NAMA TEAM: PASSOMPA FC
Proposal team Futsal.
1.Pasukan ini ditubuhkan sebagai persiapan untuk bermain futsal pada hujung minggu dan hari-hari cuti sekiranya para pemain free dari aktiviti lain dan bagi mengelakkan bermain dengan “hit the Post” tiang gol disebabkan kekurangan pemain. Ia juga sebagai langkah awal pasukan untuk memasuki pertandingan-pertandingan yang akan diadakan d sekitar KK (kalau berani la).
2.Nama untuk pasukan belum ditentukan dan akan dibincangkan kemudian. Para pemain diharap dapat memberikan nama pasukan yang mantap.
3.Jersi akan ditempah setelah mendapat senarai jumlah yang lengkap untuk pasukan ini. Cadangan bagi jersi adalah 2 pasang (home dan away kunun) dan masih dalam perbincangan. Nama pemain akan diletakkan pada belakang jersi berserta nama pasukan dan no pemain kecuali untuk pemain Shahfizul, semua nama dan no letak di pala dia (hahahah). Untuk hadapan jersi akan diletakkan no kecil pemain. Harga untuk jersi ini akan ditentukan dan dibincangkan kemudian.
4.Kapten dan Timbalan Kapten akan dilantik kemudian.
5.Pasukan ini juga akan melantik bendahari, setiausaha, kesihatan dan si tukang pemanggil pemain dan jawatan-jawatan ini akan dibincangkan lebih lanjut. Jawatan ini bukanlah kekal dan tidaklah dibawa ke kubur. Jawatan-jawatan ini akan berganti pada setiap pemain untuk jangka masa tertentu (cadangan sebulan).
6.Disini adalah deskrepsi bagi tugas-tugas jawatan tersebut:
Bendahari dan timbalan: mengumpul dana untuk pasukan. Tidak ada yang terkecuali terutama pemegang jawatan ini.
Setiausaha dan timbalan: menempah gelanggang tenis.. eh futsal.. sama ada di suria atau kk futsal arena atau tempat-tempat futsal yang lain dan tida terlalu jauh untuk dijejaki. Mengambil borang-borang pertandingan sekiranya beliau berani melakukannya.
Kesihatan dan timbalan: Sekiranya mempunyai dana lebih (bincang dgn bendahari) ”first aid kit” seboleh-bolehnya dibeli untuk kegunaan kecemasan seperti yang telah dialami para pemain sebelum ini. Awg Shahrin patah kaki, act terkoyak pantat beliau, pjul muntah-muntah setelah bermain futsal kerana tercium stokin awg shahrin yg suda lama nda bsuh. Kesihatan akan membantu sekiranya mengalami kecederaan tetapi dilarang keras untuk melakukan CPR ditengah gelanggang kerana ianya sangat mengaibkan.
Tukang Pemanggil (nda tau mau taruk apa lagi nama yg sesuai): Faham-faham la ba krja ni urang aa...
7.Pasukan juga akan mengumpul dana untuk pasukan dan akan dibincangkan kemudian. Cadangan untuk dana tersebut adalah sebanyak rm3 hingga rm5 sahaja dalam 2 minggu bergantung pada perbincangan selanjutnya. Dana ini adalah untuk membayar sewa pada gelanggang tenis... eh gelanggang futsal. Dan sekiranya mempunyai dana yg lebih, pasukan akan berbincang untuk membuat reunion atau berkelah atau menonton aksi bola sepak EPL di kedai-kedai mamak yang berhampiran atau sebagainya.
8.Sebarang pertanyaan lanjut, boleh trus menghubungi saya Faizal, atau Zahid anak pcik Rosli, atau Gaj.. ok.. Sekiranya mau mengubah nama pada jersi atau no.jersi, sila maklumkan kepada kami bertiga aa... kamu tau kan tu numbur sia... dan sekiranya ada pemain dalam list berkenaan yg hendak menggugurkan diri beliau dr team ini, sila mklumkan jg kpd kmi bertiga... teda masyala baitu.. sekiranya ada nma dalam senarai atas yg belum dimasukkan disebabkn kecuaian si penulis (besa la manusia bah, sapat lupa), sila la bg cdgn lg sapa yg boleh dimsukkan dlm team ni..
9.Team Futsal ini juga boleh dijadikn Team Bola Sepak disebabkan kuantiti player yg rmai utk team ini.. sekian terima kasih...
Disediakan oleh:
_____________
(Halu Zal)
ini contoh proposal yang telah dicampak ke dalam tong sampah. kalau gaya menulis pun begini, apatah lagi gaya permainan. macam setan.
sekian.
No comments:
Post a Comment