ok. blog ni last update pada 6 September, 8 hari lepas. LAPAN HARI tanpa update adalah menghampiri tahap setan. apa buat admin2 lain ni?mau harap Abdul sound, diorng buat donno ja. nanti aku post banyak-banyak, mula la masing-masing mengendeng minta belanja guna duit elaun.
ciss.
maka dengan penuh rasa bertanggungjawab terhadap kemaslahatan umat bola di Negeri di Bawah Bayu dan scene bolasepak seantero dunia, aku dengan bangganya mempersembahkan update LIMA game sekaligus. yeahhh!! layankan saja.
SABAH VS PERAK (6 Sept 2011)
aku berada di tempat kejadian, iaitu Stadium Likas dengan harapan setinggi gunung berkembar. mengharapkan pasukan Badak memulakan kempen Piala Malaysia dengan kemenangan. prediction aku, 3-0 nyata meleset.
ciss lagi.
fulltime score, dua kosong. 0-0. tiada gol. yillek. nehi gol hey. shoot blanks. maa fii gool.
why?kenapa?mengapa?limaza?yennedey?
sebab demam raya masih belum kebah barangkali. perut masing-masing masing masih penuh rendang, lemang, buras dll. ataupun mungkin ada yang pada siangnya berpuasa enam, sungkai terlebih makan. dasar puasa tiada kesedaran.
menonggeng aku malam tu. rugi bayar tiket.
ciss lagi.
SABAH VS KEDAH (10 Sept 2011)
kemenangan pertama diperoleh di laman sendiri dalam kempen Piala Malaysia menentang Sang Kenari. gol dari lagenda Sabah, Zainizam dan sampah (kejam gila label ni) Thanaraj sudah cukup untuk memberikan Sabah tiga mata penuh dengan jaringan 2-1.
aku tiada di tempat kejadian kerana ada perlawanan yang lebih penting untuk aku selesaikan. bukan aku xmau tengok Sabah main, tapi disebabkan frust tengok game lawan Perak tiada gol, maka aku membuat keputusan untuk merajuk seketika dari scene bolasepak tempatan.
time aku xdatang stadium, menang pula geng-geng ni.
ciss lagi.
apa-apa pun, tahniah kepada pasukan Sabah.
PASSOMPA FC VS TEAM IWAN POJIE (10 Sept 2010)
heh..heh..heh..
promosi sikit. jam9 game kami start. tiada apa-apa yang menarik, cuma kehadiran pemain tidak memberangsangkan. main cukup-cukup orang. tapi kehadiran jali great dan Smeagol Ring bisa membuat aku tersenyum kerana sanggup meninggalkan yg tersayang untuk menyahut seruan Passompa FC.
cayalah.
jangan perkecilkan tenaga mereka yang sudah berumahtangga. enjin diorang ni sudah tambah supercharge. setakat 3, 4 round, sebelah kaki ja diorang pakai. heh..heh..heh
final score, 6-3, 2-6, 6-4. macam Djokovic lawan Federer pun ada.
BOLTON WANDERERS VS MANCHESTER UNITED (10 Sept 2011)
BOLTON WANDERERS VS MANCHESTER UNITED (10 Sept 2011)
melihat keputusan penuh sudah cukup untuk menceritakan segalanya, kemenangan mudah untuk MU. kawalan bola yang kemas, mencipta banyak peluang dan penyudah yang tepat, 5 star performance by the Devils. hat-trick untuk Mat Rooney dan 2gol untuk Mat Chica.
tetapi kemenangan ini terpaksa dibayar dengan harga yang mahal oleh MU apabila beberapa pemain mengalami kecederaan yang memaksa mereka diketepikan dari aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Benfica awal pagi ini.
Davies: banyak2 tali, tali apa yg sakit?
Cleverly: TALIpat kaki!!!
pemain tengah muda berbakat iaitu Tom CLEVERly disahkan mengalami kecederaan ligamen dan tendon buku lali yang akan mengenepikan beliau daripada beraksi selama hampir 1bulan. ini semua angkara bentesan keras Kevin Davies, kapitan Bolton yang tidak berapa CLEVER.
Davies kemudian dikatakan telah menghantar text kepada adik Cleverly untuk menyatakan maaf zahir dan batin ikhlas dari hati nurani yang tulus suci kudus. xgentlemen langsung minta maaf pakai sms. zaman sekarang ni paling kurang guna video call.
ciss lagi.
Jonny Evans dan Patrice Evra yang juga mengalami kecederaan kecil dan belum dapat dipastikan samada mereka fit atau tidak untuk beraksi awal pagi esok. masalah kecederaan ini menyebabkan Sir Alex sakit kepala kerana beliau belum lagi mencari pemain yang sesuai untuk mengisi kekosongan dalam kesebelasan utama.
Sir Alex ni fikiran dia sama macam aku. Benfica tu kelab biasa-biasa saja. bertandang ke stadium lawan di Lisbon juga biasa-biasa sahaja. last minit assign mana-mana player pun konfem menang punya. mudah sangat.
prediction aku berdasarkan kitab Tajul Muluk edisi ke-9, cetakan pertama, kemenangan berpihak kepada MU dengan jaringan 2-0. sikit-sikit sudah la. marilah kita bersederhana di bulan Syawal yg mulia ini.
heh..heh..heh..
SABAH VS JOHOR (13 Sept 2011)
Aku yakin kemenangan semalam adalah disengajakan. jaringan yang dihasilkan juga telah dirancang terlebih dahulu. lebih kurang macam ada komplot dalam pasukan Sabah dan Johor ni.
adakah kedua-dua pasukan ini telah diberi makan rasuah? adakah mereka telah dibeli oleh bookie?
salah. wrong. khata'. bukan sindiket antarabangsa yg punya angkara.
mereka telah dibeli oleh seorang blogger yang menggelar dirinya Za8 VDSar sempena hari lahir beliau pada 13 Sept, yang mana kebetulan jatuh pada hari perlawanan. hampir rm10k dibelanjakan kepada setiap pasukan untuk merealisasikan hasrat beliau untuk melihat angka "satu" dan "tiga" di scoreboard malam semalam.
bolos satu gol semalam juga adalah disengajakan ok. bukan sebab pemain Johor hebat. ternyata mereka hanya ayam-ayam belaka di Stadium Likas.
heh..heh..heh..
cross-check dengan nombor jersi di atas.
+
+
No comments:
Post a Comment