apa-apa pun, tahniah tulus ikhlas dari hati kepada Kompany and Co. kalah tetap kalah, pemain MU perlu mencari tonik yang sesuai untuk memulakan rentak kemenangan dalam perlawanan seterusnya.
dan untuk penyokong MU sekalian, jangan risau, jangan panik. anggap kekalahan ini sebagai turning point yang akan menentukan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang ke-20 untuk MU.
dan ini bukan janji manis sepertimana yang biasa ditaburkan calon-calon parti politik menjelang pilihanraya atau sebagai satu diversion daripada topik hangat kekalahan MU ini. jauh sekali untuk 'sandarkan pada kenangan' seperti yang selalu dilakukan penyokong team Cap Ayam.
ingat lagi musim 2010/11, MU memecahkan rekod kejuaraan yang dipegang bersama Cap Ayam iaitu sebanyak 18 kali? musim itu bukanlah musim yang mudah untuk MU. tentangan diterima dari Chelsea dan Manchester City. dan musim ini juga seperti menjanjikan tentangan yang sama.
pada satu masa, MU mengalami kekalahan back to back menentang Chelsea dan Liverpool. malu memang malu, tapi ini adalah turning point yang memotivasikan pemain untuk beraksi lebih baik seterusnya menjuarai BPL. sama seperti peristiwa kematian Gadaffi yang menamatkan pemerintahan diktator di Libya. sama seperti peristiwa perhimpunan Bersih 2.0 yang tujuannya memperbaiki demokrasi di Malaysia.
hasilnya, dengan berbaki satu perlawanan, MU memastikan kejuaraan ke 19 selepas menang dengan Chelsea dan seri dengan Blackburn.
cukuplah aku bagi perbandingan dengan keputusan musim lepas. kalau aku bandingkan dengan musim 1995-2000 karang, macam sandarkan kepada kenangan pula kan. heh..heh..heh..
skrip kali ini lebih kurang sama, MU kalah teruk dengan MC. dan boleh jadi game lepas ini MU akan kalah lagi sekali. tapi, turning point itu pasti akan tiba. dan bila masa itu tiba, bersiap-sedialah para haters sekalian kerana United will have the last laugh. (ceh, asal ayat poyo sikit, guna bahasa Inggeris. hehehe)
mungkinkah kekalahan ini menjadi turning point utk MU menjadi lebih baik? ataupun, jadi lebih teruk?
aku pilih pilihan pertama. kita tengok minggu depan.
GGMU!!
1 comment:
wa sukung lu!!!
Post a Comment