3 DISALLOWED goals? kepala bana punya referee. Kalo ko di Sabah mmg suda kena maki ko oleh peminat.
Aku pun berminat untuk membuat review perlawanan ni (mana admin lain?), tapi nda la aku ni pigi Stadium Hang Jebat di Melaka.. exam bosss. Jadi refer video highlight berita apa ntah, nataw. Jom tengok dulu video ni sebelum start sesi post-mortem. Lalala~
Bah, sudah tengok kan. Rasa milo ka holik? Jadi kita tengok satu2 gol durang ni aa:
Gol 1 (Brendan Gan - Dibatalkan kerana Offside)
Persoalan pertama, betul ka offside? Cek gambar ni pla.
1. Org ni shoot bola.
2. Si Brendan Gan berlari ke hadapan dengan megahnya.
3. Garisan yang selari dengan kaki last defender Felda Utd.
Jadi nda payah cakap banyak la kan. Memang nda offside pun si Brendan Gan ni.
Salah sapa? 3 perkataan: Si linesman bunguk!
Gol 2 (Raimi Mat Noor - Gol pertama Felda Utd)
Ni malas mau cakap banyak, tapi defender Sabah mmg lalai. Keeper x begerak juga. OK
Gol 3 (Yong Kwan Yong - Gol kedua Felda Utd)
Yang ni nampak dengan jelas dan nyata silap si keeper Sabah, Syed Adney. Adoooi, kenapa keluar awal dari gol? Kan suda melumpat macam bodoh sana tu.. Berapa lama suda ko main bola, xkan bola macam tu ko xdpt predict jatuh d mana. Cross org Malaysia ni teda la swing macam bola David Beckham tu, straight jak.
Sepatutnya, stay jak la di goalpost, jauh lagi tu. Tengok, bola masuk gol pun slow ja..
Gol 4 (Bobby Gonzalez - Dibatalkan kerana Offside)
Ok, yang ni memang aku mengaku la yang offside tu memang offside. Tapi tiada gambar yg jelas sangat.
1. Si Bobby Gonzalez. Tengok video tu balik, sebelum bola tu kena rimbat oleh ntah sapa, dia mmg berlari2 anak suda mau stop dekat line tu.
2. Garisan selari dgn defender last Felda Utd, nataw nama dia.
Jadi, mengikut presumption aku, si Bobby mmg offside. no offence.
Gol 5 (Brendan Gan - Bola tidak melepasi garisan gol)
Jangan cakap banyak dulu, tengok gambar ni.
bola kena tiang |
1. Bola melantun dari tanah (punya susah mau pasi print screen, kancang gila tandangan)
2. Tempat bola sepatutnya jatuh (diambil dari garisan lurus arah pergerakan bola)
3. Garisan gol (apa bodoh stadium, garisan pun x jelas)
Ok, part ni la paling susa mau buat sebenarnya, tendangan sgt deras, kena decrease speed video ni sampai 3x. Daripada bukti gambar yang disertakan, memang jelas bola sudah melepasi garisan gol dan ini adalah gol yang sah.
Salah siapa?
1. Linesman sebab tidak nampak dengan jelas bola tu jatuh d mana.
2. Brendan Gan. Kenapa? sebab dia tendang telampau kancang sampai linesman xnampak.
Ok la, daripada ulasan ni, beberapa tindakan perlu diambil oleh pihak yang berkenaan:
1. FAM : Tingkatkan lagi mutu pengadilan. Ni isu lama, tapi dari dulu memang mutu pengadilan Malaysia berada di tahap F. Macamana mau pigi international? Tepuk dada, tanya Sultan Bola.
2. Stadium : Keadaan padang teruk. Garisan macam nampak x nampak. Apa macam oo.
Next game vs Sarawak di Stadium Likas, 8.15 malam. Pastikan orang KK datang. Sapa nda datang, rambut dia gondrong.
"Majulah Sukan Untuk Negara"
p/s : Sabah main best pla laju, macam MU. Go go go~
3 comments:
MEMANG FIRST KLAS PUNYA OBSERVATION GENG........ TAPI APA PUN....GAME PERTAMA TATAP RUYAS...
woi..sabah main petang ka malam?biar batul jam8..
jiprin : bahhh..kasi promo ni blog sama ko punya kawan..
zahid : iya, malam 8.15pm...
kasi la ba admin prilileges..kekekek..baru la dapat tukar header..
Post a Comment