~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

23 May 2011

Ulasan Serius - Ekonomi Negara dan Implikasi Terhadap Bolasepak Negara...

Izinkan aku mulakan entri nie dengan pertanyaan apa sudah jadi? Ya, apa sudah jadi?? (curi tagline post ko apit. sori!~)

Apa sudah jadi sama negara Malaysia kita yang tercinta ini? Minyak bakal naik lagi! dulu kita slamber ja guna minyak mahal RON97 dengan harga yang sederhana... Nda la juga mahal dan nda juga la murah, sedang2 la. Tapi sekarang? Sudala kita guna minyak low quality RON95, mahal gila lagi!

Dan aku beranggapan pembaca mukabola juga berilmiah dengan memahami situasi ini - Bila harga minyak naik, harga barang juga naik mendadak. Stakat konsep begini, kita nda perlu belajar tinggi2 ataupun ambil degree dalam ekonomi.

Bak kata Halu Zal, dulu murtabak di KK berharga RM1.50, sekarang RM2.00...

Dan tipulah... Tipulah seseorang ahli politik itu bila dia mengatakan harga murtabak yang naik itu tiada kaitan dengan harga barang runcit skarang yang tengah naik. Dan apa bila minyak naik lagi, masihkah ada sinar untuk rakyat menikmati kehidupan yang selesa di bumi Malaysia yang tercinta ini? Kita tersepit!

Begitu juga bolasepak negara kita... Sudahla ketandusan kualiti permainan, ketandusan dana lagi!

Mungkin ramai yang tidak melihat situasi politik dan ekonomi negara juga turut mempengaruhi senario bolasepak negara yang dinaungi FAM (Football Association of Malaysia) atau lebih dikenali dengan FAMville (thanks sokernet!). Apa nda, kebanyakan jawatan2 dalam ahli majlis tertinggi dinaungi FAM dan kelab bolasepak negeri diisi oleh ahli2 politik yang kotor, tamak, gemok, nda hensem dan syok sendiri...


"Minyak naik? Naiklah basikal.. Dapat exercise lagi kan? Kata mereka dengan nada yang sinis dan sombong sambil memandu BMW haram hasil duit rakyat..."


Makanya, Top 10 aku kali ni akan menyenaraikan kemungkinan2 implikasi terhadap bolasepak negara akibat dari keadaan ekonomi Malaysia yang bolehla aku anggapkan kian meruncing. Let's go!


1. Kurang peruntukan yang diberikan oleh kerajaan. That's sick! Tidak seperti kelab EPL dan kelab2 elit dunia yang lain, kelab bolasepak di Malaysia hanya cukup2 makan dengan kebanyakkannya (e.g Sabah) yang mengharapkan dana dari kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Bila kurang peruntukan, kelab ini akan dilanda krisis kewangan yang meruncing. Need I say more? Krisis kewangan ialah krisis yang paling agung di muka bumi ni!

2. Berkemungkinan akan berlaku lagi kegiatan rasuah dalam kalangan pemain. Pemain nda cukup makan, nasib mereka nda terbela oleh FAM, apa lagi yang mereka dapat lakukan? Fight di mahkamah pun nda guna... Bertumbuk dengan hakim lagilah. Di sini aku ingin tekankan menerima rasuah adalah penyelesaian bagi mereka yang desperate ni... Jangan salahkan pemain dan banned pemain sebab mereka desperate!

3. Kenaikan harga tiket masuk stadium. Haha... Yang ni possibility dia kuat. Di Malaysia ni harga barang mana pernah turun, naik ada la. Macam harga murtabak juga la. Mungkin naik sikit, mungkin naik banyak, yang penting harga dia akan naik - seiring dan sejalan dengan harga barang di pasaran... Special discount? Sori sikit!

4. Berlakunya Match-fixing! yang ini biasanya bermula dari pengurusan teratas, sehingga melarat ke akar umbi. match-fixing berkait rapat dengan rasuah, cuma bezanya, match-fixing melibatkan lebih ramai pihak - pengurus, coach, referee, linesman, pemain dan pemegang saham (kalau ada). Seperti yang digemburkan oleh media asing, FIFA skarang ni telah menjalankan siasatan terhadap pertuduhan bahawa berlakunya match-fixing dalam liga kita... (masih on investigation, aku kurang info lagi pasal benda ni)

5. Kurang motivasi dari pemain. Memang normal & standard la, kalau keadaan kewangan kelab makin meruncing, gaji pemain akan dikurangkan. Sama la juga macam motivasi orang yang keja opis... Buat apa mau keja bagus2 kalau gaji aku kena kasi kurang? Makanya, pemain kurang motivasi dan tidak memberikan komitmen 100% di atas padang. Mahukan game yang cantik dan ART? tengok EPL saja!

6. Berlakunya rusuhan dari penyokong untuk menyatakan bantahan mereka terhadap pucuk pimpinan dalam kelab. Rusuhan is good to topple the incompetent management - tetapi biasanya akan berakhir dengan kelab berkenaan dikenakan denda oleh FAM kerana perbuatan penyokong yang merosakkan harta benda awam. Yang pokai makin pokai...

7. Ahli politik yang keji takeover kelab kononnya untuk selamatkan dari masalah dari terus meruncing. Bila ahli politik takeover, dalam fikirannya cuma duit (dan mungkin juga sumandak). Duit mari! maka dia memasang kabelnya yang memang 'direct' terus ke kerajaan untuk memohon 'suntikan dana' ke kelab. Ending dia? Duit tu masuk terus poket dia tanpa menyalurkan apa2 kepada kelab...

8. Manager @ coach jadi mangsa pemecatan ataupun mereka dipaksa untuk melepaskan jawatan. Mungkin ada betulnya jg tindakan nie kerana kadang2 manager nie performance dia below-par. Tapi honestly, aku simpati juga sma dorang sebab masalah nie juga bermula dari pengurusan yang lemah. Pertelingkahan antara manager dan coach biasanya akan berakhir dengan pemecatan atau pelepasan jawatan si manager itu...

9. Tiada maintenance. Especially dalam stadium. Ini adalah permasalahan yang sering berlaku dan bayangkan jika peruntukan untuk mengemas kini stadium dikurangkan? padang macam bendang sawah, kerusi stadium boleh dicabut untuk dihumban ke kepala referee, dan keretakan stadium juga adalah kemungkinan yang berlaku... Memang pernah berlaku. Jangan kata retak, kes stadium roboh pun ada sudah!

10. Implikasi yang paling berat untuk aku tulis, kualiti bolasepak kita akan menghala ke belakang. Tiada kemajuan, tiada improvisisme (betul ka ada pkataan ni?), tiada peruntukan yang cukup... Yang ada hanya penyokong yang menjadi mangsa menghabiskan duit RM10-15 ringgit menonton perlawanan yang tiada kualiti, yang berkemungkinan suda di 'match-fixing'kan oleh pihak yang tertentu (ini bukan pertuduhan!).

Do Something! Someone? Anyone? Sebelum terjadinya perkara2 di atas ni...




3 comments:

Za8 VDSar said...

woi..proposal tesis ka?hahahaha

awie ferdinand said...

hampir2... hehe...

::Sang Pemimpi:: said...

hahahah...kau jgala wie....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...