~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

16 June 2011

Segmen Kenali Admin MukaBola #1

untuk edisi pertama ini saya ingin memperkenalkan founder blog yg menggelar dirinya Za8 VDSar. dikatakan beliau masih bujang dan namanya termasuk dalam senarai 100 orang yg paling perpengaruh di dunia, edisi Forbes Julai 2010. sejauh mana kebenarannya, anda boleh cari sendiri. berikut serba sedikit mengenai latar belakang beliau.


semasa beraksi dgn pasukan Uganda U-21.


Nama : Za8 VDSar

Umur : masih muda remaja

Hobi : bermain bola (segala jenis bola)

Posisi : Penjaga Gawang

Kelab : bukan kelab malam

Kenangan Pahit : cinta ditolak oleh Lisa Surihani lantas membawa diri ke US selama 5tahun.

Kenangan Manis : dapat melihat MU main di Bukit Jalil. (siap dpt otograf lagi)

Kelebihan : tangan dan kaki yg panjang (itu baru kaki)

Makanan kegemaran : makanan di kenduri

Minuman kegemaran : sirap / oren di kenduri

Pemain diminati : Edwin Van Der Sar & Khairul Azman.

Impian : menjadi pendidik yg berjiwa rakyat.


pencapaian terbaik beliau di arena sukan adalah menjadi sukarelawan di SUKMA Sabah tahun 2002. beliau juga pernah meraih pingat gangsa acara lompat jauh di Kejohanan Sukan Sekolah2 dan meraih pingat emas dalam permainan dam peringkat sekolah. dalam sukan bola sepak, piala beliau sudah boleh buka muzium. kalau diceritakan satu persatu, 15 juzuk baru khatam. so, kita abaikan sahaja cerita beliau dgn bola.

sekarang beliau berkhidmat sebagai blogger sepenuh masa dan menjadi pengulas jemputan untuk perlawanan melibatkan Sabah di Stadium Likas. tahap ulasan beliau dikatakan lebih power daripada Dato' Hj. Hasbullah Awang.

sekian sahaja Segmen Kenali Admin MukaBola.

kita bertemu di edisi yg ke2 yg menampilkan producer blog, iaitu Halu Zal.


.

3 comments:

Za8 VDSar said...

wah3...pandai2 ja dia ni..aii~

Halu Zal-Sai said...

aaaii.... suma pnjg... kalo ku putung..

Za8 VDSar said...

jgn putung 2 brg,..putung kuku bole..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...