Setelah sekian lama menyepi dari arena penulisan blog, kali ni aku terpanggil akan menulisnya blog mukabola ini. Hujung minggu ini adalah hari yang ditunggu-tunggu kerana pertemuan seteru ketat abis, antara Liverpool vs Manchester United di padang A-field (lebih baik dari Suria Futsal Kota Kinabalu).
Suria futsal kk, sebenarnya lebih baik dari A-field...
"Match Janji Ghairah Tahap Maria Ozawa"
Pertemuan ini sudah tentu membangkitkan keghairahan (tahap maria ozawa) penyokong kedua belah pihak, tidak kira anda menyokong team setan merah mahupun team king kenny. Ini adalah match untuk mementukan siapa yang bakal menuntut 'bragging rights' yg selayaknya. Match yang lain tu x ghairah sangat... stakat menjadi pelengkap kepada match besar ni.
Kalau Team yang disokong kalah, kemungkinan facebook dan twitter anda akan dibanjiri anjingan atau salakan dari member seteru anda. Justeru, inilah keunikannya match yang melibatkan rivals ini - anda akan merasakan satu pengalaman yang manis dimana wall post anda penuh dengan member2 yang prihatin dengan anda... Setelah sekian lama wall facebook anda sepi tanpa berita.
Ghairah tahap Maria Ozawa? Headline ini sememangnya disengajakan untuk menarik minat para pembaca. Ini adalah taktik yang amat berkesan dari akhbar 'bikin panas' Harian Metro yang suka menggunakan Headline-headline yang panas untuk tatapan umum. Taktik ini ternyata berkesan kerana Harian Metro adalah akhbar no.1 di Malaysia.
Kepada Richard Scudamore (Boss besar EPL), aku ingin usulkan kepada anda - apabila match Liverpool vs Manchester United diadakan pada hari sabtu, sila tunda semua match team lain pada hari ahad atau weekdays...
"Awas Manchester United!"
Sememangnya laungan ini sudah biasa didengari oleh sesiapa sahaja seteru ketat Man Utd, baik team Liverpool ataupun seteru2 lain yang bersaing di EPL. Menurut Kelab Liverpool Sang Pemimpi, Liverpool juga punya jentera serangan yang baik, mahupun defence yang kuat dari segi mental dan fizikal untuk meng'upset' penyokong Man Utd. "Awas Manchester United!" Begitulah laungan pengerusi kelab mereka (Sang Pemimpi) ketika ditemuramah.
"Tugas Berat Martin Skrtel"
Sekembalinya Martin Skrtel dari penggantungan beliau ekoran kad merah, beliau mungkin akan menggalas cabaran untuk mengemudi barisan defend atau saf belakang mereka. Memetik interview beliau dengan akhbar parodi online, beliau berkata...
"Sekembalinya saya dari suspensi match ini, saya akan pastikan tiada satupun gol akan berjaya ditembusi oleh syaitan merah. Saya akan menggunakan inspirasi dari Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya yang bertajuk bagaimana menjaga saf sembahyang untuk meyempurnakan solat. Saya baru menyedari bahawa saf solat yang tidak sempurna akan menyebabkan solat senang diganggu Syaitan. Maka ini taktik defence saya yang terbaru dan sesuai untuk mengekang gawang dari dibobol pihak lawan. Terima kasih ustaz..."
Katanya dengan penuh keyakinan...
Katanya dengan penuh keyakinan...
Martin Skrtel... Kegemaran adik-adik skolah tadika.
DISCLAIMER - Admin baru blajar guna google image...
No comments:
Post a Comment