~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

27 June 2012

Cerita Scene Bola Dalam Negeri

dalam pada kita sibuk berjaga malam semata-mata xmau melepaskann perlawanan EURO yang sedang hangat berlangsung sekarang ni, ada baiknya kita jenguk2 situasi bola sepak dalam negara dahulu sebagai pemanas badan untuk malam ini.

sejak dari cuti panjang Liga Super tempoh hari, aku langsung xtahu bila perlawanan yang melibatkan pasukan Sabah akan bermain. adakah liga dihentikan untuk memberi penghormatan kepada kejohanan Eropah? adakah pemain2 tempatan diberi pelepasan untuk melayan bola di depan kaca tv?

jawapan kepada soalan ini terjawab hampir dua minggu lepas apabila aku dikejutkan dengan berita bahawa pasukan Sabah dibelasah 9-0 SEMBILAN KOSONG di tangan pasukan Singa XII di Jalan Besar.

di hari yang sama, aku tengah bersantai di Kolam Air Panas Poring. sempat jugak terserempak dengan kapten pasukan Sabah, Reithaudin Emran di sana tapi aku buat donno ja. sebab tu aku ingat Liga Super tengah cuti. rupanya mereka diayamkan oleh negara jiran di seberang tambak. ish3

sejurus selapas itu, Justin Ganai dilucutkan jawatan head coach Sabah. ada ura2 Scott mau handle. tapi belum ada kata putus.

next game, kalah lagi di tangan PKNS Selangor 0-4 di tempat sendiri. keadaan menjadi semakin serius. Sabah terperosok ke tangga ke-2 terakhir, dalam zon penyingkiran. agak2 kalau guna undian SMS, pasukan Sabah xkan dapat tempat teruk begini. kalau xpercaya, tanya Caroline Mentor n Stacy AF. kah3

next game di Kelantan, ada  peningkatan walaupun kalah 2-0.

dan semalam, pasukan Sabah berjaya mendapat kemenangan yang ditunggu-tunggu, menjinakkan pasukan yang bergelut dengan penyingkiran iaitu Kedah dengan jaringan 1-0.

sekarang ni bising pasal pemain makan rasuah sehingga ada beberapa nama pemain dikaitkan. jika betul, sila laporkan kepada badan berkuasa. rentang banner segala pun xdapat selesaikan masalah. kenal pasti punca kemerosotan prestasi. kalau pengurusan xcekap, SAFA mesti bertanggungjawab. kalau coach salah strategi, COACH mesti bertanggungjawab. kalau peluang banyak tapi xscore, PEMAIN mesti bertanggungjawab.

ok, aku lapar ni. nanti lepas makan aku sambung membebel.

bai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...