~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

21 December 2012

Perpindahan Musim Sejuk - Khabar Angin

Bertemu kita sekali lagi dalam ruangan Khabar Angin.

pada kita dihidangkan dengan aksi Piala AFF Suzuki, mari kita jenguk khabar angin perpindahan pemain yang bermula Januari ini.

Walaupun pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson telah menegaskan bahawa team paling power tidak akan berbelanja musim sejuk ini, khabar angin tetap mengaitkan beberapa pemain yang berpotensi untuk menguatkan skuad menjelang awal tahun depan.

1. Robert Lewondowski

dengan prestasi memberangsangkan bersama Dortmund musim lepas, sasaran lama United ini kembali dengan gol ke-10 beliau untuk mengekalkan Dortmund di persada liga Jerman. Pemain antarabangsa Poland ini adalah tunjang serangan dengan penyudah tajam dan bijak mencari ruang di dalam kotak penalti.

Tetapi dengan barisan penyerang yang dimiliki United musim ini yang dibarisi oleh bintang hebat seperti RVP, Rooney, Welbeck & Cikurita, perpindahan Lewandowski mungkin tidak akan menjadi kenyataan.
berbekalkan rupa paras persis seorang pengurus bank, kehebatan beliau tidak perlu dipertikaikan lagi.

2.Wesley Sneijder

Khabar angin mengenai perpindahan pemain berbakat ini sudah berlarutan sejak dari Piala Dunia 2010 lagi. Playmaker antarabangsa Belanda ini diuar-uarkan akan menjadi pengganti terbaik kepada Paul Scholes yang diberitakan akan bersara pada penghujung musim ini. 

Dengan midfield Manchester United yang kekurangan kreativiti sekarang ini, pembelian Sneijder dilihat sebagai tonik terbaik dalam menghadapi baki saingan BPL dan UCL yang masih panjang.

baik main dekat MU la bro, Inter lemah la ni.

Manchester City seperti biasa memasang angan-angan untuk membeli semua pemain terhebat apabila khabar angin mengatakan mereka berminat dengan CR7 dan Coentrao dari Real Madrid. nasihat aku untuk diorang ni, sudah-sudah la tu berbelanja. Baru kalah sekali dengan MU takkan melatah kot. kakakaka

Arsenal yang dikemudi Wenger pula dikhabarkan mempunyai duit poket sebanyak 50juta pound untuk membeli pemain baru. Dan seperti biasa, sebagai sebuah feeder club, Wenger dijangka akan membeli pemain-pemain muda untuk digilap bakat dan dijual bila jadi power nanti. kakakaka

Chelsea pula meneruskan rentak mereka seperti biasa dengan mendapatkan pengurus baru, iaitu bekas pengurus Liverpool yang telah menjadikan Liverpool sebagai sebuah kelab yang bertapak di Istanbul. Ini adalah salah satu pencapaian terbaik Chelsea yang sebelum ini berjaya mendapatkan Mourinho, Ancelotti, Scolari dan de Matteo. kakakaka


Manakala Liverpool.....





+

+

+

+

+

+

+

+

+







GGMU!!

p/s : Selamat Hari Natal kepada semua yang menyambutnya. Yang beragama Islam, jangan pulak join moginum dengan alasan kebebasan beragama. Aku tampar karang.


1 comment:

furqanmasmin said...

cilaka...siapa yg ckp2 psl liverpool tu ar....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...