalam satu perlawanan pra-musim yang diadakan di Shanghai. Menarik2!!

4.  EURO ni kamurang sokong team mana? aku sokong Belanda @ Netherlands. memandangkan Holland keluar awal, maka tiada lah review, preview dan post mortem untuk pasukan ini.

next team aku, Portugal. keh3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...