~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

05 November 2011

Tidak Mengenal Erti Raya #2


post pertama dari she's kaki comey sudah selamat disembelih...err..maksud saya dipublish di blog bola paling power di Bima Sakti. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam. setelah lima tahun menunggu. keh..keh..keh..

semoga semangat post pertama ini dapat dikekalkan ke masa akan datang. amin ya rabb.

okey. lupakan seketika kemeriahan menyambut Aidil Adha. lupakan seketika keriuhan suasana kampung bersama sanak-saudara dan keluarga. lupakan sejenak keletihan membuat lemang, buras, rendang dll.

perlawanan BPL hujung minggu ini sedikitpun tidak terusik dengan sambutan Aidil Adha dan ini bisa membuat Samir Nasri dan Abdul Salam Bilal Anelka berendam airmata kerana tidak dapat menyembelih unta di kampung halaman. tapi mereka boleh menebus semua itu dengan menyembelih lawan mereka minggu ini.

walaubagaimanapun, aku tidak mau membuang masa mengulas perlawanan2 lain yang tidak menarik. perlawanan tumpuan malam ini ialah antara Man Utd vs Sundalland.

meraikan 25tahun pemerintahan Sir Alex di Old Trafford, anak buahnya pasti ingin memberikan hadiah paling bermakna untuk atuk Fergie. dengan kemenangan di Everton dan menentang Otelul Galati di Champions League, momentum kemenangan ini perlu diteruskan untuk mengejar mata Man City.

hanya kecederaan Young, Cleverly dan Smalling sahaja yang memeningkan kepala atuk Alex tetapi bak kata pepatah, kalau tiada rotan, akar pun berguna. Carrick, Park dan Fabio akan menggalas William Gallas. ok, lawak bosan.

prediction aku, 3-0.

akhir kata, wassalam dan selamat menyambut Aidil Adha dan berkorbanlah demi agama.

takbir!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...