~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

07 July 2011

Selamat Berkhidmat utk Kaede_Pique dan Dang Halus.

tatkala tingkap perpindahan pemain seluruh dunia dibuka dan kelab2 sedang galak mencari pemain2 baru untuk memperkuatkan cabaran mereka musim depan, blog MukaBola juga tidak ketinggalan untuk merekrut admin2 baru yang bertauliah dalam usaha memeriahkan dan memantapkan lagi blog ini dengan entri2 yg menarik. beberapa bakat baru dalam bidang penulisan kreatif telah ditemuduga dan diuji. hasilnya, dua admin baru telah diterima.

di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada Kaede_Pique dan Dang Halus. kedua-duanya admin untuk kem Manchester United. mereka telah ditawarkan kontrak 4tahun setengah bernilai hampir 4juta pound setahun tidak termasuk bonus dan appearance fee. ambil kalkutator dan kira sendiri gaji mingguan mereka.

saya sebagai supervisa besar blog ini ingin berpesan kepada admin2 baru agar dapat menghantar entri2 menarik dan mematuhi arahan dari pihak atasan. ingin juga dicanangkan disini bahawa satu sesi orientasi akan diadakan untuk admin2 baru di Kem Bina Semangat Telupid hujung minggu ini supaya semangat solidariti antara kem dapat dipereratkan dan juga sebagai platform untuk admin2 bertauliah yang lain untuk me'ragging' admin baru.

kepada anda di luar sana yg ingin menyertai kami sebagai admin, sila hantar artikel bertajuk 'Saya Sebiji Bola' tidak lebih dari 500patah perkataan dan hantar ke mukabola.blogspot@gmail.com.

untuk mengakhiri ucapan saya pada hari ini, saya ingin menyampaikan serangkap pantun.


anak singa panjat pokok kelapa,
selamat bertugas kepada admin semua.


terima kasih. salam jumaat.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...