~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

26 July 2011

Post-Mortem : Malaysia XI vs Chelsea, Peringatan utk Harimau Malaya


dengan bertemankan Halu Zal, jali great dan Kie Messi, aku menonton perlawanan antara pilihan Malaysia dengan Chelsea di Stadium Maimunah, Kepayan. itu pun lepas berjaya memujuk Halu Zal utk keluar dari sarang hibernasi beliau. pujukan yg ada unsur2 minum free memang berkesan.

perlawanan bermula dgn mengutuk pasukan Liverpool yg bolos 3biji gol disamping memuji permainan Arsenal yg berjaya menyumbat 4gol tanpa balas melawan Malaysia. dgn suara latar Kie Messi yg menjadi pengulas tidak rasmi Astro Arena 801, suasana menjadi meriah diselang-selikan dgn suara unggas memecah keheningan malam.

seperti yg dijangka, Chelsea mengawal perlawanan. perbezaan jelas dapat dilihat dari segi fizikal dan juga kawalan bola antara kedua2 pasukan. serangan bertali arus dilancarkan oleh armada biru diketuai oleh Lampard, Torres, Kalou dan Benayoun.

ehh kejap. macamana makhluk Benayoun ni boleh lepas masuk Malaysia?pihak imegresen tutup mata kah?atau, makhluk ni diseludup bersama2 dgn cincin berlian yg dibeli oleh Rosmah?

apa2 pun, kedatangan Benayoun tetap disambut hangat oleh penyokong Malaysia dgn jeritan 'booo'. silap2 kena dakwa fan Malaysia ni anti-semitik. haha

separuh masa pertama dihidangkan dgn ketumpulan penyudah Torres dan barisan hadapan Chelsea yg lain. mati pucuk agaknya geng2 ni. Malaysia?mau lepas separuh padang pun susah, apatah lagi melakukan cubaan. gugup, tiada idea dan sedikit gentar dgn susuk tubuh pemain lawan yg tegap2 belaka, terutamanya Kalou. 0-0 kesudahan separuh masa pertama.

separuh masa kedua, Chelsea menukar kesemua pemain dan memasukkan pemain seperti Terry, A.Cole, Drogba, Zhirkov dan Anelka. hasilnya, pada minit ke-78, penjaga garisan berjaya menewaskan penjaga gol Malaysia menerusi sepakan percuma yg diambil oleh, siapa lagi kalau bukan Drogba.



"sebanarnya, gwa pun nda nampak bola tu masuk. tp ref dah bg, gwa trus buat goal celebration gwa"


kontroversi?memang sangat. mungkin penjaga garisan ingin mengambil hati Lampard yg menyaksikan sepakan jarak jauhnya ketika menentang Jerman di Piala Dunia tidak dikira gol. saguhati dari Bukit Jalil lah katakan, memuliakan tetamu itu kan sesuatu yg dituntut.

kesimpulannya, perlawanan ini bolehlah dijadikan iktibar kepada pemain2 skuat utama Malaysia ketika berhadapan dgn Singapura di 2nd leg kelayakan Piala Dunia. pertahanan kental dan kesungguhan utk bertahan adalah sesuatu yg aku lihat masih kurang dlm skuad senior. ketiadaan Zafuan Adha sedikit sebanyak menjejaskan prestasi Muslim yg digandingkan dgn Fadhli tp ini tidak boleh dijadikan alasan.

Harimau Malaya perlu bangkit utk menyamakan defisit gol di Bukit Jalil nanti. dgn kehadiran semula Shahrul Idlan Talaha aka MatYo, aku yakin singa akan digigit oleh harimau.

apa2 pun, marilah kita sama2 memberikan sokongan kpd pasukan negara kita ketika berhadapan dgn Temasek nanti. penuhkanlah stadium, penuhkanlah kedai2 mamak. dan kalau keputusan tidak berpihak kpd kita nanti, jgnlah menunding jari menyalahkan sesiapa. kerana kekalahan ini ada hikmahnya.




kamu tunggu di Bukit Jalil

sekian. mari berkerja.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...