LIVERPOOL 1-1 MAN UTD
perlawanan yang paling ditunggu-tunggu hujung minggu lepas. melihat kepada rekod MU di A-field, keputusan seri adalah sudah memadai. dan melihat kepada barisan pemain, harapan lebih cerah disandarkan kepada Gerrard and Co dan Kopites untuk mencapai kemenangan. barisan MU tanpa Rooney, Nani dan Chicharito ternyata tumpul tanpa percubaan berbahaya.
Liverpool lebih awal menguji De Gea dengan percubaan Suarez. MU juga tidak mengalah dengan percubaan dari Jones dan Park.
Separuh masa ke dua, Kapitan Gerrard berjaya membuktikan kepada dunia bahawa telur Giggs lebih berharga daripada berkorban menghalang bola masuk ke gawang. maka berkokoklah seluruh warga Kop dengan lagu You'll Never Walk Alone yang bisa membuat mata mengantuk.
harapan Liverpool untuk mencapai kemenangan hancur berkecai 10 minit sebelum perlawanan tamat. Chicharito yang baru sahaja masuk, menanduk bola flick dari Welbeck untuk memberikan 1mata yang berharga utk MU di A-field.
nasib dilihat tidak menyebelahi Liverpool apabila percubaan Kuyt, volley Henderson dan tandukan Skertel tidak mampu untuk menerjah gawang dan keputusan seri memberikan nafas lega kepada penyokong Devils sekalian alam.
T-TEAM 2-1 SABAH (agg 4-2)
masih banyak yang perlu dibaiki dalam skuad sabah musim ini. melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dianggap pencapaian yg membanggakan jika dikira Sabah baru naik ke Liga Super tahun ini.
aku pun tidak tengok game di Terengganu, so xberani mau komen lebih-lebih. tapi kalau kalah tu, mesti ada masalah yang perlu dibaiki ye dak?
mengikut lidah-lidah yang boleh di percayai seperti Admin Sabahawks Fan Club @FB dan akhbar tempatan Sabah, pasukan Sabah menguasai perlawanan dan melancarkan serangan bertali air..err..maksud saya bertali arus. tetapi finishing yang tumpul menggagalkan usaha mereka mencari dua gol berharga untuk layak ke separuh akhir.
beberapa keputusan pengadil juga dilihat berat sebelah kepada pasukan tuan rumah dimana empat penalty claim oleh Sabah hanya dipandang sebelah mata oleh the man in black.
dengan keputusan yang sama dicatatkan dalam pertemuan pertama di Stadium Likas, T-Team layak ke separuh akhir dan menempah perlawanan menentang pasukan Hoben Jang Hoben.
sebagai saguhati untuk admin-admin dan penyokong yang menonton perlawanan pertama secara langsung di Stadium Likas, terimalah gambar ini sebagai pengubat luka. jangan keluar air sudah.
gullpp..
heh..heh..heh..
penat pulak mau taip banyak-banyak.
maka dengan gambar di atas, maka aku minta diri untuk ke toilet terlebih dahulu. hahahaha.
out!!
No comments:
Post a Comment