~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

25 June 2012

Perpindahan Menarik Musim Panas

Di mana salah dan silapnya blog terhebat ini sehinggakan admin2 semua menyepikan diri?

oleh itu, sebagai admin yang bertanggungjawab, ada beberapa perkara menarik ingin saya kongsikan di sini.

1.  Pemain midfield menyerang antarabangsa Jepun, Shinji Kagawa semakin hampir untuk menyertai pasukan paling power di Bimasakti iaitu Manchester United. beliau dijangka akan tiba di Manchester Jumaat ini untuk medical checkup dan mengisi borang untuk mendapat permit kerja di England.

Worst case scenario adalah apabila permit kerja beliau tidak diluluskan kerana syarat2 yang ketat dan Sir Alex terpaksa membuat rayuan kepada FA England berserta dengan duit bawah meja dalam sampul. biasanya lepas hulur duit kopi, lulus lah tu.


terkenal dengan gerakan ninja wind walk yang membolehkan beliau berjalan di udara dan berguna untuk perebutan bola lambung.

2.  Dan seperti yang telah dijangkakan, Eden Hazard telah menyertai pasukan yang menggunakan jersi warna biru iaitu Chelsea. ok lah tu masuk team bawahan liga. karang masuk team power, culture shock pulak kan. 4, 5 tahun lagi dah main power tu, boleh la angan2 masuk team lagi power. keh3

ketibaan Hazard ke Chelsea diiringi dengan pembelian Marko Marin dari kelab Werder Bremen. nampaknya trend kelab BPL sekarang ni shopping dekat Jerman. orang kata enjin buatan Jerman ni power. aku sendiri pernah rasa!!

3.  Manakala hero Champions League Final, Didier Drogba dilaporkan telah menandatangani kontrak dengan kelab China, Shanghai Shenghua. ini selepas kelab tidak menawarkan kontrak sambungan kepada beliau di samping tarikan China Doll yang sukar untuk dielakkan.


Satu fakta menarik mengenai perpindahan ini adalah Drogba berpeluang untuk bertemu Manchester United dalam satu perlawanan pra-musim yang diadakan di Shanghai. Menarik2!!

4.  EURO ni kamurang sokong team mana? aku sokong Belanda @ Netherlands. memandangkan Holland keluar awal, maka tiada lah review, preview dan post mortem untuk pasukan ini.

next team aku, Portugal. keh3

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...