~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

06 October 2011

Owen Hargreaves - Perjalanan Pertama

tajuk macam bagus. heh..heh..heh

perjalanan karier bolasepak pemain kelahiran Calgary, Alberta, Kanada ini penuh dengan ranjau berliku, layak masuk Bersamamu edisi injury. beliau sangat terdesak untuk beraksi selepas disahkan sembuh sehinggakan pada satu tahap, beliau sanggup menawarkan dirinya untuk bermain secara percuma untuk pasukan Manchester United bagi menunjukkan bahawa beliau masih boleh dipakai.

penyakit misteri apakah yang melanda pemain ini sampai dia menghabiskan lebih masa di atas bawah jagaan pakar fisioterapi berbanding masa beraksi dipadang?

sejarah karier - beliau memulakan karier profesional beliau di Jerman pada usia 16tahun dengan kelab gergasi, Bayern Munich selepas bermain di peringkat remaja di Calgary Foothils. tahun 2001/02 menyaksikan beliau melonjak dari seorang pemain muda kepada kesebelasan utama pasukan Bayern.

zaman kegemilangan di Bavaria

pencapaian beliau di Allianz Arena sangat memberangsangkan dengan mengumpul empat trofi liga Jerman, dan sebiji medal Juara Eropah dan ini meyakinkan Sir Alex Ferguson membeli beliau dengan harga 17juta pound pada 1 Julai 2007.

pernah diramas oleh Hargreaves

sempat menapau sebiji trofi Liga Juara

berhijrah ke pekan Manchester (the real one)

apa yang nampak cerah pada paginya tidak semestinya berkekalan hingga ke petang.

musim pertama dilalui dengan hasil yang memberangsangkan, memenangi Liga Inggeris dan Juara Eropah, termasuk menjaringkan gol kemenangan menentang musuh utama Arsenal di Old Trafford. ini antara kenangan manis sepanjang beliau berada di OldTrafford. sempat juga beliau merasa meramas piala atas titik peluh beliau sendiri.

sempat juga Fabregas merasa penangan Hargreaves ni

meramas trofi BPL

kenangan Final Moscow

kecederaan semasa d MU - malangnya, kecederaan lama yang dialami sejak di Bayern lagi kembali menghantui beliau. bermula dengan kecederaan patah tulang fibula di kaki kiri berpunca dari satu tackle keras daripada pemain lawan, dan di sinilah bermulanya 'domino effect' yang memaksa beliau duduk di bangku penonton selama hampir 2 tahun. kecederaan itu melarat ke patella tendon di lutut semasa beliau memecut dalam latihan seterusnya mencederakan quadriceps beliau.


budak fisio tolong explain

semua ini terjadi tanpa disedari dan selepas latihan, lutut beliau akan membengkak. beliau pernah mencuba suntikan penahan sakit dan menelan painkiller sebanyak 5, 6 biji sekali tetapi ini telah menjadikan kecederaan beliau semakin teruk.

beliau meneruskan usaha untuk mencari pakar yang boleh meyembuhkan kecederaan beliau yang serius, dan usaha ini membawa beliau ke Sweden, bertemu Hakan Alfredson. hasil diagnosis yang dilakukan, Hakan mencadangkan Owen untuk menjalankan pembedahan dan memberi jaminan yang pembedahan ini akan berjaya 80%.

dari Sweden, beliau ke Colorado untuk bertemu Richard Steadman, seorang pakar bedah lutut yang terkenal untuk manjalani pembedahan. pembedahan pertama dibuat di lutut kanan dahulu dan selang hampir setahun kemudian, lutut kiri beliau pula dibedah. semuanya untuk memastikan pembedahan ini membuahkan hasil yang diharapkan.

MU membayar hampir semua kos perubatan beliau dan usaha itu mula membuahkan hasil. 18bulan adalah masa yang diambil oleh beliau untuk kembali pulih dan beraksi sekali lagi. ujian pertama, menentang Wolves dan beliau diturunkan dalam kesebelasan utama.

malang sekali lagi, beliau hanya bertahan selama lima minit di atas padang. hamstring beliau telah koyak semasa cuba untuk mengejar bola. kecewa bercampur sedih, beliau meninggalkan padang dengan berat hati. segala usaha beliau selama 18bulan mendatangkan hasil yg tidak seperti yg dijangka. kesudahannya, beliau tidak disertakan di dalam skuad England untuk menghadapi Piala Dunia 2010.

melangkah keluar padang dgn berat hati ketika bertemu Wolves

ok. idea hampir kering. kita sambung di bahagian kedua.


chow.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...