~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

30 April 2011

Ape ke jadahnya nii??!!... napa dia masi stay...??!! WHY...


Seperti yg kita lihat... malam tadi berlangsungnya pertandingan unduk ngadau di channel 132 astro... errr.. maksud saya pertandingan MAHARAJA LAWAK minggu ke 5... dengan berbaki 8 peserta sahaja yang terdiri daripada kumpulan dan perseorangan, mereka telah melakukan persembahan yang terbaik mereka.. sangat2 tidak mengecewakan dengan peserta yang diketegorikan memang terbaik... tahniah untuk SEPAH, BALAS, JAMBU, NABIL, dan JOZAN.. kerana persembahan yang memang konsisten dari minggu ke minggu.. dan persembahan JOZAN adalah yang terbaik diantara semua peserta yang saya lihat...
Siapa yang tidak mengenali makhluk 2 ekor ni... JOHAN dan ZIZAN.. dengan gaya yang selamber... dengan mimik muka yang memang terbukti ada unsur2 lawak.. dengan gelagat mereka yang memang penonton akan menantikan persembahan mereka dari minggu ke minggu... Syabas JOZAN...
"tgk gmbr dorang ni pun aku mo ktawa... apa lg tgk lwk dorg"

TAPI.... saya agak kurang berpuas hati dengan sorang peserta yang masih lagi belum tersingkir dari minggu pertama kejadian MAHARAJA LAWAK ini dipersembahkan... APA HAL sebenarnya ni.. kenapa dia masi "stay" di pertandingan yg sangat tinggi ni... MAHARAJA LAWAK... siapa sebenarnya yang mengundi beliau... saya sebenarnya tidak berpuas hati dengan adanya peserta ini yang masih lagi LUGAI2 dalam pertandingan ini... persembahan yang tidak konsisten dari minggu ke minggu.. malahan peserta yg bagus, disingkirkan.. tapi dia... masih lg berada diatas gelanggang MAHARAJA LAWAK dengan lawak "ntah apa2" dia tu... DIMANA KEADILAN... kumpulan R2 tersingkir adalah perkara yang mengejutkan banyak pihak... tp dia... "dia" yang saya maksudkan ialah......

"AMIR"

Kalau la ada undi untuk keluar... aku suda taip tu msg UNDI 100 KELUAR AMIR....


29 April 2011

THOR... ada sambungan????!!.... biar btul??...

Thor movie yang sedang hangat di pawagam sekarang ini... memang tidak dapat disangkal lagi kehebatan movie tersebut... dengan menggabungkan "fiction" dan imaginasi yang kta sendiri tidak menjangkakannya..
Setelah melihat movie tersebut.. saya terfikir sejenak.. adakah sambungan bagi movie itu... adakah watak baru bagi movie yang akan dtg... siapakah.. daaaann.. saya telah menelefon pengarah movie THOR tu untuk menanyakan tentang nama tajuk movie yang akan digunapakai untuk menyambungkan movie sebelumnya ini.... dan dia telah mengE-mailkan kepada saya dengan gambar sekali....

"nama movie TUKUL MELEKAT DI PALA KO"

Jadi... kta telah mengetahui nma movie tersebut yang akan di tayangkan pada Januari 2012.. kita nantikan..


Sikit lg Kepalanya hilang,,, (18x)

hahaha... napa mcm excited btul ko mo baca ni entry?.. mentang2 ada tanda (18x)... dasar.!!.. haha.. anu ba sa mo kongsi2 sini ... tadi sa tebaca d Harian Metro .. ba, baca la kunu di bawah ni..









MARAN: Seorang peneroka yang terlelap di ruang tamu rumahnya ketika menunggu siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara Eropah antara Real Madrid menentang Barcelona, awal pagi semalam, tergamam apabila dikejutkan tiga penyamun yang mengacukan parang di lehernya dalam kejadian samun di Felda Jengka 18, dekat sini.
Kira-kira lima jam selepas kejadian pada jam 2.30 pagi itu, mangsa Ramli Saad, 58, sekali lagi terkejut apabila diberitahu tiga penjenayah terbabit ditembak mati dalam ladang kelapa sawit berdekatan rumahnya.


“Saya lihat ramai orang berkumpul di situ dan apabila sampai di sana, seorang rakan memberitahu ada penyamun kena tembak dan mereka adalah kumpulan yang menyamun saya,” katanya Ramli berkata, dia terjaga daripada tidur apabila badannya ditepuk seorang daripada tiga penyamun terbabit yang turut mengacu parang di lehernya sebelum tangannya diikat menggunakan dawai ampaian, manakala mukanya ditekup dengan tuala.

Selepas diikat dan diarahkan diam, penjenayah bertopeng dipercayai warga asing itu menggeledah rumahnya dan melarikan empat telefon bimbit serta wang tunai RM300.

Ramli yang juga pembekal baja berkata, ketika kejadian dia berseorangan di ruang tamu rumahnya, manakala isterinya, Normah Khalid, 53, dan tiga anaknya serta dua cucunya nyenyak tidur dalam bilik.


“Saya memang ‘kaki bola’ dan menyokong pasukan Barcelona terlelap seketika sementara menunggu perlawanan itu bermula.


“Saya sama sekali tidak menyangka apabila dikejutkan tiga lelaki bertopeng yang mengacu parang ke leher saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurutnya, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana khuatir dicederakan.


aiii... time2 sa mo post ni entry... kana suruh lagi pigi kasi lekat RoadTag sana oleh sorg "makcik nda sedar diri berlagak datin"... aii.. panas pla sa tiba2... eeiiii...

ba... jadi, sa mo kasi ingat la sama urang2 yang mo tingu bola pagi2 tu.. jgn lupa kunsi pintu... nnt tetidur mcm tu pakcik ..naaa... nda pasal2 kena cabul ...

renung2kan dan  jaga la maruah anda... 

chow!...



Muka + Bola

ini baru betul2 mukabola

aku gerenti player ni rasa pedih2 time kena bola di muka. 10minit kemudian, rasa kebas2 di muka pula menyusul disertai dengan bibir membengkak. silap2, bedarah ooo.

percayalah. aku pernah kena macam ni. tapi bola futsal la. tobat terus. insaf.

ok. aku mau pigi solat jumaat.

Bila Referee F****d Up... (Edisi Minta Puji)

Bila Referee F'd Up...(Gambar SEKADAR HIASAN)

This post is written on a sequence. Read according to the order of the number. Tertib ya. Seperti berwudhuk...

DISCLAIMER - penggunaan gambar dalam post mungkin menyinggung sesetengah pihak. Okey here it comes! Bila Referee F'd Up, Maka...

"referee cam b*bi!"

(1) Coach melenting ketika post match, diikuti dengan...

"Baru mo menganjing di fesbuk... tp kalah... camana ni??"

(2) Fans yang panas gila! Sebab dianjing bertalu2. Lalu terbitlah...

"Rooney main nenek?? aii..."

(3) Media yang suka menghangatkan isu-isu yang suda sedia panas! Kemudiannya keluarlah...

"Ref cam taik! nuff said..."

(4) Statement dari coach yang memperkecilkan kewibawaan referee yang mengadili perlawanan, menjadikan...

"Stakat banned 5 match aku nda heran!"

(5) Coach yang 'malang' itu terpaksa dibanned menghadiri perlawanan! Namun itu semua tidak mematahkan semangat manager berkenaan. Malah...

"Aku angkat ko... ko angkat aku pla nanti a..."

"atuk Giggs kuat & scoring lagi! sukeeee!"

(6) Team beliau tetap cemerlang! dan menuju puncak, gemilang cahaya...(mcm kenal ni ayat)

"Pa barang Schalke 04 ni... teda fight langsung!"

(7) Team beliau on-track untuk memenangi kejuaraan berganda musim 2010/2011! (e.g BPL dan UCL)

"Aku tgh nangis ni! - Itupun mau ambil2 gambar... ee... apa ba bang paijal ni!"

(8) Jadi, ingatlah wahai pencinta bola sekalian... Walaupun referee membuat onar pada team kesayangan anda, ingatlah bahawa JUSTICE WILL PREVAIL EVENTUALLY...


(9) GGMU! MUAHAHAHAHA.....!



28 April 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

saya Abdul MukaBola bertindak sebagai 'supervisa' di blog ini ingin mengucapkan selamat datang dan selamat membaca kepada pengunjung blog yg baru diterbitkan ini.

kami masih lagi menunggu entri sulung dari kem Chelsea dan Liverpool. agak2 kalau tahun depan baru admin kem ni mau post, merasa diorang penumbuk sulung Abdul MukaBola.

oleh itu saya menyeru kepada admin2 berkenaan, sila post entri secepat mungkin. sembang gunggang2 tapi habuk pun tarak. nanti gaji kena tolak, baru la kamu mau komplen mcm2. itu belum lagi kena bagi surat tunjuk sebab, memang dgn Karam Singh Walia la diorng mengadu.

sekian,

"Bertindak Tanpa Arahan"

Perihal-perihal Stay Up Tengok Bola....


Pernahkah anda bersengkang mata nda tidur malam, minum minum kupi, main GITAR, dengar LAGU, main DAUN TERUP, surfing Internet, menulis blog.... (the LIST goes on... yang penting apa2 jak aktiviti yang membuatkan anda tidak tidur malam) semata-mata untuk stay up tengok bola?


Jika anda seorang peminat bola yang tegar, sudah semestinya jawapan anda YA!



Musim knockout round UEFA Champions League kembali lagi... and this might be a suitable time to release this kind of post :)


Entri ni kali aku ingin berkongsi pengalaman dan ada jugala sikit2 tips dari aku selama aku stay up tengok bola selama 13 tahun. Memang bes gila tengok bola time awal2 pagi dinihari ni... bagi aku 'feel' dia lain sikit... ketika orang lain sedang nyenyak tidur, atau mungkin ada yang tengah study bagi student (kunu!), aku tengah best support team faveret aku.... This is my favourite time to watch football! OYEAHH! (statement aku mungkin berubah bila aku sudah kawin nanti)...


(1) Bila anda memasang niat untuk tengok bola pada awal pagi esoknya... perkara yang anda perlu lakukan ialah MENGUNCI JAM@ ALARM. Ini adalah untuk memastikan anda tidak terlajak tidur... Bagi siapa yang mengunci alarm di hp, pastikan anda memilih alarm tone yang keras2@ bingit telinga mendengar... (suggestion?)


(2) Seperkara yang aku ingin tekankan ketika anda ingin bangun tengok bola awal pagi - SEMANGAT YANG KUAT. haha... I have to admit, memang susah sebenarnya mau bangun awal pagi ni - especially bila ada kelas pagi, bila anda perlu punch in awal pagi - bagi mereka yang bekerja.


(3) Ramuan rahsia utk stay up awal pagi... KUPI! (dan benda2 yang berkaffein). Susu ditegah sama skali...


(4) Lebih efektif untuk stay up tengok bola bersama dengan member2. YA, member2 seperjuangan. So, anda tidak berasa cepat bosan. Di sini juga aku ingin menggalakkan anda untuk SLEEPOVER di rumah member2 (tidak digalakkan bagi yang suda kawin) agar kadar stay up anda lebih efektif berbanding anda berseorangan...


(5) Ingat a... bila aku post entri ni, jangan pula ada yang cakap aku menggalakkan aktiviti stay up tengok bola ni. Aii... bikin panas tu. Aku just mau berkongsi tips dan pengalaman seja... Bila ada hal yang lebih penting dari stay up ni... Contohnya esok kamurang ada exam, esok pagi kamu in charge untuk presentation, esok kamurang kena memandu jauh dan apa2 ja aktiviti yang memerlukan tenaga untuk hari esok... bagus kamurang TIDUR ya.... TIDUR SECUKUPNYA.


(6) Be a bit CHOOSY about the match that you want to watch. klu stakat WEST HAM vs STOKE CITY... TIDUR LAGI BAIK!


(7) Pastikan check butul2 itu MATCH SCHEDULE - waktu dan tarikh haribulannya. Paling sanang aku recommend tengok di website astro.com.my. PALING BIKIN PANAS kalau bangun awal-awal pagi, tau2 tiada match... isuk pula match tu... nda pasal2 kamurang menyumpah. hanjing! kontoloi btl! (zahid, 2011).


(8) Honestly, kalau aku tengok bola waktu pagi... aku agak pasif, nda banyak bercakap dan mengulas. mmg STATIK tgk bola. Yala, awal pagi kan. Oleh itu... makanya aku nda suka member yang tgk bola dengan aku, jd PUNDIT @ PENGULAS @ MANAGER bola ketika itu... I just want to watch the ART OF FOOTBALL... komen sikit2 jadila... okey? waktu primetime (jam8PM onwards) ndapa... im fine with it. hehe...


(9) Tengok di kedai mamak memang lagi BEST! hahaha....


(10) Kalau bole lepas tengok bola tu solat SUBUH dulu baru tidur a... hehehe....



CHOW!

Analisis Ringkas Tanpa Perlu Berfikir Panjang

Aku tidur time game Barca vs Real semalam, komitmen kerja punya pasal.

lawan Barca atau Real final nanti, MU tidak akan peduli. tapi fan Arsenal peduli, mungkin sebab kekalahan diorang tempoh hari. (ok Halu Zal, aku nda kutuk Arsenal lg lepas ni)

cuma apa yg membimbangkan aku ialah prestasi player legend yg mengamalkan senaman 'yoga' sampai Patrice Evra pun menyampah dengar cerita yoga pakcik Giggs ni. aku syak Giggs ni makan Tongkat Ali 'raw' campur madu lebah.


"celah kangkang ja aku bagi"



dgn Jose 'The Special One' Mourinho sudah menyerah kalah, bring it on Barca!!!





"ini semua konspirasi peringkat atasan...mcm la aku xtau"




Barcelona membaham Real, 2 gol berbalas 'talur'...

Inilah yang dikatakan Bola Sepak atau FOOTBALL... oleh kerana bentuknya yang bulat membuatkan kita seronok dan asyik melihatnya seperti dibuai mimpi-mimpi indah... ditambah lagi apabila bola tersebut berada di kaki pemain makhluk tuhan yang bernama LIONEL MESSI... atau dengan panggilan manja beliau semasa disekula rendah iaitu MESSI... Siapa yang tidak kenal makhluk tuhan yang bernama MESSI ini?... malahan... budak Sekolah Rendah Kebangsaan Inanam Laut (promote skula sdri dlu) kesemuanya mengenali pemain yg berkaliber ini...
Kemenangan Barca pada pagi tadi sekali lagi menjadi bukti pemain ini layak untuk bergelar Pemain Terbaik Dunia pada waktu, saat, masa, dan tika ini... beliau membantu pasukannya dengan 2 gol berbalas 'Talur' menentang musuh ketat dan tradisi zaman berzaman kelab tersebut iaitu BETUL2 MADRID atau dlm B.i REAL MADRID.... Real juga yang tidak kurang hebatnya bertubi-tubi menyerang pasukan CATALAN itu, namun kekebalan benteng BARCA amat utuh...
Kad merah yang dilayangkan pada pemain Real juga telah menjejaskan rentak permainan mereka menjadi rentak irama malaysia... pemain yang dimaksudkan ialah PEPE (jgn negatif) telah diarahkan untuk keluar padang untuk pergi minum-minum kupi bersama manager beliau JOSE MOURINHO. Pepe telah mengasari pemain pertahanan BARCA iaitu Dani Alves sehinggakan Dani Alves terpelanting dan terpusing 5x...
Disebabkan layangan kad merah tersebut, kesemangatan pasukan Real berkurang dari satu masa ke semasa.. dan akhirnya pada minit ke 71, MESSI menjaringkan gol hasil hantaran lintang pukang pemain buangan LIVERPOOL iaitu MASCHERANO.... Real cuba untuk bangkit, tetapi tidak dapat untuk menembusi benteng CATALAN yg sememangnya kebal. Dan pada minit ke 87, MESSI sekali menjaringkan gol hasil gerakan solo yang sangat cantik bermula dari tgh pdg hingga ke stadium penonton... eerr.. bukan yee... hingga melepasi hampir 5 pemain Real Madrid dan seterusnya mnjaringkan gol ke-2 beliau dalam perlawanan tersebut iaitu pada minit ke 87... Jaringan gol ini adalah antara yang tercantik setakat ini...
Real cuba untuk bertahan dan sesekali jg cuba untuk menyerang balas, tetapi tidak berhasil bak kata pepatah "Kalau Kail Panjang Sejengkal, Jgn Laut Hendak Di Duga"... akhirnya Real tewas pada BARCELONA...
Walau apa pun... perlawanan mereka memang menarik kerana mereka sememangnya dikenali sebagai "Rival" sejak zaman berzaman.. Dan syabas pada pasukan BARCA kerana telah membawa 2 gol bermakna sebagai bekalan untuk mereka menentang Real Madrid pada pusingan ke-2 Semi Final di Nou Camp nanti.. kita nantikan saja perlawanan mereka...

klik di SINI untuk melihat highlights perlawanan...

27 April 2011

Walaupun Negeri Di Bawah Bayu Kalah....

Apa yg telah terjadi smlm adalah satu lg tragedi yg sgt mnyakitkan hati sluruh pnyokong sbah... keputusan 2-1 smlm adalah keputusan yg sgt melukakan ht pnyukung2 sbh smada dluar negara atau didalam negara... ditambah pula dgn pengadil yg memang smemangnya adil dlm perlawanan tersebut... "tanganbola" pasukan tganu pd minit2 terakhir tidak dikira oleh pengadil membuatkn pnyukung tida dduk diam... malah ada yg bdiri... dan ada yg menjerit memaki dan menghamun pengadil... tidak lupa juga "linesman" yg brada ditepi terbabit dalam makian dan cacian tersebut..
Selepas sahaja tiupan sgkakala dibunyikan... eerr... mksud saya wisel dibunyikan... kesemua pnyokong sabah membuat jeritan2 yg kurang mnyenangkan... dan para pengadil kita teragak2 untuk masuk ke bilik persalinan disebabkan tiada baju lain untuk mereka tukar... dan ditambah pula balingan botol2 dan mgkuk ayun yg berterbangan ke padang.. membuatkan para pengadil kurang selesa untuk masuk ke bilik persalinan...
akibat daripada kejadian tersebut.. lebih kurang 5 - 10 minit, para pengadil berada di tengah padang dan hampir shaja mereka membuat kopi2 di padang tersebut... akhirnya mereka memberanikan diri juga msuk wlaupun balingan dan lontaran demi lontaran botol, mgkuk, dan tidak lupa org pun dhumban jg ke pdg... mereka msuk dengan gaya yg selamber wlaupun masih mdengar cacian, makian, hamunan yg dilontarkan drpd mulut2 pnyokong sbh yg tidak bole di tutup...
Dan akhirnya pnyokong sbh blk dgn perasaan hampa dicampur geram yg teramat sgt.... Apapun... Sabah masi mempunyai baki 11 perlawanan dan masih boleh kekal dalam liga super tahun dpn... skong la pasukan negeri kta... tnpa pnyokong... siapalah Sabah...

5 sebab kenapa anda perlu menyokong Sabah FA

Bismillah....
Awi Ferdinand ingin merasmikan post yang pertama dengan segmen TOP 5! (ala2 Zizan Show....)

Okey2... aku faham kenapa anda perlu prejudis terhadap pasukan sabah, yg dalam 14 perlawanan masih berada dalam relegation zone...(walaupun ada star player cam Syed Adney. haha...)

Okey, tu yg pertama...

Yg kedua, okey2... aku faham team ni memang banyak kelemahan dari segi defending ketika tengah leading... tu yang kedua...

Yg ketiga, referee dan linesman yg macam..... (keluarkan kata2 makian dan cacian anda yang teragung, yang paling agung... agung)

Keempat.... Striker macam &^%*!#*^^#@!!@)#&(!!&#!))#!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Yang kelima.... Abis ja duit beli tiket pigi stadium... tapi kalah... (bak kata penyokong Sabah FA... Hari2 kalah... haha)

Okey2...

Aku rasa aku sudah bagi 5 alasan kenapa anda perlu memboikot/membenci/tidak menyokong Sabah FA...

p/s - Jangan menulis ketika anda masih emo terhadap team kesayangan anda...

HIDUP SABAH FA!!!!!!

aku bosan dengan dirinya

untuk menceriakan blog ini.... aku ada satu teka-teki.... cuba kamu teka siapakah orang yang paling membosankan di arena bola sepak tika ini?.... ok, aku bagi masa selamaaaa.... 3 saat... bermula sekarang..1...2...3... ya betul.... jawapan dia ialah Wenge! 35 juta paun untuk anda yang menjawab dengan betul... atau anda boleh bawa balik fabgas.... itu pun kalau dia mau la.. dia bilang dia mau balik pigi kg dia ja... tempat lain kirim salam ja dia bilang.... CEH!! MCM BAGUS.... aku bosan lah.... ko boleh blah... dan ko pula pencen la.. bawa sekali Youth Policy ciptaan ko tu... kin panasss...

Post Mortem - Sabah vs Selangor & Sabah vs T'ganu

agak2 sudah 2tahun aku xjejak kaki masuk stadium, semuanya disebabkan komitmen study dan ketiadaan fulus. paling last aku ingat time MU lawan Malaysia di Bukit Jalil. tiket mahal pun teda hal. minat punya pasal.

minggu lepas apa setan rasuk aku join pigi tengok team power main d Stadium Likas. aku on jak, lelaki sejati kan. tengok bola stadium ni feel dia lain sikit. macam mau demam pun ada.





kehijauan padang yg mencetuskan kerinduan utk beraksi

line-up Sabah vs Selangor

sejujurnya aku pun nda berapa kenal player2 Sabah ni. aku lebih kenal player2 Selangor lagi. biasala, player Selangor kan international level. kalau xpercaya, tengok Safee Sali. tapi bukan itu yg jadi masalah.


ni haa masalahnya, Sabah kalah 2-1...demm!!


kalau mau cakap pasal game, memang bikin panas la. leading tapi last2 kalah juga. sampai ada fan tym Sabah vs T'ganu tu teriak "hari2 kalah!!". mau ketawa pun ada, tapi masalah utama (ni pandangan diri aku sebagai fan yg bayar tiket masuk stadium) adalah pengadil. terang2 handball tapi reff xbagi penalti. camana nda kalah.


tapi apa2 pun, kita sebagai penyokong yang berhemah haruslah mengambil perkara positif daripada apa yg terjadi. contohnya....


+

+

+

+

+

+

+

+



motivasi utk pigi stadium.

apa2 hal, semalam MU mng 2-0. prediction aku betul. cuma prediction game Sabah lari sikit.

akhir kata, "Jadilah Reff yg Adil, Saksama dan Menyebelahi Pasukan Tuan Rumah"

26 April 2011

Perbezaan antara Malaysian Super League dan UEFA Champions League

Malam ini ada dua game yg aku akan tonton secara live.

1. Sabah vs Terengganu

main di Stadium Likas aku predict Sabah menang 2-0. semangat tempatan bro, main tempat sendiri lagi. kalau kalah mcm hari Sabtu lepas, aku mau juga test lempar botol masuk padang. mana la tau kalau2 kena kepala keeper team lawan.

2. Shalke 04 vs Manchester United

cakap banyak nda guna. tengok d mapley ja pun. kemenangan 2gol tanpa balas untuk MU.

perbezaan antara 2game ni?



game pertama bayar tiket, yg lagi satu bayar teh tarik madras.

hahahaha..

aku mau out. sumandak aku suda tunggu di bawah.

Introduction

Post pertama...belum ada geng untuk ber'horey2'...tunggu aku tambah anggota...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...