~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

30 October 2011

Cerita Bola Domestik dan Seberang Laut


Piala Malaysia. piala keramat yang pasti mencari mangsa setiap tahun. tahun lepas, mangsa Piala Malaysia adalah pasukan N9 kerana ditimpa kekalahan dgn pasukan Kelantan.

tapi tahun ini lain ceritanya. mangsa kali ini adalah penyokong kedua-dua pasukan apabila pihak FAM telah menukar venue perlawanan akhir dari Stadium Bukit Jalil ke Stadium Sawah Shah Alam. lebih cilaka lagi apabila harga tiket perlawanan akhir dinaikkan ke RM50.

"kalau aku tampar mulut kau sana"

jawapan FAM yang paling epic adalah, "FAM tidak mendapat untung walau 1sen pun. keuntungan akan dibahagi2kan kepada pasukan yang bermain di Final" dan "harga tiket di Malaysia lebih rendah berbanding negara jiran, termasuk Timur Leste. ini fakta."

wadehell FAM langsung xdapat untung?agak2 la kalau mau tipu pun.

pasal perbandingan harga dengan negara jiran, aku no komen. alasan ini selalu digunakan sejak dari zaman kenaikan minyak lagi untuk menimbulkan rasa bersyukur dalam kalangan rakyat 1Malaysia, seterusnya menutup mulut marhaen bola.

bangsat sungguh.

kesannya, boikot tiket diadakan, FAM menerima kecaman dan laman sesawang digodam. perlawanan diadakan di atas padang sawah yang tidak rata dan bertompok2. keputusan berpihak kepada N9 2-1, Hai-O menjadi hero skuad Jang dan Sarbinee menjadi badut skuad Penyu.

adegan yang tidak ingin kita lihat

kira ok la tu bayar rm50 dapat tengok Sarbinee buat mistake badut. heh..heh..heh..

kita berpindah ke cerita luar negara.

Everton 0-1 Man Utd.

game yang biasa2 saja, gol yang biasa2 saja. menang pun buat biasa2 saja.

Chel53a 3-5 Ar53nal

game yang menarik, hatrik dari RvP, lepas ni Terry mesti tukar kasut jenama Gold Cup 6stud, Mertersacker mesti diberikan latihan gym supaya lebih tegap dan bertenaga berhadapan dengan ancaman pemain2 bertubuh besar. pemain Chel53a sampah.

aku emo lebih2 pasal game domestik ni bukan apa, aku xtengok pun final Piala Malaysia. aku tengok MU lepas tu pigi main futsal.

keputusan futsal, Passompa FC 7-8 Team Iwan Pojie.

bagi can. heh..heh..heh..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...