~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

19 August 2011

Lukamu LUKAKU Juga


berita hangat dari pasaran perpindahan pemain.

pemburuan Chelsea utk mendapatkan prospek paling hangat bolasepak Eropah telah berakhir setelah mereka mengumumkan pembelian pemain Anderlecht dari Belgium yg berusia 18tahun, Romelu Lukaku.

"undur semua..aku mau jadi predator ni!!"

- disauk dari guardian.co.uk

pemain ini dijangka memberi penawar kepada masalah mati pucuk yg dialami penyerang2 dalam kem mereka iaitu Torres, Drogba dan Anelka. pembelian ini juga akan memberi tekanan kepada pemain2 senior utk berebut kerusi dalam Parlimen...errr...maksud saya tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

pemain ini dikatakan mempunyai corak permainan yg sama seperti Drogba. memiliki ketinggian, gaya kawalan bola dan larian yg tidak melepasi had trafik yg dibenarkan. tapi, Drogba tetap ditawarkan kontrak baru sekaligus menamatkan spekulasi yg mengatakan bahawa beliau ingin berhijrah ke Sabah utk membantu Sabah menjuarai Piala Malaysia.

amacam? sama bukan? Drogba cerah sikit sbb pakai Fair & Lovely

tapi aku rasa, Lukaku tidak akan membuat impak yg serta-merta dalam kem Chelsea. Torres pun terkapai2 mau score, apatah lagi budak hingusan ni. masih banyak lagi yg perlu dipelajari mengenai falsafah bolasepak Inggeris dan menyesuaikan diri dgn tempo permainan.

kalau kail panjang sejengkal, lautan luas jgn diduga. tapi aku rasa, kail budak ni lagi besar dari kail Torres. hahahaha.

apahal aku ulas pasal Chelsea ni?defakk mana pengulas lain??!!

jgn sampai aku mengamuk mcm Abdul...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...