~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

28 April 2011

Barcelona membaham Real, 2 gol berbalas 'talur'...

Inilah yang dikatakan Bola Sepak atau FOOTBALL... oleh kerana bentuknya yang bulat membuatkan kita seronok dan asyik melihatnya seperti dibuai mimpi-mimpi indah... ditambah lagi apabila bola tersebut berada di kaki pemain makhluk tuhan yang bernama LIONEL MESSI... atau dengan panggilan manja beliau semasa disekula rendah iaitu MESSI... Siapa yang tidak kenal makhluk tuhan yang bernama MESSI ini?... malahan... budak Sekolah Rendah Kebangsaan Inanam Laut (promote skula sdri dlu) kesemuanya mengenali pemain yg berkaliber ini...
Kemenangan Barca pada pagi tadi sekali lagi menjadi bukti pemain ini layak untuk bergelar Pemain Terbaik Dunia pada waktu, saat, masa, dan tika ini... beliau membantu pasukannya dengan 2 gol berbalas 'Talur' menentang musuh ketat dan tradisi zaman berzaman kelab tersebut iaitu BETUL2 MADRID atau dlm B.i REAL MADRID.... Real juga yang tidak kurang hebatnya bertubi-tubi menyerang pasukan CATALAN itu, namun kekebalan benteng BARCA amat utuh...
Kad merah yang dilayangkan pada pemain Real juga telah menjejaskan rentak permainan mereka menjadi rentak irama malaysia... pemain yang dimaksudkan ialah PEPE (jgn negatif) telah diarahkan untuk keluar padang untuk pergi minum-minum kupi bersama manager beliau JOSE MOURINHO. Pepe telah mengasari pemain pertahanan BARCA iaitu Dani Alves sehinggakan Dani Alves terpelanting dan terpusing 5x...
Disebabkan layangan kad merah tersebut, kesemangatan pasukan Real berkurang dari satu masa ke semasa.. dan akhirnya pada minit ke 71, MESSI menjaringkan gol hasil hantaran lintang pukang pemain buangan LIVERPOOL iaitu MASCHERANO.... Real cuba untuk bangkit, tetapi tidak dapat untuk menembusi benteng CATALAN yg sememangnya kebal. Dan pada minit ke 87, MESSI sekali menjaringkan gol hasil gerakan solo yang sangat cantik bermula dari tgh pdg hingga ke stadium penonton... eerr.. bukan yee... hingga melepasi hampir 5 pemain Real Madrid dan seterusnya mnjaringkan gol ke-2 beliau dalam perlawanan tersebut iaitu pada minit ke 87... Jaringan gol ini adalah antara yang tercantik setakat ini...
Real cuba untuk bertahan dan sesekali jg cuba untuk menyerang balas, tetapi tidak berhasil bak kata pepatah "Kalau Kail Panjang Sejengkal, Jgn Laut Hendak Di Duga"... akhirnya Real tewas pada BARCELONA...
Walau apa pun... perlawanan mereka memang menarik kerana mereka sememangnya dikenali sebagai "Rival" sejak zaman berzaman.. Dan syabas pada pasukan BARCA kerana telah membawa 2 gol bermakna sebagai bekalan untuk mereka menentang Real Madrid pada pusingan ke-2 Semi Final di Nou Camp nanti.. kita nantikan saja perlawanan mereka...

klik di SINI untuk melihat highlights perlawanan...

4 comments:

Za8 VDSar said...

ok..kem barca tambah sorang lagi pengulas...

Halu Zal-Sai said...

aku ni pengulas saja... UNIVERSAL ba... suma masuk... hahahhaha..

Za8 VDSar said...

ko memang pengulas bertauliah...

awie ferdinand said...

haha... skula sdiri pun masuk a...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...