~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

31 March 2012

Pra-Tonton - Malam Ini...

aku tapau dari twitter Amy.

masih ingatkah ingatkah anda Final Piala Malaysia 1996 antara Sabah dan Selangor? perlawanan epik antara dua gergasi bolasepak zaman 90an. pasukan Borneo pertama melangkah ke pentas final bertemu juara yang entah kali ke berapa, pasukan gergasi merah gelarannya.

perlawanan yang dramatik. cukup dramatik hingga aku masih ingat betapa leganya aku apabila Khairul Azman menyelamatkan sepakan penalti Mehmet Durokovic dalam masa tambahan sudden death, golden goal. tapi akhirnya penentuan sepakan penalti tidak menyebelahi pasukan Sabah apabila Burhan Ajui menyepak sipi di tepi tiang gol, dan aku masih ingat betapa kecewanya aku masa itu.

ingat ka tidak ni?

siapa tidak ingat, maknanya dia lahir tahun 1990+. masih mentah. keh3

tapi, itu cerita lebih 15 tahun lepas.

sekarang, kedudukan Selangor dalam liga adalah di tangga ke 6 manakala Sabah di tangga ke 8. perbezaan tiga mata. kemenangan malam ini adalah sangat diharapkan agar kita terus bersaing di kelompok teratas liga. prestasi kedua2 pasukan juga dilihat terumbang ambing di mana dalam perlawanan sebelum ini, Sabah kalah besar 6-3 kepada Terengganu manakala Selangor hanya mampu seri 2-2 dengan LionsXII.

ada orang tanya, "MP, W, D, L, F, A di kepala liga tu apa benda?"

jawapannya, "sini kau aku tampar. tengok bola tapi benda basic pun xtau"


melihat sifir ini, pasukan Sabah mempunyai harapan untuk mendapat 3mata penuh walaupun dari segi barisan pemain, Selangor mempunyai kelebihan dengan menampilkan beberapa pemain kebangsaan seperti Safiq Rahim, Asrarudin dan Amirulhadi. Sabah pula dijangka mengharap sentuhan Amy, Shahrudin dan Baird.

MAN TO WATCH

Selangor: Safiq Rahim

Sabah: Rozaimi @ Amy

malam ini, kita ramai penuhkan Stadium Likas, bagi sokongan penuh kepada Sabahawks, dan berdoa agar pasukan kita mencapai kemenangan.

kepada pemain, main betul2, guna otak, sentiasa tenang, jangan tidur, cuba cari gol.

jumpa di Stadium Likas.

PREDICTION: SABAH 1 - 0 SELANGOR.



kbai

29 March 2012

Aksi Antarabangsa di Likas - Sejarah Tercipta

pentas Liga Super yang direhatkan selama 1minggu hampir2 membuat peminat2 bola sepak di seluruh Malaysia mati kutu, hilang punca dan yang paling teruk, hilang selera makan nasi. untuk melepaskan gian, siaran bola sepak Eropah di television menjadi alternatif, tidak kurang juga yang beralih menonton perlawanan kompetetif peringkat daerah dan peringkat kampung masing.

untuk yang menyokong kerana pengaruh rakan sebaya, mereka mencari alternatif di refleksologi tapi aktiviti yang dijalankan masih tidak dapat dikenalpasti.

aku tenang ja layan movie di rumah. keh3

tapi penduduk di Sabah lebih bertuah kerana jurulatih pasukan Harimau Malaya telah memilih pasukan Sabahawks sebagai rakan sparring mereka untuk menguji kemampuan pemain-pemain kebangsaan. tarikh yang dipilih adalah pada tanggal 24 Februari 2012. maka, berseri2 lah muka peminat2 yang pergi membeli tiket di stadium seawal jam2 petang.

aku beli tiket jam4. escape kerja. keh3.

perlawanan ini merupakan satu momen bersejarah kerana inilah kali pertama pasukan kebangsaan memilih pasukan Sabah untuk mengadakan perlawanan persahabatan. perlawanan ini juga menjadi lebih bermakna kerana seorang pemain Sabah iaitu Shaharudin Yakup@Buncoi telah menerima panggilan untuk berlatih bersama skuad kebangsaan.

dengar2 Buncoi ni sudah bertunang dengan budak sekolah aku dulu. bak kata orang2 tua, di belakang mamat yang berjaya, ada seorang wanita yang mendorongnya. kadang2 lebih dari seorang.

ok. makin panjang taip, makin mengarut pulak aku ni.

kita direct to the point.

pemain2 sedang memanaskan enjin

perlawanan malam itu dimulakan tepat jam 8.15 waktu tempatan. penonton yang hadir mencecah 20,ooo orang. stadium penuh. pertama kali dalam sejarah hidup aku lepas jadi orang berguna ni nampak kejadian sebegini berlaku di Stadium Likas. bersama admin Ha Fei Z yang datang ke KK semata2 untuk perlawanan ini, Halu Zal n awie ferdinand, kami memilih tempat di sebelah North Borneo Ultras. berbekalkan sebungkus buah-buahan tempatan yang dipanggil "mata kucing", kami menonton dengan penuh rasa teruja.

mata kucing satu kilo 5ringgitttt!!!!

pasukan Sabah menguasai hampir keseluruhan babak pertama dengan meninggalkan pasukan kebanngsaan dihadkan peluang hanya melalui counter attack. beberapa peluang keemasan dicipta tetapi pemain Sabah gagal menemui sentuhan penyudah untuk merobek gawang Harimau Malaya. Buncoi yang memulakan perlawanan di sayap kanan dirantai pergerakannya dengan kemas oleh Alto Linus.

semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh pasukan Sabah ini mungkin kerana ingin menunjukkan keupayaan mereka kepada Dato' Rajagobal dengan harapan mereka akan dipillih menyarung jersi kebangsaan. separuh masa pertama berakhir seri tanpa jaringan.

banyak pertukaran dibuat pada separuh masa ke-2 oleh pasukan Sabah dan Harimau. perlawanan kembali rancak dengan beberapa siri serangan dari kedua2 pasukan diselangselikan dengan alunan Ombak Rindu yang dicetuskan oleh NBU. tidak kurang juga admin yang leka menjamah mata kucing tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

"amboi sedapnya mata kucing. apatah lagi kalau free" ujar awie sambil disokong oleh Ha Fei Z

tidak lupa juga pengadil yang subjek kutukan apabila membatalkan 2 gol Sabah kerana offside dan handball.

dan sekali lagi, semasa aku layan ombak, gol pasukan Harimau dijaringkan hasil dari sepakan jarak jauh Bunyamin Omar kalau tidak silap aku, yang menewaskan Irwan Jamil. aku bengang betul la. datang stadium tapi xtengok gol. apadaaaa~


kedudukan 1-0 kekal hingga ke wisel penamat.

sekian. terima kasih.

oh hampir terlupa. sejarah ini lebih hebat dari sejarah yang tercipta dalam gambar di bawah.

bangang. bangang dan bangang lagi. sejarah my a**.


20 March 2012

Fabrice Muamba - Every Prayer Make Him Stronger

Nama Penuh : Fabrice Muamba

Status : Bertunang, anak satu



Asal : Kinsasha, Zaire (sekarang Republik Rakyat Congo)

Tarikh Lahir : 6 April 1988

Pencapaian:

2002 - menyertai akademi Arsenal selepas lulus PMR.
2005 - menandatangani kontrak profesional selepas lulus SPM
2006 - menyertai Birmingham secara pinjaman dan dianugerahkan Pemain Muda Terbaik Tahunan.
2007 - dibeli oleh Birmingham dengan yuran perpindahan 4juta pound.
2008 - dibeli oleh Bolton selepas Birmingham disingkirkan ke Liga Coca-Cola, dengan yuran lebih 5juta pound.
2011 - mewakili skuad England U-21 dalam Kejohanan Eropah di Denmark.
au
2011 - semasa perlawanan Piala FA England antara Bolton dengan Tottenham di White Hart Lane, beliau mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal. perlawanan ditangguhkan.


sumber : Telegraph.uk


dan seluruh dunia berdoa untuk kesejahteraan beliau.



update : Muamba telah sedar dan beransur sihat.

16 March 2012

Gagal gila man utd.. :'-(

Okey kita mulakan ulasan skrg.. fokus epl okeyyy!

1. Cilakak punya bilbao! Power2..

2. Nasib baik aku ttidur...

3. Llorente power.. mo buat camana?

4. Youngster MU perlu pengalaman

5. Pengajaran berguna, JGN PANDANG ENTENG!

6. Hero kalah dulu, next season juara UCL

8. Squad MU yg nda serius di EUROPA

9. We want vidic back!

10. Cilakak!

Peace! Out!

Post julung2 dari awie ferdinand

Selamat tengah malam pembaca mukabola sekalian...

Kalau tidak mengupdate blog pun, apa salahnya diriku menegur sapa pembaca sekalian..

Tengah menunggu match athletic bilbao vs man utd dgn sabar..

Tengah testing update blog pakai henpon...

Makasih!

P/s : mau buat comeback ni.. tunggu artikel ilmiah aku yg seterusnya!

14 March 2012

Sabah vs Kuala Lumpur - Cabaran dan Halangan

semua yang berkaitan dengan bola sememangnya menjanjikan kejutan yang tidak dapat diduga tidak kira pemain bola, penonton, jurulatih, pengurus, makcik yang jual burger di stadium dan tidak lupa bookie.

perlawanan Liga Super di antara Sabah dan Kuala Lumpur yang diadakan pada 14 Februari 2012 serentak dengan sambutan Hari Kekasih juga tidak lepas dari kejutan.

pandangan sisi

perlawanan bermula lancar dengan tuan rumah menyerang kubu pertahanan pelawat dari wisel permulaan. tetapi hanya pada minit ke 36, Amy berjaya memperdaya pertahanan KL dan melepaskan rembatan leret kaki kiri ke kiri tiang gol KL dan meletakkan bola ke jaring.

kedudukan separuh masa pertama kekal 1-0. malangnnya semasa rehat, tiada pula dikesan pasangan yang bermesra di stadium. kalau tidak, konfem Halu Zal orang pertama mengambil video.

ok. ini bukan kejutan yang dimaksudkan.

separuh masa kedua bermula dengan rancak dan tidak sampai 1minit, Sabah menambah gol melalui Baird. aku sudah lupa melalui tendangan atau tandukan. mohon pencerahan dari admin2 dan pembaca2 lain. yang aku ingat, masa gol tu aku tengah layan Ombak Rindu yang dicetuskan oleh North Borneo Ultras. celaka.

hati2. mereka bisa menghilangkan fokus anda dan menyebabkan anda terlepas aksi2 menarik.

dalam keghairahan Sabah memburu gol ke-3, tiba-tiba lampu limpah di Stadium Likas terpadam dengan sendirinya.

pemain terus berhenti passing bola.

pengadil serta merta menghentikan permainan.

pengurus segera mengarahkan anak buah mereka ke tepi padang untuk memberikan kata2 semangat penuh keinsafan.


makcik jual burger terpinga2.

anggota polis dan RELA yang berkawal terus hilang punca.

penonton yang tadinya sibuk main Ombak Rindu terus menjerit menyalahkan SAFA yang didakwa tidak membayar bil elektrik.

tidak kurang yang memaki SESB.


bagi yang berpasangan, aku syak diorang. . . . . . . . ahh kamu faham2 la sendiri.

mungkin ini kejutan yang ingin diberikan oleh SAFA sempena Hari Kekasih. siapa tahu?


selang 15 minit di dalam kegelapan dan kekecohan, lampu limpah kembali menyala sedikit demi sedikit dan selepas mendapat clearance dari petugas2 perlawanan, perlawanan disambung.

kedudukan tidak berubah sehingga wisel penamat dan Sabah mendapat 3mata penting dalam usaha memanjat carta liga.


sekian saja dari saya.

jumpa lagi di lain hari.



12 March 2012

Sabah vs Kelantan 8.2.12

Stadium Likas. anggaran penonton : 10,000 orang.

Keputusan :

seri 0 - 0.

Ulasan:

pasukan tuan rumah bermula garang dengan beberapa percubaan yang gagal disudahkan oleh Baird dan Bobby. kecekapan penjaga gawang Kelantan, Apex juga tidak dapat dinafikan dengan beberapa aksi mantap dan kemas di depan pintu gol. Kelantan juga berjaya mengatur beberapa serangan balas yang hampir membolosi pintu gol Sabah. Sabah berjaya mengawal permainan sehingga babak pertama berakhir.

separuh masa kedua bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas2 serangan untuk mencari gol pertama. aksi menarik ini diselang-selikan dengan alunan Ombak Rindu yang dimulakan oleh North Borneo Ultras yang tidak henti2 melaungkan chant2 semangat termasuk lagu "lelelelelele ooohh ooohhh" yang berjaya membuat aku memaki dalam hati.

penghujung permainan menjanjikan debaran yang lebih hebat apabila pemain gantian Sabah iaitu Leopold berjaya melepasi perangkap offside tetapi malangnya rembatan kaki kanan beliau sekadar singgah di pinggiran tiang yang memilukan. kekecewaan ini ditebus oleh penonton dengan menjadikan balapan di Stadium Likas sebagai tempat pembuangan sampah sambil anggota polis menggeleng2 kepala tanda tidak setuju. makcik2 cleaner dikatakan sudah menyumpah seranah menyaksikan kotoran yang berada di balapan.

keputusan seri sudah cukup untuk Sabah memecahkan rekod kemenangan 100% dalam Liga Super dan mencuri 1 mata berharga dari juara bertahan ini.

seterusnya, sila layan gambar2 live yang diambil dari lensa kamera posisi tempat duduk murah. hehehe

pemain2 sedang warming-up

pemain2 Sabah sedang mengukur padang

pemain2 Kelantan sedang bergurau-senda

inilah barisan kita yang ikhlas berjuang. aii.. macam salah lagu.

keputusan muktamad. kelihatan botol2 plastik melekat di scoreboard. hahaha

muka monok sebab tiada gol


sekian dari saya untuk laporan untuk kali ini.

sekian.

kbai.


11 March 2012

Selagi...

aku xjumpa lagi kabel jahanam tu. kali ni kabel projektor aku pulak hilang.

selagi aku xjumpa kabel HP nih, aku xmau up post.

aku serius ni.

serius.

kenapa? minta tampar?

kbai.

05 March 2012

Project Sticker Kereta Sabahawk!

klik untuk tumbesaran

Admin sudah bincang dengan staff Sabah FA pasal project sticker kreta ni. Pasal pembayaran royalti etc2. Jadi sikarang tinggal mau pilih mana design yg terbaik utk di'finalize'kan sebelum proses pencetakan dan produksi.

Saya perlukan komen-komen tambahan utk tujuan pembaikan dan untuk mengutip pungutan suara yg mana paling ramai urang suka. Sekian.

04 March 2012

Gol pertama pasukan Johor FC v Sabah - Silap siapa?


bah, suda tingu? kamurang klik seja video embedded d atas ni..

apa sa mau bilang di sini bukannya mau kritik sapa2 tapi utk pembaikan seja..

ini gol yg sgt mudah bagi Johor FC (JFC), yg mudah juga untuk dielakkan gol ni daripada berlaku.

RONNY HARUN, ini la pemain no.4 tu.. takanan sia tinguk oo.. kenapa dia langsung xchallenge bola atas tu? tengok ja? berat pantat ko oo.. org d video ni pun takanan juga macam sa.. keeper mmg xbyk bole buat utk selamatkan bola tu..

.

Nasib baik la manang, kalo nda abis si Ronny ni kena antam oo oleh peminat..

Sabah melonjak ke tangga ke-6 Liga Super

Kemenangan 2-1 skuad Sabah ke atas pasukan kelab Johor FC malam tadi sudah cukup untuk melonjakkan kedudukan Sabah ke tangga ke-6 Liga Super.

Jaringan Sabah dilakukan oleh pemain kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman dan juga Shahrudin Yakup, manakala jaringan Johor FC pulak dijaringkan oleh penyerang import, Arthur Hendrick.

Dengan kedudukan ini, Sabah kini mengatasi pasukan yang berprofil lebih tinggi seperti Negeri Sembilan dan Selangor yang masing-masing menduduki tangga ke-7 dan 8 liga.

Kedudukan ini akan kekal bagi sekurang-kurangnya 13 jam lagi seandainya pasukan Negeri Sembilan, yang akan berkunjung ke Kota Bharu utk menentang Kelantan malam ini, gagal meraih sebarang mata. Sekiranya menang ataupun seri, Negeri Sembilan akan melonjak 1 tangga mengatasi pasukan Sabah.

Untuk baki 4 perlawanan pusingan pertama Liga Super 2012, Sabah menghadapi tugas getir apabila akan berdepan dengan pasukan Terengganu, Selangor, Perak dan juga Negeri Sembilan. Rujuk jadual perlawanan di sini.

Keputusan perlawanan lain:
Kedah 1 - 0 Selangor
Kuala Lumpur 0 - 1 Terengganu
PKNS 2 - 2 Perak
T-Team 1 - 0 Sarawak

Untuk pengetahuan, perlawanan ini adalah perlawanan terakhir Rozaimi untuk skuad Sabah sebelum melaporkan diri untuk bersama skuad Harimau Muda 7 Mac ini. Skuad Harimau Muda beraksi di Liga Singapura dan Kelayakan Olimpik 2012. Selamat maju jaya kami ucapkan. Harumkan nama Sabah, timba sebanyak mungkin pengalaman untuk dibawa balik ke Sabah nanti.

Jadual Penuh Perlawanan Pasukan Sabah Musim 2012 [UPDATED!]

.: Liga Super Musim 2012 :.

First Round

10 Jan : vs KL Felda United, Std Hang Jebat, Melaka jam 4.45 ptg KALAH 0-2 (3 disallowed goals)

14 Jan : vs Sarawak, Std Likas, jam 8.15 mlm MENANG 2-1

17 Jan : vs T-Team, Std Sultan Nasiruddin Shah, jam 8.45 mlm SERI 0-0 (Ade live tapi xjadi)

21 Jan : vs Lions XII FC, Std Likas, jam 8.15 mlm KALAH 0-1

28 Jan : vs PKNS, Std MBPJ, jam 8.45 mlm SERI 2-2

8 Feb : vs Kelantan, Std Likas jam 8.15 mlm SERI 0-0

11 Feb : vs Kedah, Std Darulaman, jam 8.45 mlm SERI 2-2



14 Feb : vs KL, Std Likas, jam 8.15 mlm MENANG 2-0

19 Feb : vs KL Sime Darby, Std Majlis Perbandaran Selayang, jam 4.45 ptg (Piala FA) KALAH 2-0

24 Feb : vs Malaysia, Std Likas, jam 8.15 mlm (Friendly) KALAH 0-1

3 Mac : vs Johor FC, Std Likas, jam 8.15 mlm MENANG 2-1


17 Mac : vs Terengganu, Std Sultan Nasiruddin Shah, jam 4.45 ptg >>>>>> NEXT <<<<<<

31 Mac : vs Selangor, Std Likas jam 8.15 ptg

7 April : vs Negeri 9, Std Paroi, jam 8.45 ptg

14 April : vs Perak, Std Likas, jam 8.15 ptg


Second Round

17 April : vs Perak, Std Ipoh, jam 8.45 ptg

5 Mei : vs Felda, Std Likas, jam 8.15 ptg

12 Mei : vs Sarawak, Std Negeri, Kuching jam 8.15 mlm

15 Mei : vs T-Team, Std Likas, jam 8.15 mlm

16 Jun : vs Lions XII FC, Std Jln Besar, jam 7.45 mlm 

19 Jun : vs PKNS, Std Likas, jam 8.15 mlm

23 Jun : vs Kelantan, Std Sultan Muhamad IV, 8.45 mlm

26 Jun : vs Kedah, Std Likas, 8.15 mlm 

30 Jun : vs K. Lumpur, Std Hang Jebat, 4.45 ptg

3 Jul : vs Johor FC, Std Majlis Perbandaran Johor Bahru, jam 8.45 mlm

7 Jul : vs Terengganu, Std Likas, jam 8.15 mlm

10 Jul : vs Selangor, Std Bukit Jalil, jam 8.45 mlm

14 Jul : vs Negeri 9, Std Likas, jam 8.15 mlm


*Sebarang perubahan tertakluk kpd FAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...